AE 64

7.5K 283 6
                                    

Amir melarikan wajah bila cahaya matahari yang menyilaukan pandangan tembus melalui jendela yang terbuka. Dia membalikkan tubuh, meniarap dengan mata yang masih terpejam rapat.  Kalau dibuka mata, pasti pandangan japi berpinar-pinar kerana kepalanya masih terasa berat.

"Arfa Eshal.. "

Nama itu yang selalu meniti di bibirnya. Bayang Arfa jugak tetap bermain di ingatannya. Isterinya melancarkan mogok bercakap secara benar-benar. Nak dekat sikit pun dia dah menjauh lebih awal. Macam mana nak selesai ni? Tapi segala keperluannya, isterinya tetap jalankan.

"Sayang.. kita lunch nanti kat luar. Abang jemput sayang" cadang ku sekadar mencuba. Manalah tahu dengan ni isterinya berlembut hati.

"Sayang.. " panggil ku sekali lagi bila dia hanya berdiam.

"Hmm tak payah, set je kat mana nanti saya pergi sendiri aje," pintanya. Amir hanya akur,  tak banyak cakap bila isterinya sendiri mahu begitu.

"You what?"

Arfa berdiri tegak. Rasa marahnya makin meluap-luap. Lain hendak dibuat ini pula yang dia dengar. Jadi Amir nak ajak makan ni sebab nak dia dengar ni lah?

"Yes, I'm pregnant. It's clear?" Syikin berpeluk tubuh sambil mempamerkan wajah selambanya. Dia tak kisah jika kali ni dia ditampar kali kedua asalkan dapat menyakiti wanita depan ini.

Amir hanya duduk sambil memegang kepala. Fikirannya bercelaru.

"How come?" tanya Arfa terkaku. Pilunya hati! Mengapa terlalu berat dugaan ini Ya Allah!

"Well.. last month. Amir tidur dengan I.  Dia cari I dan datang nak tidur sama and unexpectedly he touched me" ujarnya seakan bergembira akan kenyataan itu.

"She's liar! Please believe me sayang..  I'm not kind like that", pujuknya menerpa arah ku. Arfa menggeleng dan menolak pautan Amir. Dia kurang percaya.

"Then tell me. What should I do to make you trust me?!" Dia jugak kecewa bila Arfa tak percayanya. Tuduhan ini sangatlah tidak berasas sama sekali.

"Betul ke Am? Apa pulak kali ni?" tanya ku perlahan. Sebak di dada menahan rasa. Dadanya terasa padat dan sendat. Hampa, terluka,  marah semuanya dia rasakan sekarang.

"Abang bukan orang macam tu, sayang. Percayalah kali ni"

Arfa diam dan memejamkan mata, air matanya mengalir perlahan. 

"I love you,Wife. I just want make you happy! Because seeing you smiling makes me happy too...! "

"Jangan berkata-kata kalau awak tak memaknakan Am. Lebih baik kita duduk asing-asing sementara waktu ni" ujarnya perlahan dan mengangkat mukanya melihat Amir.

"Sayang.. " Amir memanggil dengan dada yang sebak hingga tumpah air mata lelakinya. Dia menunduk wajah. Entah kenapa dia rasa Arfa macam meninggalkannya.

"I'm sorry Am.." sejurus bercakap Arfa pergi meninggalkan Amir bersendirian. Syikin entah kemana perginya. Tak sedar pula bila dia dah takde. Mungkin dia rasa, dia dah menang buat rumahtangganya porak-peranda.

Apa makna maaf tu? Kalau Arfa tetap tega meninggalkannya?

Arfa termenung jauh dia tak tahu apa yang hendak dibuat selain membawa diri dari Kuala Lumpur. Kertas notis cuti dua puluh empat jam dihantar secepat mungkin. Hatinya lara,  satu persatu dia di duga pelbagai cabaran akhirnya ni lah keputusannya. Lari dari masalah. 

