Usai sembahyang Subuh, lama aku duduk berteleku di atas sejadah. Seumur hidup, rasanya inilah doaku yang paling panjang. Aku mengharapkan agar pembedahan ke atas Hariz pagi ini berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. Sungguh aku takut menerima sebarang kemungkinan.
Aku melangkah tempat kerja ku, hari ini terlampau banyak pesakit dengan kekurangan doktor lagi membuatkan kami sedikit sibuk. Mana lagi melayan kerenah para pesakit lagilah membuatkan aku berputus asa hendak berkerja hari ini. Ibuku sendiri sudah aku maklumkan bahawa Hariz akan dibedah lalu dia sendiri menampilkan diri sebagai ganti aku menziarahi.
Kerja ku ada je yang tak kena. Hati dah gundah-gulana, tak tenteram. Air mata mahu saja mengalir namun diseka cepat. Berkali-kali aku meninjau telefon bimbit. Masih tiada pangilan mahupun pesanan ringkas daripada mereka. Hatiku berteka-teki. Sudah masuk ke belum dalam bilik bedah? Wajah dan bayangnya sentiasa meniti dalam fikiranku.
Jam menunjukkan pukul satu petang, sama seperti tadi tiada khabar. Kerana tidak tahan dengan rasa sangsi dan bimbang begitu tinggi, aku terpaksa minta emergency leave. Aku memecut laju menuju hospital di mana Hariz di tempatkan. Memandangkan tiada khabar dari mereka langsung, ada baiknya aku kesana. Bagi menyedapkan hati sendiri.
Segera aku memangil Puan Sarah untuk mengetahui duduk perkara sebenar dan keberadaan mereka semua.
"Mama kat bilik forensik", jawap mama. Nada suaranya berlainan.
"Ma buat apa kat situ", ujarku dengan menahan rasa. Forensik? Ya Allah! Hampir saja aku terjelepok. Itu bilik mayat aku tahu fungsi bilik tu walaupun aku mengesahkan lagi. Air mata dah berduyun turun tiba-tiba.
Aku mendapatkan mereka Abang-abang ku jugak turut berada di sana. Sampai hati diorang tak beritahu langsung. Hanya aku yang masih tak tahu apa-apa. Apa yang berlaku? Kenapa mesti kat forensik? Banyak soalan yang menerjah di ruang kepala.
Abang long menghampiri ku lalu meminta aku beristifar. Reaksi abang long menghantar rasa aneh di hati ku. Aku terpinga-pinga.
"Pembedahaan Hariz gagal. Dia dah takde sha", luahnya perlahan.
"Abang tak main-main kan? Kan abang?", tanya ku banyak kali. Cuba menindakkan tapi itulah realitinya. Aku memukul dada abang sekuat hati menahan perihnya mencengkam ke kalbu. Arfa menangis meraung. Puan Aina dan Afiz memeluk dan mengusap bagi mententeramkan Arfa.
Segera Arfa mendekatkan diri ke arah ibu Hariz lalu memeluk erat. Lama, bagi meluruhkan rasa sedih di hatinya. Begitu jugak dengan aku.
"Hariz dah tak ada," rintihku pada mama dalam sendu. Mengulangi ucapan abang long pada ketika aku masih bingung. Esakkan dan tangisan ibu bersilih ganti tatkala kami berpelukkan. Ayah pulak hanya menunduk dan berdiam sementara Abang-abang ku menemani. Ibu ku sendiri pulak hanya memeluk kami memberi dorongan.
Takdir ini langsung tidak pernah aku duga. ALLAHUAKHBAR! Seruku dalam hati. Berharap dapat menerima kenyataan. Hariz dah meninggalkan ku bersama impian kami yang tidak kesampaian. Gilang seluruh jiwa dan kekuatan.
Aku hanya menurut apabila mama mengajak aku ke rumahnya apabila hal hospital sudah selesai. Dimandi dn dikafan. Sembahyang jenazah kemudian. Aku tidak tahu hendak buat apa, terperangkap dalam kedukaan. Sendu dan pilu mengiringi kepergiannya.
####
Pada siapa lagi harusku tumpahkan luahan ku kalau tidak kepada Suriah. Dia menemani aku walaupun ibu jugak turut ke sini, cuma ibu dengan mama Hariz. Setiap detik bayangan nan wajah indahnya menjengah di dalam kalbu dan hati ku.
