ARFA mengosok mata. Lenanya terganggu bila terdengar bunyi suara seseorang bercakap-cakap. Dia melihat Amir tiada di sisi. Jam telefon di sisi meja dilihat, pukul tiga pagi!
Dia menyelak comfoter dan turun dari katil. Dia melangkah dengan perlahan bila suara yang bercakap-cakap itu semakin jelas sebaik sahaja dia menjenguk ke luar bilik.
Kelihatan Amir sedang bercakap di telefon. Dengan siapa dia tidak tahu, tapi dari riak muka Amir, lelaki itu sedang menahan marah. Dia mengerut dahi, tak faham kenapa lelaki itu bereaksi sedemikian. Hal berat ke?
Dia perasan sejak akhir-akhir ni Amir nampak kusut. Apa yang membuatkan lelaki itu macam marah. Dia dapat rasakan, ada sesuatu Amir cuba sembunyikan.
"Fine, it's up to you!" Amir bercakap dengan nada yag ditahan.
Aku yang berdiri berdekatan tak sedar suaminya sudah menamatkan telefonnya dan masuk.
"Hey.. kenapa ni? Terjaga ke?" tanyanya memaniskan mukanya semula. Telefon yang dipegang cuba disembunyikan.
"Siapa telefon?" tanyanya mahu tahu.
"Err hal kerja je" jawapnya mengelak mata bertentang. Aku berpeluk tubuh bila angin dari keridor menyerbu masuk.
"Dah jom tidur sayang," sambungnya membawa aku ke dalam. Pinggang ku di tarik dalam pelukkan. Cuma sebentar saja mata mula kembali tertutup.
"Morning.. " sapa Arfa riang ketika Amir masuk ke ruang dapur.
Amir nampak penat dan sedikit mengah, seperti orang baru berlari. Tapi dia bukan pergi mana-mana lepas tidur je pun. Dengan muka serabai dan berseluar pendek paras lutut.
Arfa tersentak apabila Amir terus menerpa dan memeluknya. Hampir terlepas barang di tangannya. Dia tergamam bila tanpa isyarat, Amir mencium seluruh wajahnya bertalu-talu.
Dah kenapa? Taulah sayang tak payahlah sampai cium orang banyak kali. Macam orang terlebih rindu pulak dia tengok.
Oh, suamiku.. lelaki ini memang tak terjangka!
"You makes me scared, Wife!" ujarnya suara bergetar.
"Apa saya dah buat?" tanya Arfa, tak mengerti.
"Saya fikir sayang dah tinggalkan abang."
Dahinya berkerut. "Apa yang buat abang kena tinggalkan?"
Amir tak bersuara. Hanya memeluk Arfa dengan erat bersama helaan nafas yang agak kasar.
Dia dapat merasakan degupan jantung suaminya berdegup kencang. Seolah dia dalam keadaan takut. Takut akan kehilangannya!
"Maaf pasal malam tadi.. "
Arfa terdiam. Oh, malam tadi...
"Awak belum cerita lagi. Siapa telefon awak waktu subuh tu?" ujar Arfa pada Amir ketika mereka duduk di kerusi makan.
Amir diam, tidak ada tanda-tanda mahu bercerita.
"Tak ada apa-apalah. Cuma urusan kerja aje"
"Takkanlan telefon orang waktu tidur. Betul ke tidak?" soalnya curiga.
"Cemburu?" soalnya sambil mengerling pada isterinya.
"Taklah... "
"Taklah? Tapi saya suka kalau sayang cemburu" sahut Amir dengan serius.
"Okey, saya cemburu! Puas hati? Macam ada sesuatu yang awak sembunyikan pada saya."
Serentak itu Amir tersenyum dan menarik Arfa lebih rapat padanya. Satu kucupan dilepaskan ke pipi isterinya.
"Muahh.. I love you, I adore you and still be my favorite precious"
"Tak nak cerita ke?" tanya ku masih.
"Tak payah sayang. Abang tak nak spoil mood kita waktu ni" ujarnya tegas.
"BUAT APA DATANG SINI?!" sergah ku kasar pada Syikin. Semalam datang, hari ni datang lagi.
Semalam bukan main nak ugut orang nak langar matilah apa, tapi ditengok nampak okey aje pun. Dia datang ni kalau dengan pakaian elok takpelah lagi, orang dah mengata dia asyik datang dengan pakaian menjolok mata.
"Ala you ni.. I nak tengok youlah. Apa lagi?" ujarnya duduk di pangkal letak tangan kerusi. Bahu bersentuh bahu.
"Can you move? Banyak kerusi kat sini jugak nak duduk," keluh ku tak suka.
"Argh.. okey fine!" hentaknya kaki pada lantai. Dari tadi lagi lelaki ini menengkingnya. Cubalah cakap lembut-lembut.
"Me.. temankan I breakfast. I belum makan lagi ni" suaranya dilunakan. Tangan bertongkat dagu diatas meja. Wajah di depan ini ditatap penuh minat.
Manakan belum makan, dah pagi-pagi tercongak kat sini, desisnya.
"Meo.. jom makan. You tak kesiankan I ke?" suaranya berubah sayu. Sengaja menarik perhatian lelaki ini.
"I'm tired and please make ownselves.I have so many things to do. So please get out" suruh ku lembut. Tahap kesabarannya ada hadnya.
"Jomlah." Syikin sudah berdiri kali ni dia berdiri berdekatan dengan ku. Tangannya mula meliar ke lengan lalu ke bidang dada Amir. Tak cukup dengan tu wajahnya menghampir.
Syeik Meor Amir menepis kasar. Perempuan ini tak sedar dia berada di mana dan tak mengerti akan status
suami orang."Keluar Syikin. Tolong hormat tempat kerja I," tangan ku halakan di pintu bermaksud aku benar-benar menyuruhnya pergi.
Tak semena-mena dia menerpa dan memeluk Amir secara mengejut. Sekaligus mencium bibirnya tapi tersasar ke dagu bila Amir menolak jauh darinya. Namun enggan melepaskan pelukkan.Bersambung....
Yaa sikit 800W. Serius idea saya kurang, vote 65 kalau nak cepat. Inshaallah malam ni update kalau sampai. Dah siap pun awal hmm..
YOU ARE READING
© Arfa Eshal
ChickLit[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...