SUDAH tiga hari Hariz bertahan. Selama itu jugak Arfa yang menjaganya. Ibunya membebel sudah melarangnya dari bermalam di hospital tapi aku masih jugak buat. Tak manis dipandang kalau belum ada ikatan katanya. Tak tahu kenapa ibu bercakap bunyi macam nak suruh orang kawin aje.
Sebab Hariz dah tak sewel lagi kot? Sebab tu ibu fikir Hariz dah boleh fikir nak buat macam-macam dengan ku. Haha. Jahatnya mulut aku.
Hari ni Hariz dah boleh discharged dari wad. Segala bill sudah dibayar oleh Datok Ramli. Hariz tak tahu apa-apa pun, kalau dia tahu entah dia sanggup bertapa lama kot dalam hospital ni. Hariz tu bukan boleh jangka sangat.
####
"Tolonglah aku naik keatas, tak kan nak tengok aje", tegur Hariz menunggu Arfa memimpinnya. Mereka sudah sampai halaman rumah Datok Ramli.
"Suruhlah bibik seri tolong awak. Saya tak nak naik", balasnya menolak.
"Kau kan ada, apa guna doktor pribadi", katanya sinis. Arfa menarik muka masam. Kaki patah macam ni pun, mulut Hariz tak pernah kurang nak cakap kasar.
Dengan perlahan-lahan mereka daki tangga menuju ke bilik Hariz. Kemudian Hariz didudukan katil. Arfa ingin saja melangkah keluar tapi tak jadi bila Hariz memanggilnya.
"Kau nak pergi mana?"
"Balik lah. Lagipun awak dah masuk bilik ni"
"Habis yang kau nak keluar cepat tu kenapa?". Arfa mengeluh.
"Nak balik lagi pun saya tak berlama kat bilik ni", terus terangnya.
"Aku ada benda nak tunjuk. Duduk jelah dulu"
"Okey. Cepat sikit", ujar Arfa bersungguh.
"Kau takutkan masuk bilik aku. Dulu okey je", tebaknya betul.
"Memanglah. Masatu awak tengah sakit." Memang Arfa sering masuk bilik lelaki ini malah berlama-lama meluangkan masa berada dalam bilik ini. Itu dia buat tugas. Kali ni dia hanya masuk bersama lelaki itu dalam keadaan normal.
"Kau tak payah risaulah. Aku tahu batas aku, bukan aku jahil sangat", terang Hariz. Dari tadi lagi Arfa tidak mahu masuk biliknya.
Arfa berdiri di muka bilik Hariz. Pintu bilik sememangnya dibuka luas. Sebagai jaminan yang Arfa tidak perlu risau apa-apa. Arfa menatap Hariz leka membelek kakinya yang berbalut. Entah apa yang dia fikirkan. Sengaja melengahkan masa. Kata ada nak tunjuk.
"Apa yang awak nak tunjuk ni?". Arfa dah berpeluk tubuh menunggu.
"Kejap",katanya bergerak sedikit ke laci sebelah katilnya. Dia keluar beg kecil lalu dihulurkan kepada Arfa. Baru sahaja Arfa nak mengintai isinya Hariz dah melarang.
"Jangan tengok dulu. Tengok bila kau seorang dalam bilik", arahnya lembut tapi tegas. Arfa mengecilkan matanya. Pelik. Rahsia sangat ke sampai tengok sendiri.
"Dah pergi balik. Shushh!", halaunya beruar uar hendak menutup pintu.
"Eh dia ni kan", gumamnya perlahan. Tadi nak sangat dia masuk ni suruh keluar pula. Macam tak ada adab. Arfa turun ke bawah dan terserempak dengan bibik seri.
"Eh kamu mau balik ya? Baru aja aku mau ngantarin ini minum",kata bibik menunjukkan talam berisi dua cawan. Mungkin untuk Hariz jugak.
Nak tergelak dia bila mengenang pada awal dia datang tadi. Bibik seri buat rajin bila Hariz balik, padahal dari penelitiannya bibik baru saja bangun. Jelas sekali mukanya nampak terkejut. Macamlah dia tak tahu.