Untuk beberapa hariku macam tiada sinaran. Hari tak berjalan lancar, tak seperti dulu. Kalau tak pagi-pagi aku sudah menjadi santapan mesej darinya. Juraian air mata berselang-seli dengan memori yang terpahat di hati apabila hadir menemani hati yang lara.
Hampir seminggu Hariz meninggalkan dunia. Hiba dan sedih menyelebungi diri ini. Aku kena kuat, kalau mama boleh kenapa aku tidak? Pada petang itu mama menjemput ku datang ke rumahnya, mengadakan majlis tahlil. Sempat jugak aku menziarahi kubur Hariz dengan kak yah. Aku gengam tanah dan berteleku depan kuburnya. Air mawar di tangan.
Riz, saya rindu awak,bisik sendu ku dalam hati. Bergema rasanya ruang hatiku. Aku rindu dengan senyumnya, usikkannya dan bicaranya bersulam kasih sayang. Terkapai-kapai saya kat sini tanpa sokongan dan nasihat buat kekasih hati. Ingin sahaja aku berlama-lama di sana, tapi kak yah mengingatkan bahawa kami perlu bergerak sampai ke rumah mama Hariz.
Berakhir majlis tu, mama Hariz ada jugak mempelawa aku untuk bermalam di sana. Tapi aku tak dapat, saat kerja ku memerlukan waktu esok. Hampa jugak aku tak dapat. Sebelum balik, aku melihat biliknya. Kemas dan bersih tetap sama seperti pernah aku lihat. Hatiku tersentuh apabila terpandang beberapa gambar ku dengannya jugak terletak di atas meja kopinya. Satu frame terpampang kertas warna merah jambu berbentuk hati.
"I'll love you even you're pimple, fat or smelly. Do you remember this?"
Aku mengangguk walaupun dia tak melihatku. Aku belum gemuk lagi dia dah pergi. Pilunya hati bercampur aduk sayang ku pada Hariz masih berbaki. Membaca lagi.
Ingat kalau aku dah takde, jaga diri baik-baik jangan biar diri terseksa menangisi ketiadaan aku.
Where ever you go, keep in your mind set. I'm gonna love you forever. My mind never failed describe how much i love you, Arfa.
Be at the mercy of a man, I've never give in you. All i want just to be with you. Be strong girl.
Loving you...Bibirku membaca setiap baris perkataan yang di tulisnya. Dia buat ni seolah-olah dia sudah tahu akan ketiadaannya kemudian hari. Kenapa awak tak beritahu saya, Hariz? Tak penting ke saya dalam hidup awak.
"Dia betul-betul cintakan Arfa betul". Suara kak yah memecah kesunyian. Lupa aku dia jugak turut ikut naik keatas tadi. Aku berpaling arahnya yang berdiri belakangku. Mengetap bibir cuba menahan sebak.
"Tapi sayang hayatnya tak panjang", tambahnya lagi. Aku mengangguk sebagai membalasnya. Aku menangis jugak akhirnya walau dah sedaya upaya tahan tak mengeluarkan air mata. Kak yah memeluk ku cuba untuk memberi kekuatan. Suara esakkan bergema tanpa silu. Lemahnya aku kerana kehilangan Hariz.
Aku pandang kosong bilik Hariz, sunyi sepi. Duduk di birai katil sambil menatap gambar kami yang tersenyum saat majlis kahwin abang longku. Saat itu aku dapat tahu dia mencintai ku, sungguhlah awkward masa tu. Kenapa awak pergi saat saya mencintai awak Hariz?
"Hariz ada cakap kalau dia dah setahun tunang dia nak ajak kawin", kataku penuh hiba. Oh Tuhan, hajatnya nak mengawini ku tak kesampaian. Tinggal aku terkapai menunggu tiada penantian. Namun mana mungkin itu terjadi, Hariz tak akan kembali. Apatah lagi ingin mengubati rindu padanya hanya sendiri yang memujuk. Pilunya aku hanya Allah yang tahu.
#####
Susah nak siapkan bab ni. Nak bagi detail rasa tu takut melarat so i keep it always. Maaf kalau ada typo n nmpk kelam kabut sebab bab ni awal buat dari yg atas.. Awal dh plan.
1st time saya rasa kehilangan watak Hariz ni huhu.. sebab watak Hariz tu senang. Directly.
Vote. Komen. Love yaa💕
AE akan saya hold kejap. Stay tuned ❤
YOU ARE READING
© Arfa Eshal
ChickLit[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...