HAMID menyelinap masuk ke dalam bilik Hariz. Kelihatan lelaki itu sedang tidur nampaknya kerjanya lebih senang memandangkan tiada orang yang menemaninya. Tak pasti dia keorangan atau tidak dia tidak peduli. Misinya kena jalankan cepat supaya dapat berakhir cepat.
Dia tidak boleh terleka dari memerhatikan. Fikirannya tidak tenang selagi pihak polis masih mencarinya. Rania pun tak susah lagi meminta pertolongan darinya. Dia kenal sangat Rania dengan baik dari Universiti lagi, selagi rancangannya tak menjadi selagi tu jugak dia akan buat sehingga selesai. Lepastu baru Rania yang perlu diselesaikan.
"Tapi aku tak sampai hati pulak nak bagi kau mampus. Tapi, kalau kau terus hidup jugak Rania pasti akan buat lebih dari ni." Hamid menarik jarum lalu dicucuk dalam tiub yang bergantung.
"Aku bagi kau tenang. Lepas ni kau tak payah lagilah bertekak dengan mama tiri kesayangan kau tu. Good bye boy", ujarnya mengusap perlahan rambut Hariz.
Hamid keluar bersiul-siul dengan kedua belah tangannya dimasukkan dalam poket. Tapi sebelum tu topi kepalanya di betulkan. Dia melangkah keluar seolah-olah tidak ada yang berlaku.
Hariz meronta-ronta, badannya seakan kaku tak dapat bergerak. Matanya membesar menahan perit apabila racun yang di masukkan dalam tiubnya mula merebak.
"Arghh!", erangannya seakan tidak terkeluar. Cadar katil digengam kuat. Tiada sesiapa yang menyedarinya.
"Hariz", panggil Arfa menampar lembut pipi lelaki itu. Dia cuma beriak biasa apabila lelaki itu seperti mengumam tapi semakin lama Hariz mula meronta seperti orang dalam kesusahan.
"Bangun Hariz, awak mimpi ni", ucap Arfa lagi cuba menyedarkan ke alam realiti.
Hariz bangun dari baringan. Nafas berdegup kencang dan tidak teratur. Mukanya diraup kasar. Mulutnya mengamit-gamit membaca doa. Mukanya jelas dalam kebingungan dan takut.
"Awak okey tak Hariz?", tanya Arfa yang mulanya hanya merhatikan. Hariz mengeleng lalu berbaring semula. Arfa mengaru kepala tidak faham dengan perubahan mendadak Hariz. Selalunya dia akan ceritakan setiap peristiwa yang dia alami misalnya tentang tadilah.
"Wanna share with me?", ujarku masih lagi tidak puas hati. Entah kenapa Hariz seakan berahsia dengannya.
"Tak perlu", bantahnya.
"Alaa beritahu jelah, mana tahu saya boleh tolong ke apa?",pujuk Arfa tak putus asa.
"Baritahu je. Saya janji tak banyak tanya lagi dah", pujuknya lagi. Kali ni Arfa berani menyentuh bahu Hariz.
"Aku kata tak payah, tak payahlah. Jangan paksa aku!", herdik Hariz kasar dengan menepis tangan Arfa dari menyentuhnya.
Arfa Eshal terdiam dan kaku. Mata berair tunggu masa saja lagi nak jutuh ke pipi. Kali ni dia terasa ke hati, kalau dulu dia tak berapa layan sangat kalau Hariz melayannya teruk. Tapi bukan untuk hari ni.
"Okey look I'm so sorry I don't mean it , aku tak boleh kontrol tadi", katanya lembut. Kesal akan perilakunya tadi. Sungguh dia dalam dilema, Arfa pula menggusutkan fikirannya.
"Aku akan beritahu kau.. tapi bukan sekarang", sambungnya lagi.
"Orang nak tolong bukan saja-saja nak menyibuk",kata Arfa menahan rasa.
"Ya aku tahu, aku hargai sangat. Tolong faham aku", pinta Hariz masih berkeras tak nak memberitahunya. Hariz kembali berbaring tapi kali ni dia membelakangi ku.
"Maaf paksa awak. Ambillah masa untuk tenangkan diri awak", katanya mula menapak keluar dari bilik. Arfa keluar tanpa arah tujuan, sedar saja dia sudah berada di taman. Kerusi kosong ku duduki.###
Hariz menolak selimut yang menutupi seluruh tubuhnya. Sengal badannya seharian hanya berbaring walaupun sudah acap kali bertukar posisi. Dia menarik nafas panjang dan memandang sekitar bilik wadnya. Tiada Arfa, sejak tadi lagi dia belum masuk. Selepas Arfa meninggalkan dia bersendirian, Hariz ingat dia mampu menenangkan dirinya tapi tak. Rasa sunyi dan tak tenteram. Betullah tu rasa pendam ni tak elok diperam lama.
Dalam beberapa minit kemudian, pintunya diketuk dan dibuka oleh Arfa. Tangannya memegang beg plastik.
"Jom makan, saya ada beli dari kantin hospital tadi",ajaknya sambil mengeluarkan satu-satu plastik kecil yang isinya makanan. Hariz menurut tanpa bantahan sebab dia pun lapar.
"Aku minta maaf pasal tadi", kata Hariz cuba menegurnya.
"Ala takpe. Saya yang desak awak untuk cerita. Saya ni merimaskan kan?", soal Arfa.
"Adalah sikit. Tapi itu ertinya awak peduli pasal aku". Arfa hanya senyum nampak gigi. Memanglah.
"Tadi aku mimpi", beritahunya. Arfa melepaskan sudunya sekejap menunggu Hariz menyambung cakapnya.
"Aku mimpi ada orang nak bunuh aku. Masa tu aku tidur dan tak sedar, dia bagi racun dalam tiub ni", ujar Hariz menunjukkan tiub yang terlekat tangannya.
"Awak kenal ke siapa orang tu?". Arfa terdiam sekejap, kesian dengan cerita Hariz.
"Doktor Hamid". Arfa terkejut sekejap.
"Hmm itu semua mimpi, tak payah fikir sangatlah", nasihat Arfa cuba berfikir positif. Mereka kembali menyambung makan semula walaupun Arfa masih lagi rasa was-was. Kak yah pun cakap hospital selalu didatangi pihak polis mencari Doktor Hamid. Ada kena mengena ke?
###
Maaf sikit je. 800 word. Hambar jugak.
YOU ARE READING
© Arfa Eshal
Chick-Lit[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...