Dia pergi ke Terengganu, iaitu tempat terakhir dia dan Hariz pergi. Sekejap aje nak ambil angin sambil-sambil tu rehatkan minda. Rindunya membendung bila terlintas memorinya dengan Hariz di sini.

Telefonnya berdering tertera Amir lantas hanya membiarkan. Bila kali ketujuh nama lain pula tertera ternyata Arif. 

"Dah kenapa ni, Esha?"

Arfa diam. Dia hanya bergolek-golek atas katil menunggu. Dia malas mahu cakap lebih. Kepalanya macam sikit memberat.  Dalam beberapa hari ni tidurnya tak berapa nak lena nak layan sangat perasaan nilah jadinya! 

"Pergi mana? Kenapa buat orang risau ni?" tanyanya berlembut. Ini yang membuatkan dia lebih rapat abangnya tak mudah melatah kalau bab-bab masalah. 

Dia ni mesti beritahukan?! desisnya dalam hati sedikit geram.

"Tak nak cerita ke dengan along? Amir cakap dia... "

"Tak payah sebut nama dialah", pintas Arfa memejamkan matanya seketika. Sebut namanya sudah dia rasa nak marah lebih-lebih.

"Eshaa," tegurnya. 

Senyap. Enggan membalas apa-apa kerana dia sedang menahan perasaan. Abangnya itu tidak tahu dia berperang dengan perasaannya.

"Hey dengar sini. Keluar tanpa izin suami berdosa. Satu, buat suami tertunggu atau terbiar lagi makin bertambah dosa, Esha. Tahukan setiap masalah kena selesaikan bersama?" pujuknya menasihati. Dia diam sambil membetulkan duduk pula.

"Sedanglan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri"

"Lari dari masalah dan mengalah bukan tepatan sesuai untuk Esha. Allah sudah uji sedikit dah goyah, Esha dengan Amir baru masuk permulaan kawin sudah cepat melatah. Macam mana nak hidup lama bersama ni?" bahasnya panjang lebar. Dia terkelu kemudian mendengus dan menggeleng.

"Abang long..  Esha tak tahu. Sekarang ni beri Esha ruang nak fikir lebih rasional. Lagipun Esha tak kenal sangat dengan suami sendiri kalau nak percaya lebih tu tak pasti hanya lima puluh peratus aje abang" ulasnya perlahan.

Arif mengeluh perlahan, turut binggung. Dia jugak turut terasa sama lukanya bila memikir. Tapi apa yang dia dikatakan Amir semalam,  buat dia yakin Amir tidak akan bertindak diluar jangkaan.

"Jangan macam ni Esha. Angkat telefon bila dia call. Bincang elok-elok, jangan marah berterusan. Hadam betul-betul baru nak cakap. Nak abang long teman pergi sana?" tanya ku sekaligus mahu mengetahui Keberadaannya.

"Hmm tak payah. Esha nak sendirian.. beritahu yang lain Esha okey-okey aje."

"Daa abang long. Nanti Esha call lagi", kata ku memutuskan talian.

"TAK mungkinlah.. " Arfa Eshal menyedapkan hatinya sendiri. Mukanya diraup beberapa kali.  Tidak senang duduk di buatnya! Peluh cemas mula mengalir di dahi, diseka dengan tisu yang terdapat di tangannya.  Kenapa waktu macam ni?  bisiknya dalam hati. 

Dia cuba mencongak dalam kepala mengira jadual haidnya. Bulan ni belum lagi! Kemungkinan ada. Aduh!  Bukannya dia menolak rezeki Allah. Tapi masa tu terlalu awal. 

Dia mundar-mandir, ke hulu dan ke hilir.. Hmm nak pergi klinik cek ke tak eyh? Nanti kalau betul macam mana? Ok takpe kita cek aje dulu. Satu persatu soalan menerjah dimindanya.

####

Done!  65 votes. Maaf nampak hambar. Huhh.

Sharelah Ig korang nak follow ni. Hahaha. 

© Arfa Eshal Where stories live. Discover now