Aduhai, malasnya nak bangun pagi. Dengan lemah dan berat hati, aku bersiap dengan memakai baju kurung kedah. Kot putih yang disangkut diambil. Kalau bukan kerja memang lama dah dia sambung balik tidur.
"Pergi dulu bu",sapaku terus kucup pipi sebelah kanan.
"Tak sarapan?" Aku menggeleng. Tak nak lambat datang rumah Datok Ramli.
SELEPAS berbual sebentar bersama Datin Rania dan melihat wanita itu bertolak pergi ke pejabat, Arfa berjalan pantas masuk ke dalam. Nyanyian kecilnya mengiringi langkah Arfa setiba dia dalam rumah.
Arfa sekadar membuat sandwiche sebagai sarapan. Kemudian menantang dulang menuju je bilik Hariz. Dia suka kerja kat sini, tak banyak tugasan hendak diselesaikan. Hanya rawat dan beri makan. Simple.
Arfa membuka pintu luas bilik Hariz. Dia terus mencari kalibat lelaki tersebut. Tak sangka Hariz masih lagi terbongkang tidur. Selalunya jam begini dia dah siap mandi. Tidur akhirlah semalam ni.
Diletakkan dulang atas meja, lalu menghampiri. Dia menggeleng melihat Hariz yang tidur begitu nyenyak. Satu katil besar ini sudah cukup baginya. Hariz ni memang tidur beginikah? Memang malang siapa yang jadi isterinya, tengoklah macam jam banyak gerak. Silap-silap isterinya tidur kat sofa nanti.
Saat matanya ternampak cawan di atas lantai di tepi katil. Arfa mengaru kepalanya yang tak gatal. Macam mana boleh cawan ni kat sini? Semalam kan aku dah bawa turun siap cuci sekali.
"Siapa yang letak ni?",bicaranya sendiri.
"Hariz, Hariz, bangun.." Arfa menggoyangkan kaki Hariz. "Awak bangunlah". Hariz yang terjaga, terus mencari Arfa. Matanya digosok perlahan dan mulutnya menguap.
"Ada apa? Jangan kacaulah". Bantal guling dipeluk kemas semula.
"Bangunlah. Saya ada benda nak cakap ni. Penting ni",desak ku. Arfa menepuk kaki Hariz pula. Tak putus asa. Hariz mengeluh perlahan. Dia tidak berbaring lagi tapi matanya masih tertutup sambil memeluk bantal gulingnya.
"Apa yang penting tu? Aku kurung kau nanti dalam bilik air tu" Uiks, apa main kurung-kurung ni? Bila masa main ugut ni? Ingat orang takut.
"Saya tak heranlah. Tak takut pun",Arfa pula mencebik. Ingat aku perempuan lemah. Macamlah aku tak dapat lawan. Tolonglah..
"Kau tak takut? Bila masa kau kena kurung seorang-seorang?" Aku menelan air liur. Okey ni seram. Takkan lah nak berduaan dengan dia.
"Tak payah nak merepek eyh. Ni saya nak tanya awak ni". Arfa duduk di hujung katil. Mamat yang duduk di katil tersebut terus menongkat dagu memandang dirinya. Menunggu. Orang handsome kalau bangun memang tetap nampak handsome. Eh jap apa yang aku merepek ni...
"Siapa yang letak cawan ni kat sini? "
"Akulah"
"Semalam saya dah bawa turun bawah kan?",tanyaku dalam keadaan bingung. Hariz hanya mengganguk.
"Habis kenapa masih ada kat sini?"
"Aku ambillah. Soalan apa yang kau tanya ni?" Aku tercengang. Maknanya dia turun bawahlah tu?
"Bibik tak nampak ke semasa awak turun tu?"
"Tak"
"Awak haus ke? Selalu tak pulak sampai turun bawah",soalku.
"Saja turun bawah sekaligus nak minum. Mana tahu aku ternampak apa yang mencurigakan, boleh aku siasat sekali"
"Awak ingat detective conan nak siasat bagai. Kalau terserempak orang kat bawah macam mana? " Arfa tersenyum sinis. Cara Hariz tu nampak kebudakkan.
"Dah habis cakap. Kalau tak aku nak sambung tidur balik" Hariz mula baring. Malas nak layan pompuan ni cakap. Tidur lebih baik.
"Lahh.. bangunlah teman saya. Ni sarapan dah ada pun. Takkan nak biar aje, sejuk nanti" Arfa menggoyangkan badan Hariz kuat.
"Kau makanlah",balasnya mata terpejam. Dengkuran mula kedengeran. Aik, kejapnya dah tidur. Baik aku makan, dah lapar belum sarapan tadi. Di kunyah roti sandwiche perlahan dan kaki menapak mencari alat kawalan TV.
*****
"Kau maki aku ke?". Tanya Hariz masih lagi tersenyum sambil memandang Arfa yang duduk di sofa yang tak jauh darinya.
"Siapa maki awak?",tanyaku dengan muka sebal. Masih marah dengan hal tadi.
"Aku main-main je pun tak payahlah nak ambik serius sangat"
"Diamlah",rengus ku perlahan. Tak mahu perkara tadi dibangkitkan. Malu bercampur marah pun ada,marah akan dirinya.
"Tu mulut kau bergerak-gerak macam cakap sesuatu. Ke kau baca mendrem kat aku",sengihnya dengan riak mengusik.
"Untuk apa?" Arfa menjeling tajam. Suka hati aje nak cakap. Inikan aku yang baik hati kat dia cakap macam tu.
"Manalah tahu kau suka aku... " Arfa menjelir lidah. Nak pikat Hariz? Hmm tak payah, tak hingin aku nak pikat dia. Kacak tu memanglah tapi perangai dia yang tak kacak.
"Awak tak payah nak cakap merepak. Angkat bakul sindirilah tu",kata Arfa dengan mata masih difokoskan TV.
"Kenapa aku tak layak ke?" Saja nak ambik tahu.
"Tak pun" Hariz hanya tersenyum. Memang dah agak dah jawapan tu.
"Ciri-ciri lelaki kau suka macam mana?",tanyaku sekadar mahu tahu. Tak ada topik hendak dibualkan, drama di kaca TV tu tak menarik perhatiannya.
"Yang penting bukan macam awak" Matanya kembali melihat hadapan.
"Demand jugak kau ni.. " Hariz senyum sambil menggeleng perlahan mendengar jawapan wanita itu.
Sengaja Arfa tidak membalas balik yang Hariz katakan. Bukan masuk dalam peperiksaan pun nak soal jawap. Bukan apa kalau nak memilih lelaki mestilah tinggi sikit, baru feel tu masuk. Feel apa? Feel cintalah, cakapku dalam hati.
"Aku tak masuk sikit pun ke dalam ciri-ciri lelaki idaman kau? Kenapa sebab aku selalu buat kau marah? atau sebab aku sewel?". Ayat terakhirnya membuatkan aku menoleh, tepat dalam anak matanya. Nada suaranya pun lain tadi.
"Bukanlah. Awak ni cepat sangat buruk sangka",kataku dengan suara lirih. Bunyi marah aku je dia ni.
"Kau tak payah buat muka macam tu eh. Nampak buruk, aku memain aje pun. Haha. " Makin kuat ketawanya apabila Arfa mula mengalirkan air mata.
"Nangis pulak dia. Meh sini aku peluk",acah Hariz mendepakan tangan hendak memeluknya. Pantas saja Arfa menjauh.
"Awak memangkan",ujarnya sedikit sebek. Entah kenapa dengan dia hari ni. Hariz masih lagi dengan tawanya.
"Dahlah.. ",tegasnya. Menutup malunya. Lelaki tak suka kacau perempuan yang dia tak suka. Mereka hanya mengusik kalau menarik perhatian mereka. Itu lelaki. Samada mereka suka atau selesa berkawan dengan perempuan. Bukan saja-saja kacau.
Sambungan..
#####
Bagi slow dulu. Maaf kalau tak ok. Vote. Typo nanti recheck balik.
Gudnite≥3≤

YOU ARE READING
© Arfa Eshal
ChickLit[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...