###
"Awal Esha balik hari ni, dah habis kerja ke?", tanya ibu yang duduk di sofa ruang tamu. Aku menghampiri dan duduk bersebelahan ibu. Kunci kereta diletakkan atas meja.
"Hmm, Hariz hari ni dah boleh keluar hospital tu yang sekejap je", kata ku bersandar pada sofa. Kepala mendongak ke atas sambil mata terpejam. Melawan rasa mengantuk yang makin menular.
"Kalau nak tidur pergi atas", tegur ibu menampar lembut paha ku. Mata ku terus terbuka bila teringat akan beg yang Hariz bagi. Terus saja dia naik membawa ke bilik.
"Orang naik dulu bu",pamitnya mula menaiki tangga.
Sampai saja bilik, terus dia selongkar isi beg kecil tersebut. Tak banyak tapi buat dia terkejut apabila dia ternampak sebuah kotal baldu dengan kertas. Hatinya sedikit cuak. Aku bacalah isi kandungan surat tu.
Aku tahu tak gentle sebab tak cakap depan-depan, tapi memang dah lama nak luah. Aku tak nak kau fikir aku main-main je. Ialah kau asyik mengelak je bila aku cakap hal hati ni.
Aku suka kau tak tahu bila tapi yang penting aku serius nak ada hubung dengan kau.
Nak tergelak Arfa buatnya bila dia baca. Rasa feeling lebih tu takde. Nak rasa malu pun takde. Bukan nak memperlekehkan perasaan Hariz tapi serius Hariz tak pandai ayat-ayat ni. Bahkan nak cakap manis-manis pun tak.
Dia memang tak terkejut sebab dia sendiri pun dah mula suka akan kehadirannya. Takpelah lama-lama adalah sikit rasa tu. Inshaallah. Tanpa fikir panjang, aku sendiri menyarung cincin tersebut sebagai tanda katanya. Cincin ni cantik, sesuai dengan cita rasanya tak terlalu heavy dan paling penting muat dengan jari manisnya.
JANTUNG Datok Ramli mula berdegup laju. Dia telah ditelefon oleh pihak polis dan memberitahunya untuk datang ke hospital. Dia sendiri tidak faham kenapa dia perlu datang kesini. Dia berdoa agar berjalan lancar.
Sampai saja depan bilik forensik, terdapat dua orang polis menyambutnya. Badri yang mengikut dari belakang memberi peluangnya untuk bercakap.
"Encik suami puan Rania bukan?", tanya salah seorang darinya. Aku mengangguk mengiyakan. Dah berapa hari dia tak berhubungan dengan istetinya itu.
"Ye kenapa?"
"Kami menjumpai mayat Puan Rania yang lama sudah terbiar hingga mendatang bau yang tidak enak",jelas tanpa banyak hela.
Hampir luruh jantungnya mendengar. Seakan tidak percaya baru saja bebrapa hari lepas mereka bergaduh. Datok Ramli melangkah ke belakang sedikit, dia bersandar di dinding. Satu persatu peristiwa datang di mana dia telah menyebabkan Datin Rania lari dari rumah.
"Niaa abang minta maaf." Air mata Datok Ramli bergenang. Kesilapan yang dia tidak dapat betulkan lagi. Bebrapa minit meratap dia mula masuk dan melihat sendiri keadaan isterinya. Tapi sebelun tu dia bertanya kepada pihak polis itu.
"Kenapa isteri saya jadi begini?"
"Orang awam menjumpai arwah dalam keadaan banyak darah dan terbiar lorong yang tersorok. Bila kami buat siasatan, isteri Encik dibunh dengan ditikam berkali-berkali",jelasnya.
"Allahu..", sayu hatinya mendengar. Tangannya menukup seluruh wajahnya. Tak terbayang bila mengenangkan wajah isterinya menahan perit.
###
Maaf nampak bosan.
Baru realize kalau update malam saya lebih banyak masa untuk buat next chap. Vote.

ANDA SEDANG MEMBACA
© Arfa Eshal
Chick-Lit[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...