AE 12

11.1K 563 9
                                    

Selepas menghantar sarapan, Arfa terus keluar bilik. Sengaja Arfa duduk lama di tingkat bawah lama. Menonton TV di ruang rehat sejak pagi tadi. Malas mahu terperuk dalam bilik Hariz. Tengok muka lelaki itu menaikkan darahnya naik.

Dia buat tak endah aje dengan hasil buatan ku. Beria-ia dia membuat kek seperti yang di minta olehnya. Sampai sekarang Hariz tetap tak menceritakan. Terasa bodoh pula ditipu begitu.

Memanglah Hariz tak cakap dia akan menceritakan, tapi sekurangnya nikmatilah kek yang dibuatnya itu. Ini tidak langsung tak disentuh. Lepas tu Hariz pula mogok tak nak cakap dengannya. Sepatutnya aku yang marah bukan dia.

Diam sepanjang Arfa berada di dalam bilik. Sakit hatinya. Hari ini, biar aku pula yang buat perangai. Semua ada hatilah.

Dia memandang jam di tangan. Masa untuk menghantar makan tengah hari kepada Hariz lagi. Cepat betul masa berlalu. Kaki mengorak langkah ke dapur, pinggan di capai. Kemudian menceduk nasi serta lauk-pauk ke dalamnya.

"Saya naik bilik Hariz dulu, bibik", ucap Arfa lalu menatang dulang menaiki tangga.

Tiba di bilik Hariz dia terus meletakkan dulung dia atas meja kopi kemudian terus keluar. Hariz yang menyedari tingkah lakunya pantas mengejar Arfa sebelum gadis itu mendekati pintu bilik. Belum sempat Arfa memulas tombol, Hariz pantas menutup pintu rapat.

"Saya nak keluar", ujar Arfa tanpa memandangnya.

"Aku nak minta maaf pasal semalam". Arfa masih senyap. Dia cuba memulas tombol pintu tapi tidak berjaya.

"Janganlah buat aku macam ni". Hariz menghalang pintu dengan badannya pula. Berdiri betul dihadapan Arfa. Gentar pula lihat aksi Hariz begitu. Arfa lepaskan tombol pintu yang dipegangnya tadi. Dia mengundur beberapa langkah menjauhi Hariz.

Arfa mengetap bibir. Pengaruh dirinya terhadap Hariz memang besar. Tahu sunyi aku tak layan. Mungkin betul kata Doktor Eva dirinya merupakan Hariz bergantung buat masa ini. Kalau tak suara tu hanya singah di halwa telinganya.

"Aku makan kek kau sampai habis"

"Betul awak nak habiskan?" Hariz mengganguk kepala sebelum menundukkan kepala.

"Tunggu sini aku ambilkan". Laju dia menuruni dan mendekati dapur. Peti sejuk dibuka. Garpu jugak sempat diambilnya.

"Nak di bawa kemana deh kek itu?" Soal bibik seri. Mana taknya dia bertanya semua ku ambil. Berpatah ku balik ke arah bibik lalu memotongkan sekerat besar sederhana untuknya.

"Nah untuk bibik". Tergesa-gesa Arfa meninggalkan. Dia berlari semula ke bilik Hariz. Bibik seri termangu-mangu di ruang dapur. Belum sempat dia hendak menanyakan beberapa soalan. Arfa sudah lesap.

"Nah. Kata nak makan?" Arfa menghulurkan kek kepada Hariz selepas menutup pintu. Saiz kek yang besar membuatkan Hariz menelan air liur. Boleh ke aku habiskan?, ujar di dalam hati.

"Marilah makan sama. Kita share". Arfa menggeleng laju. Biar lelaki itu makan sendiri. Nak tengok betul ke dia habiskan. Jangan tahu cakap aje bukti kena ada. Hariz membawa kek lau duduk di atas sofa, TV jugak sudah dihidupkan.

"Kau marah dengan aku lagi ke? Marilah duduk temam aku"

Arfa tidak menunggu lama. Sofa sebelahnya dilabuhkan punggung. Mata difokoskan di kaca TV, entah menarik ke tak sia masih melihatnya.

Hariz menyentuh garpu dan mula menyuap kek ke dalam mulutnya. Cuba menikmati sebaik mungkin walaupun dia dah tak berapa suka manis-manisan ini. Sedap, not bad, pujinya dalam hati. Entah berapa masa nak habiskan kek ni. Macam nak tarik balik aje katanya sebentar tadi kepada Arfa.

"Mana kau belajar buat kek ni?" Hariz cuba mengambil hati Arfa yang masih lagi muka masam. Dengan tu jugak cuba berbual sama. Selalu gadis tulah yang banyak bertanya kepadanya.

"Kursus pastri", ucapnya acuh tak acuh. Hariz tersenyum nipis. Memang gadis ini benar-benar terasa hati dengan perbuatannya semalam. Nak pujuk hati perempuan bukan senang. Lagi-lagi dia tak pandai menyelami hati perempuan ni. Macam mana nak pujuk?

Teragak-agak Hariz cuba mengangkat tangannya. Agak segan jugaklah nak cuba memujuk dengan ni. Apa boleh buat ni aje yang aku tahu. Lalu tangannya silang bentuk love yang trend masa ni sambil cakap "sarangheo" cukup dengan mimiknya lagi. Di cuba lagi kedua-dua belah tangannya diangkat.

"Apa awak buat ni?" Macam tak percaya yang Hariz lakukan ketika ini.

"Nak pujuk kau, perempuankan mudah cair kalau aku buat gaya macam ni atau kau nak aku baling hati aku pulak?", ujarnya dengan senyum gigi.

"Perempuan tak suka kena pujuk macam tu"

"Dah tu? Lelaki pun tak suka memujuk perempuan". Hariz tersengih dan memandang Arfa.

"Habis tu buat apa pujuk. Saya tak suruh pun, awak sendiri yang nak". Hariz ni bukan nak menyenangkan hati, buat sakit hati lagi adalah. Buat terpaksa.

"Marah betul kau..". Arfa berpeluk tubuh dihujung sofa. Muka masam mencuka. Nak pandang aku pun sekilas aje, selalu aku berbual dia yang nak pandang-pandang.

"Okey aku cerita...", celahnya kemudian. Aku menunggu ni lah masa keemasan. Hariz ni banyak misteri.

Bersambung...








© Arfa Eshal Where stories live. Discover now