AE 63

6.9K 307 8
                                    

TAK semena-mena dia menerpa dan memeluk Amir secara mengejut. Sekaligus mencium bibirnya tapi tersasar ke dagu bila Amir menolak jauh darinya. Namun enggan melepaskan pelukkan.

"Keep your hand off him!" jerkah ku kuat tiba-tiba. Arfa terus meluru pada Syikin yang masih memeluk tubuh Amir. Dia datang tanpa memaklumkan pada suaminya.

Betapa sakit hatinya melihat perempuan lain memeluk orang yang dia sayang. Terus dileraikan tubuh mereka yang mendakap. Dengan sekuat hati, dia menolak Syikin menjauh hingga tersandar ke meja.

"Don't touch him! Don't you ever think yo kiss him! He's mine!" Dia memberi amaran sambil jari telunjuk betul-betul depan muka Syikin. Dia tidak dapat mengawal tatkala matanya melihat Syikin mencuba mencium bibir suaminya.

Syikin hanya tersenyum sinis. Senyuman itu benar menyakiti hati pada sesiapa yang melihatnya.

"Sayang.. " Panggilan dari Amir memberikan dia bertambah marah pula.

"Baik awak keluar sebelum aku tarik rambut kau. Baik keluar!" jerkahnya kuat tapi tidak langsung balas dari Syikin malah perempuan itu berbuat selamba.

Tanpa lengah masa Arfa menerpa lalu tamparan sulung hinggap pada pipi itu. Baru puas hatinya. Syikin yang pada masa itu ikut membalas tapi tak sampai bila Amir menjauhi Arfa. 

"Keluarr!" tengkingnya lantang. Tak cukup dengan itu satu persatu barang depannya dibaling ke perempuan itu. Dia begitu marah dan tak terkawal.

"You better make a move, Syikin. You dah melampau!", halau ku tak betah bila isterinya menahan marah.

"You kena ingat I akan rampas You dari perempuan kampung ni! Dia tak layak untuk you!" herdik tidak putus asa. Arfa mula bangkit. Mukanya merah padam menahan marah.  Bila bila masa sahaja amarahnya akan meletus. Dilihatnya gadis tersebut masih tidak berganjak malah makin berani.  Tangan Arfa masih di belakang.

''Nak ambil suami aku,kau berani sangatkan? Sekarang lawan lah!'' pekiknya kuat sambil tangan satu lagi menarik kuat rambut Syikin hingga terdongak wajahnya.

''Aww," syikin mengaduh. Bila dia nak serang balik Amir sudah menarik sekali lagi isterinya menjauh. Tapi dia tetap nak balas.

"Piaa!" pangilnya setiausahanya dengan suara lantang. Kalau dibiar ni habis nanti seorang-seorang.

"Ya encik," sahutnya terkejar-kejar. Terkejut namanya dipanggil kuat.

"Bawak dia keluar, cepat!" gesanya bila kedua-dua semakin menganas. Dia belum kenal sepenuhnya lagi tentang Arfa. Lembut  luaran bukan dalaman,  itu yang dapat tafsirkan. 

Syikin sudah keluar dengan bantuan tiga orang pekerjanya,  kalau harapkan Safia badan kecil tu memang dia tak terlawan.

"Sayang.. I'm sor... "

"Shut up! " Dia begitu marah dengan Amir.

"Siapa awak sebelum ni, Am?" panggilannya berubah. Keadaan marah ni tak kuasa dia nak berlembut.

"Kenapa dia berani nak cium awak?  Kenapa? Dia siapa Am? Siapa?" satu persatu soalan ditanyanya.

"I don't know.. "

"Awak tak tahu langsung?. Nampak sangat...  perempun tu cintakan awak Am."

"Yes..  she do love me! but i don't" sahut Amir keras. 

"Arghhh! Saya tak suka Am kalau kali pertama saya nampak dia berani cium pipi awak. Tak mustahil kalau dia berani buat lebih dari ni"

"Saya siapa Am? Kenapa awak buat saya macam ni?", tangisnya kuat. Sakit hatinya. 

Aku memegang dada yang terasa perit. Sekuat hati aku bertahan dari menangis akhirnya terluah jua. Mengapa lelaki ini sanggup buat dia begini?

Tak tunggu lama, Amir lantas memeluk tubuhnya. Erat pelukannya. Dia menangis dalam pelukan lelaki itu. Arfa rasa seperti belakang tubuhnya diusap. Makin laju air matanya menuruni pipi. Sebak.

"Abang.." Dia tak jadi teruskan ayatnya bila sendu lebih menguasai diri.

"Sayang..  Sumpah abang tak seliar tu sampai nak sentuh anak dara orang. Sayang yang pertama. Dia cuma kawan se-Uni. Percaya cakap abang," pintanya berharap. 

Dia sendiri buntu tak tahu bagaimana menenangkannya. Sungguh dia sudah benar-benar melukakan hati Arfa. Dia terkejut Arfa menangis teruk,  akhirnya dia hanya membiarkan Arfa menangis dalam pelukkannya. Dia sungguh bodoh tak tahu berbuat apa.

####

Amir resah. Arfa hanya berdiam diri selepas sesi menyerang tu. Dia tak tahu apa yang Arfa fikirkan bila dia sendiri memilih mendiamkan diri dan memandang kosong padanya. 

Adakah isterinya begitu membencinya? Perlahan-lahan dia ikut Arfa. Dia melihat isterinya berbaring di atas katil dengan mengiring dan mengerekot memeluk tubuh. Matanya sebam. Bila terpandangkannya,  Arfa memalingkan muka.

Kadang-kadang bila dia memulakan percakapan, Arfa akan mengelak sebaik mungkin.

Dengan hati yang pedih, dia mendapatkan Arfa. Melihat kebisuan isterinya buatkan dia sunyi. Dia naik ke atas katil dan mendekatkan diri pada Arfa.  Serentak itu Arfa mengiring dan membelakanginya.

"Sayang.. ," panggilnya lembut sambil menyentuh bahu Arfa. 

Arfa tidak menyahut. 

"Arfaa.. " lagi sekali. 

Dia menjengah mahu melihat reaksi Arfa waktu itu. Hati lelakinya benar-benar terusik melihat linangan air mata Arfa.  Ya Allah...

"I'm so sorry sayang..  please make it clear?" ujarnya bersungguh-sungguh. Dia rela mendengar Arfa menengkingnya dan memarahi tapi bukan berdiam.

"I miss you,Wife!" bisik Amir pada telinga Arfa sambil memeluk tubuh isterinya yang sudah bergegar kerana menahan tangis. Walau tak berbunyi macam tadi, lagi dia buat meruntun jiwanya.

"Wife. Let me hear you.." pintanya lembut.

"Jangan cakap abang. Saya nak rehat" suara Arfa membuka mulut sambil menepis tangan ku dari bersentuhan. 

Amir melepaskan pelukkan, dia sedikit menjauh badan dari Arfa. Dia pandang sahaja belakang Arfa yang terenjut-enjut menahan esakkan. 

Sudahnya sampai ke malam mereka berkeadaan begitu. Berasingan membuat hal memasing.






####
Done!  65 votes. Hari-hari perah otak takut tak menjadi ayat jadi esok takde new update melainkan vote betul-betul cukup. Beri kosiderlah sikit.

Next update...

"I want to make you happy! Because seeing you smiling makes me happy too!"

"Jangan berkata-kata kalau awak tak memaknakan Am. Lebih baik kita duduk asing-asing sementara waktu ni"


© Arfa Eshal Where stories live. Discover now