AE 26

8.4K 400 5
                                        

Hariz duduk bersandar di kerusi meja dapur sambil menyuap kek buatan Arfa. Dia selalu minta Arfa sendiri yang buatkan. Sambil-sambil  menyuap tu dia teringat kata Arfa.

Makan manis baik untuk hilangkan stress tau...

Hariz tersenyum sendiri. Peti sejuk dibuka.  Kek chocolate mousse di potong dan letak dalam pinggan. Dia duduk semula di kerusi. Hari ni banyak dia buat di liar rumah bersama Arfa walaupun masa terlalu singkat. Mujur kawan kongsi niaga faham tentang keadaannya tak belum lagi selesa. Cuma tegur bertanyakan khabar masing-masing. Agak pelik jugak entah kenapa terdetik nak bawa Arfa kat sana meskipun dia baru sahaja mula membiasakan diri.

Hariz membuka mulut dan menyuap dengan penuh selera. Hariz bingkas bangun dan ingin bergerak naik keatas apabila perutnya sudah kenyang. Hariz buka peti sejuk lagi sekali untuk mengambil jus oren. Di teguk beberapa kali sambil jalan.

Sebaik saja Hariz keluar dari ruang dapur, langkahnya terhenti. Datok Ramli berdiri beberapa jarak dari dia berdiri. Dia ingatkan Datok sudah tidur pada jam begini. Rupanya masih berjaga. Sebab tu dia berani keluar untuk ke dapur agar tak bertembung dengan orang dia tak ingini. Aku buat tak tahu dengan kehadirannya.

"Ayah nak cakap dengan Hariz,  boleh?"

Hariz buat tak endah denga permintaaan Datok Ramli. Dia mengatur langkah melimpasi Datok.

Datok Ramli menarik tangan Hariz yang ingin melangkah. Tapi Hariz lebih bijak mengelak cepat supaya tidak kena sentuh.

"Sampai bila Hariz macam ni? Ayah cuba perbaiki hubungan kita. Hariz tak sayang ayak ke?" Datok Ramli bersuara sedikit kuat. 

Hariz berlalu naik ke atas tidak mahu mendengar selebihnya lagi. Pintu di tutup rapat dan di kunci. Katil di tuju dan baring dengan air mata yang mengalir. Dadanya seakan sesak menahan sebak. Terkenangkan mama dan adiknya di ruang fikiran. Kalau bukan sebab Datok semua akan berjalan lancar seperti biasa. Tak dapat dia hilangkan bayang adiknya Natasya yang sudah tiada. Agak sukar dia hendak maafkan lelaki itu!

Leka Arfa meletakkan pinggan dan minuman dalam dulang. Dia baru sahaja datang terus pergi ke dapur bagi menyediankan sarapan Hariz. Hari ni dia makan makanan barat iaitu pancake honey dan minum dutch lady. Satu masalah Hariz yang belum berubah adalah belum lagi turun bawah untuk mengambil sendiri. Kalau keadaan sunyi berani pulak turun. 

"Seronok kamu jalan sama Tuan Hariz?". Sikit saja lagi Arfa terlompat sebab terkejut apabila suara bibik menjengah dari belakangnya. 

"Hesy!  bibik ni..  terkejut saya. Berilah salam lain kali", keluh ku tak senang hati.

"Kemana aje sih kamu berduaan jalannya?",tanya bibik penasaran.

"Apa kalian pacaran?",tanya tanpa rasa bersalah. Makin ligat menyoal adalah. 

"Pacaran apa pulak bibik ni. Merepek aje.",balas ku tak menyenangi soalan begitu. Kalau Datok dan Datin dengarkan nanti mereka fikir lain. Lagipun tak suka watak itu kalau digandingan dengan Hariz. Hariz orang kaya takkanlah dia nak pilih aku. 

"Habis Tuan Hariz bilang pada saya semalam apa?". Menjuling mata ku dengan soalan bibik ni. Tak reti bahasa lambat nak faham. 

"Tak bik. Dia salah cakaplah tu". Aku memandang bibik seketika sebelum meneruskan kerja ku. Terbantut kerja layan tanda tanya dari bibik ni. 

"Biar beneran?" Arfa membulat mata. Dia masih lagi nak tahu. 

"Bibik saya tengah jalankan kerja saya ni kalau nak tahu lagi nanti-nantilah saya bagitahu ya" Arfa melangkah menarik menuju bilik Hariz.  Tak peduli bibik yang masih lagi duduk tempat tadi. 

"Apa yang susah sangat nak buka pintu ni?" . Arfa menolak pintu bilik Hariz . Tak boleh buka pintu luas. Tak berkunci tapi ada barang yang menghalangnya dari berbuka luas.  Arfa cuba memasukkan kepalanya. Dia melihat almari sederhana besar yang berada di belakang pintu. kenapa pulak almari ni letak kat sini? Bilik ni tak cukup luas ke? Arfa menggeleng. 

"Hariz bangun.. Harizz!" Hariz masih lagi terlentang atas katil. Tqk bergerak, suaranya belum cukup lagi mengejutkannya. 

"Hariz,  Harizz! ",panggil ku siap mengetuk pintu lagi bagi memyedarkannya. Sakit dah tekak ni baru nak sedar. Dah lah lengan lengguh pegang dulang. 

"Umm.."jawapnya dengan sisa mengantuknya. Dia menggosok mata dan membuka kecil matanya. Dia memandang Arfa di sebalik pintu.

Hariz tersenyum. "Morning",sapanya sambil meratakan tulang belakang badannya.

"Morning Hariz". Arfa senyum senget.

"Buka pintu ni Hariz. Dari tadi lagi saya panggil awak"

"Dah tidur memanglah tak dengar baik". Almari disasar ke kiri bagi membolehkan Arfa masuk. 

"Kenapa awak letak almari tu depan pintu?". Dia membawa masuk dulang bersama, lalu di letakkan. Arfa kemudian melangkah mendekati sofa.

"Aku tak nak orang lain masuk bilik aku"

"Semalam ada apa-apa yang berlaku ke?",soal Arfa lebih lanjut. Dia pelik selama ni kalau tak nak orang lain masuk pun Hariz hanya kunci. Bukan letak almari depan pintu. Musykil. 

"Semalam aku bertembung dengan Datok. Dia nak bawak bincang sama"

"Dia nak cakap pasal apa?". Hariz angkat bahu dan kemudian menyuap makanannya.


####

Maaf sikit. Inshaallah esok saya sambung.









© Arfa Eshal Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang