"SIAPA KAT DEPAN TU BU?",tanya Arif yang baru sahaja turun dari tingkat atas. Dah pandai pula Si Esha ni bawak jantan ke rumah. Dari segi pengamatannya lelaki tersebut nampak mewah. Kacak dan kemas itu sudah pasti. Tapi dah kenapa ada beg pulak tu? Nak tinggal sini ke apa tu?
"Entah. Ibu belum kenal lagi, kalau nak tahu pergilah depan layan tetamu. Ibu nak hidang jap lagi". Puan Aina menyuruh Rif agar pergi ke depan tak elok di biarkan anak daranya dengan pemuda tadi.
Tanpa banyak cakap Arif pun melangkah ke ruang tamu. Ada eloknya dia tegur daripada membiarkan tetamu termanggu walaupun ada Esha sendiri yang melayan.
"Abang long sinilah duduk. Ni kenalkan kawan Esha.. "
"Hariz Nasri", Hariz menghulurkan tangan ke arah Arif.
"Hariz? Macam pernah dengar", ucap Arif dengan berkerut dahi cuba mengingati.
"Hariz anak Datok Ramli tu lah. Yang Esha tengah jaga",terang Arfa cepat memberitahu.
"Ohh inilah Hariz.. dengar cerita je selama ni akhirnya jumpa jugak". Hariz hanya tersenyum segan. Entah apalah Arfa ceritakan. Hariz kembali duduk.
Arif tidak lama berbual dengan Hariz sebab jam kerjanya dah nak mula. Hariz yang agak sedikit kekok mula lega apabila di tinggalkan berdua dengan Arfa. Tak biasa macam mana nak bual panjang-panjang.
"Saya nak tanya dari tadi lagi. Kenapa awak bawa bagasi?", tanya Arfa melihat sekilas bagasi lelaki tersebut. Macam berat je aku tengok.
"Aku nak bawa kau pergi bercuti, kan aku dah beritahu". Hariz menyuap kuih ke dalam mulut. Tak sedar giginya belum lagi diberus.
"Tapi ada saya cakap nak ke? Saya kata tengoklah macam mana. Maknanya keputusan saya belum lagi tetap. Aduhh! kenapa awak ni?" Arfa dah mengaru kepala tak tahu.
"Dah tu aku macam mana? Penat dah aku pack barang.. tak tak jadi?". Keluhan lembut di lepaskan perlahan.
"Emm.. awak mandilah dulu. Lepas ni saya cuba bincang dengan ibu saya". Hariz mengangguk faham. Kakinya melangkah kemudian berhenti.
"Aku mana tahu bilik air kau kat mana?"
"Mehlah saya tunjuk". Kaki mengorak langkah naik tangga dan bilik tetamu di tuju. Lepas saja menunjukkan Arfa turun semula. Keberadaan ibunya di dapur di tuju. Punggung di labuh atas kerusi makan dengan tangan menongkat dagu.
"Ibu.. ", pangilnya dengan nada panjang.
"Kawan kamu tu mana? Dah ajak makan ke belum?",tanya Puan Aina sambil mengupas bawang merah.
"Dah. Ibu orang nak cakap ni.. "
"Cakap jelah Esha. Ibu buat kerja sambil dengar ni"
"Hariz nak bawa cuti. Boleh tak?" Arfa mengaru pipinya secara sepontan. Gelisah menunggu.
"Cuti pergi mana? Berapa orang nak pergi sama ni?". Puan Aina bertanya langsung.
"Belum decide lagi. Kami dua orang je pergi. Ibu tak kisah kan?",tanya ku ragu-ragu.
"Ibu okey je, asalkan Esha pandai jaga diri sudah"
"Betul ni?",tanya ku mahu kepastian. Tak pernah ibunya memberi keizinan sewenang macam tu je.
"Betul",jawap ibu ringkas. Arfa sudah terlompat riang.
"Yess! Sayang ibuu.. ",peluk ku erat ibu dari belakang. Pipinya ibu ku kucup sesaat. Puan Aina hanya mengeleng melihat perilaku anak bongsunya.
********
Datin Rania menuruni tangga dan menghampiri meja makan untuk berserapan. Kepalanya pening membuatkan moodnya tidak bersemangat hendak masuk ke pejabat.
"Morning, Abang.. ",sapa Datin Rania tatkala melihat Datok Ramli menghampiri meja makan.
"Morning",balasnya ringkas. Dia melabuhkan punggung ke kerusi kemudian meneguk kopi yang di tuang oleh bibik seri.
"Semalam abang tidur kat mana?",tanya Datin Rania apabila dia bangun tadi tidak kalibat suaminya. Pinggan yang berisi nasi goreng di letakkan depan Datok Ramli. Bibik seri pula di suruh pergi tak perlu melayan memandangkan Datin Rania sudah dapat menguruskan yang selebihnya.
"Tidur kat bilik sebelah", jawap Datok Ramli jujur. Memang benar dia tidur bilik sebelah. Tawar hatinya apabila mengingat tentang semalam. Namun kepalanya bingung tentang isterinya.
Dia jugak risau tentang Hariz yang belum lagi balik rumah. Di minta Badri untuk mencari, dia sendiri tak ada klu mana Hariz pergi. Ada betulnya Hariz perlu masa. Masa untuk tenang diri mungkin.
"Kenapa abang tidur bilik sebelah? Abang ada masalah ke?. Datin Rania memegang tangan suaminya serta merta Datok Ramli menarik lembut dari di pegang. Mukanya nampak sedikit tegang dan serius. Dia dah agak dah pasal semalam lah ni orang tua ni marah.
"Abang marah pasal semalam ke? Pasal tak beritahu yang Nia balik lewat?" Datok Ramli tak memberi respon malah tetap meneruskan suapan nasi gorengnya.
"Abang dengar ni.. ", Rania mencuit dagu suaminya sebelum meneruskan cakapnya.
"Semalam Rania teman kawan pergi.Tak sedar nia pun ikut sama mabuk. Lagipun bukan selalu kan"
"Siapa kawan Nia tu?"
"Jesica"
"Kawan yang mana pulak ni? Tak pernah dengar pun"
"Kawan se- Uni dulu tu. Ala abang bukan kenal pun", Datin Rania menjelaskan perkara itu walaupun apa yang di katakannya itu tidak benar. Pandai buat pandai tutuplah. Bukan susah pun buat orang tua ni percaya.
"Tapi Badri nampak nia dengan lelaki lain siap peluk-peluk lagi", tambah Datok Ramli berasaskan cerita benar dari pemandunya itu. Datin Rania diam seketika sebelum bersuara. Tak duga Badri nampak.
"Rania mabuk abang tak sedar dengan siapa pun. Kenapa nak ungkit lagi?" Sakit hatinya bahawa suaminya banyak tanya selalu beritahu je terus diam tanpa banyak tanya.
Datok Ramli berpeluk tubuh. Wajah isterinya di renung seketika melihat sejauh mana isterinya bersikap begini. Dengan kata Hariz lagi masih bermain di ruang kepalanya.
"Sejak bila Rania pandai minum benda tu. Kalau nia tak minum tak akan adanya mabuk"
"So abang tak percaya dengan nia lah kali ni", Datin Rania sudah berdiri tegak. Pening kepalanya hendak membahaskan lagi. Dah lah rancangannya hendak meracun Hariz gagal. Di tambah pulak dengan masalahnya dengan suaminya. Hal kecik pun nak over sangat. Lainlah aku tidur dengan lelaki lain.
"Buatlah apa yang abang nak fikir. Selama ni pun Hariz pun cakap macam-macam tentang nia kan. Jadi tak mustahil abang pun akan cakap tak baik tentang nia jugak nanti . Ialah nia ni siapa orang luar je pun terus saja masuk dalam rumah ni".
Datin Rania mula melangkah keluar rumah. Tak peduli lagi lepas tu dah. Dia saja nak buat suaminya rasa bersalah tambahan lagi ini baru saja kesalahannya yang dia nampak. Tua tu tetap bodoh. Mana mungkin Datok Ramli akan menceraikannya jika hanya kesalahannya kecil.
###
Kalau saya nak hold ceta ni boleh tak? Komenlah sikit.
YOU ARE READING
© Arfa Eshal
ChickLit[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...