AE 25

8.8K 443 2
                                    

"Kau nak bawa aku mana ni?" tanya Hariz apabila menyedari Arfa kini mengambil alih memandu tanpa hala tuju. Taklah takut sangat apa yang disangka awalnya. Namun aku kena bawa cermat jugak. 

"Tengok je",balas Arfa ringkas. 

"Buat apa kat sini?",tanya Hariz apabila matanya terhidang tempat taman. Taman apa entah? Tak tahu namanya apa. 

"Celebrate", jawap Arfa sebenar-benarnya. 

"Celebrate apa pulak? Cuba kau beritahu terus terang je",asaknya tak suka. Masih lagi berteka-teki.

"Awak dah sembuh dan dah boleh bawa kereta". Arfa memberitahu ku yang sudah sedia maklum. 

"Tak payahlah..  kalau kau bawa pergi tengok wayang takpa jugak. Ni nak bawa kat taman ada apa? Buat panas ada lah",gumamnya tak suka. Selalunya orang meraikan kat taman selalunya orang lepasan universiti je yang pernah aku tengok.

"Jadi awak nak tengok wayanglah ni?".

"Tak payah. Dah alang-alang sampai ni turun jelah". Arfa mencari parkir lalu turun. 

"Hariz sini",panggil ku melihat dia masih lagi berada dibelakang ku. Berdiri kaku melihat sekeliling tak berganjak. Wajahnya terpamer binggung dan macam takut. 

"Awak kenapa Hariz?",risau ku. Dia masih lagi begitu tak menyahut, dalam matanya mula berkaca.

"Sini mama aku nampak Datok dengan  perempuan tu. Masa tu dia nak bawa aku aku dan adik aku pergi kelah. Dari situlah mereka mula gaduh-gaduh",luah Hariz menunduk kepala. Rindu dekat mamanya semakin menebal begitu jugak adiknya. Kakinya mengkuis rumput kasar.

"Kalau perempuan tu tak muncul hidup aku tak akan jadi macam ni". Hidungnya kembang kempis menahan amarah tiba-tiba. Arfa yang mendengar  terus menelan air liur.

"Bawa aku balik",pinta Hariz tak nak bertahan lama berada di sana. Makin dia fikir makin bencinya pada perempuan tu. Tak layak langsung nak bergading dengan Datok. Dalam kereta senyap tak ada satu suara pun keluar dari mulut Hariz.

Radio di buka manalah tahu ada lagu-lagu yang seronok di dengar dari tak berbunyi langsung. Sejuk jugak Hariz dengar sama.

"Ha lagu ni best.. surutlah nanti marah awak",cadang ku cuba membawa lelaki ini berbicara.

"Akan ku rindu hanya pada mu.. " Baru saja dia nak nyanyi lagu luar biasa by Izmail Izzani dah kena tutup. Buka radio pun tak boleh. Berkira sangat mentang-mentanglah ni kereta dia semua tak boleh. Muncung mulut Arfa terus. Lima saat kemudian, Arfa main tingkap pulak dengan menaikkan dan menurunkan tingkap banyak kali.  Tangannya tak duduk diam hinggalah dia tekan turun tak mahu.

"Awak lock eyh". Pandangan tak puas hati ku halakan. Geram. Bosanlah macam ni. Tak bertimbang rasa langsung!

"Kau duduk diam",arahnya. Fokosnya masih lagi terhadap jalan raya. 


"Pergi mana ni?",tanya ku tak tahu apabila Hariz membelok memasukki simpang Dataran Menara. Belum pernah lagi aku pergi ke sini. Baru perasan kawasan tersebut ada sebuah Kafe yang di bina. Keberadaannya agak tersorok dari pandangan kalau dari luar. 

"Ikut je". Hariz melepaskan seatbelt dan mematikan enjin. Hariz keluar dari kereta lalu mengatur langkah tanpa menoleh ke arah ku yang masih lagi tertanya-tanya sendirian. Kat sini punyalah banyak kedai berderet boleh aku tak perasan langsung. Aku bawah tempurong ke apa. Terkedek-kedek aku melangkah mengejar Hariz walaupun tak jauh cuba menyaingi langkah lelaki itu. 

Kafe yang terbuka dan di reka dengan klasik moden. Amatlah sesuai dijadikan sebagai orang lepak minum. Kafe ini lengang aje, tak penuh tapi bunyi orang bergelak ketawa tetap memenuhi sekitar ruang ini. 

"Duduk kat sini. Ini tempat aku". Aku akur lalu duduk yang ditunjukkan Hariz. Tak ada letak nama dia pun, memandai aje nak mengaku. Munkin dia pernah kat sini kot?

"Kau nak minum apa?"

"Apa-apa jelah",balas ku. Hariz berlalu pergi ke depan memesan minuman. Sebentar kemudian Hariz kembali dengan fail di tangan. Diletakkan fail itu ke atas meja. Dia sekali lagi menuju ke kaunter dengan membawa dua minuman nescafe ice.  Aku melongo dengan setiap gerak-gerinya. Masih tak faham, dah kenapa cek-cek fail ni?

"Apa yang awak buat ni?", tanya ku melihat perbuatannya.

"Buat kerja"

"Tahulah, tapi siapa yang punya?",tanya ku masih tak puas hati dengan jawapannya tadi. 

"Kau nak tolong tak?",tanya Hariz pada akhirnya. 

"Tolong apa?", ujarku melihat wajahnya sikit kusut. 

"Kau senaraikan dan buat tally betul-betul. Kau boleh tengok report lepas ni kalau kau tak tahu. Pembelian resit ni simpan. Jangan ada yang terlepas pandang",jelas Hariz sambil mengeluarkan kertas-kertas kecil yang di keluarkan dari fail. 

"Bila masa awak buat ni semua?"

"Dua tahun lepas"

"Kedai awak ke?",tanya ku penasaran. Siapa saja tak tanya soalan macam ni. Dia suruh aku buat tally keuntungan kedai ni. Kalau ada pun mesti dia orang kepercayaan kedai ni. 

"Banyak tanyalah kau ni. Kalau ya kenapa? Kau tak percaya?",bahasnya masih lagi mengira mengunakan kalkulator. 

"Orang tanya pun.. bukan nak kritik atau nak bahan awak". Arfa seakan berjauh hati.

"Aku dah lama buat business ni dengan kawan aku. Cuma aku serahkan sementara aku pergi belajar dulu. Aku tahu kau macam tak percaya kan?"

"Tak saya percayalah. Macam mana awak terfikir nak buka perniagaan ni?"

"Bila aku sedar yang aku tak perlu nak bergantung kepada Datok". Arfa terdiam seketika. Sampai macam tu sekali Hariz marahkan ayahnya.  Berdikari sendiri, layan aktiviti sendiri.

####

Maaf kalau ada typo. Cerita ni makin lain pulak.. 😓





© Arfa Eshal Where stories live. Discover now