AE 46

7.5K 321 0
                                    

"SAYA tahu awak bangunlah Hariz, awak sengajakan buat-buat tidur tadi semasa ayah awak datang", tuduh Arfa cuba meneka. Sebab lelaki ini masih lagi berkeras tidak mahu menunjukkan muka bila Datok Ramli datang.

"Awak ingat Datok tu pergi macam tu saja ke? Lepas ni dia datang", sambung ku berdiri tegak depan katilnya. Kalau tidak ada urusan penting mungkin Datok Ramli sendiri akan menunggu lagi untuk Hariz bangun.

Hariz buat tidak menahu. Dia bangun dari berbaring. Ye memang dia hanya berpura tidur. Buat apa nak layan kalau orang dah tak suka. 

"Dia risaukan awak Hariz", sambung Arfa tidak putus asa dari tadi bercakap mengenai Datok Ramli. 

Hariz ketawa kecil. Sejak bila Datok Ramli risaukan dia? Dia tak peduli lagi dah tapi Datin Rania yang cuma dia risaukan. 

"Hariz,  cuba awak bagi peluang kat ayah awak. Sekali saja kali ni awak memgalah jangan nak bermasam muka saja." Arfa cuba memujuk. 

Hariz senyap sambil berpeluk tubuh. Kenapa dia perlu bagi peluang, mamanya pun dia masih lagi tidak tahu. Peluang tu akan terbuka jika sekiranya mamanya berada di depan matanya.

"Tengoklah macam mana", jawap Hariz pasrah. Lemah hatinya mendengar rayuan wanita, tapi disudut hatinya dia tidak mahu berada di samping Datok Ramli. Tengok wajahnya pun tak rela. 

Pukul satu petang mereka didatangi oleh Datok Ramli. Dia membawa buah tangan. Kelihatan Datok Ramli masih lagi berpakaian pejabat, lagaknya seperti orang penat.

"Terima kasih Arfa sebab jaga Hariz untuk saya", ujar Datok Ramli. Dia tersenyum memandang Arfa yang duduk bersebelahan dengan Hariz. Lelaki itu tidak menunjukkan riak,  marah pun tak tapi yang penting Hariz masih berkelakuan baik. Atau lebih tepat mengelak.

"Hariz macam mana?", tanyanya. Tak tahu sama ada dia menyoal kepada Arfa atau Hariz.

"Hariz baik-baik saja. Kaki dia patah dan lengkuk. Tapi Alhamdullilah tengkuk Hariz dah okey. Kaki je belum", balas Arfa. Nak harapkan Hariz memang taklah, diam aje dari tadi tanpa riak. 

Datok Ramli mengganguk. Jelas sekali Hariz masih tidak dapat terima kehadirannya hari ini.

"Doktor nak minum ke makan ke apa? Kalau tak saya boleh tolong belikan kat kantin bawah", tawar Arfa sengaja ingin meninggalkan Hariz tinggal berdua. Kalau dia pergi pasti Datok mengambil peluang untuk memperbaikinya. 

Hariz mencubit tepi pinggang Arfa. Dia tahu apa yang wanita itu cuba lakukan. Dia tak nak ditinggalkan berdua.

"Kenapa cubit saya?", bisik Arfa. Dia mengusap pinggangnya sendiri.

"Kau sengajakan? Kalau kau keluar aku ikut jugak",kata Hariz turut sama berbisik. Dia tak peduli kalau kakinya tak dapat gerak laju yang penting dapat keluar dari berduaan dengan Datok Ramli.

"Janganlah macam tu. Mana tahu ayah awak nak cakap sesuatu ke?", pujuk Arfa. Lagipun dia tak nak Datok Ramli fikir kehadirannya membuatkan dia tidak selesa. 

"Ayah nak cakap dengan Hariz", Datok Ramli bersuara. Tidak mahu Hariz dan Arfa berbisik-bisik. Walaupun dia tidak mendengar jelas tapi dia mampu mengagak apa yang mereka bisikkan. 

"Aku tak nak", bantahnya keras. 

"Saya keluar dulu, Datok." Baru saja dia bergerak Hariz sudah bersuara.

"Aku ikut kau", ujar Hariz memegang lengan Arfa dengan bersusah payah. 

"Doktor Arfa, awak boleh stay kat sini. Memandangkan awak dah rapat dengan Hariz tak mustahil dia dah ceritakan hal keluarga kami kan?", arahnya sekaligus bertanya. Dengan cara ni saja dia boleh buat Hariz menghentikan Hariz keluar. Arfa mengangguk dan akur. Dia rasa segan pula. 

"Ayah minta maaf sebab baru hari ni datang", ujarnya. Hariz cuma diam di samping Arfa.

"Ayah dah buat keputusan akan keluar dari rumah tu sememtara untuk beri ruang untuk Hariz", katanya nada perlahan.  Apa guna mereka serumah kalau tidak bertegur.

Arfa Eshal yang mendengar turut terkejut begitu juga Hariz. Tapi dia mengawal riak wajahnya.

"Tak payah", ujar Hariz masih bertolak ansur. Sebencinya dia masih lagi punya hati. 

Kata-kata Hariz menarik perhatiannya. Dia senyum hambar. Dia juga sedar Hariz masih dingin dengannya.


####

Maaf sikit sangat.  700W. Mulai hari ni saya akan updated malam. Any typo let me know. Detect 10 chapter almost left. Hang on guys!

© Arfa Eshal Where stories live. Discover now