"AKU TAK NAK BALIKLAH!", jerit Datin Rania di luar kediaman rumah Datok Ramli. Dia dipapah masuk oleh Badri dalam keadaan mabuk. Sampai saja pintu Datok Ramli mengambil alih pula memapah dah di baringkan atas sofa. Ini kali pertama dia melihat Rania berkelakuan begini. Sepanjang dua tahun perkahwinan mereka, hari ini dia merasakan dia belum lagi cukup mengenali isterinya.
"Kat mana kau jumpa dia Badri?". Risau dia isterinya belum balik rumah. Seharian pergi pejabat kan malam belum balik. Di hubungi pun tak angkat. Sejak petang tadi dia menyuruh Badri mencari Rania hingga pagi subuh baru kelihatan.
"Saya jumpa kat club tadi Datok dengan seorang lelaki.. ". Datok Ramli mengangkat tangan supaya menghentikan ucapan selepasnya. Dia tidak mahu tahu apa yang di lakukan oleh Rania.
"Awak boleh balik. Nanti datang pukul tiga petang. Saya boleh pandu sendiri pergi pejabat", arah Datok Ramli kesihan melihat Badri kelelahan mencari isterinya.
"Baik Datok", pinta sebelum berlalu.
Datok Ramli melabuhkan punggung di sofa. Tidak lama dia duduk, bibik seri datang. Mungkin dia terdengar suara lantang Rania.
"Ada apa Datok. Apa yang boleh bantuin? ". Kelihatan Datin Rania berbaring atas sofa. Mahu di tanya takut kena marah.
"Tak ada apa-apa. Tutup pintu depan dan awak boleh sambung tidur. Saya okey. " Bibik seri pantas menutup pintu dan kembali masuk ke biliknya. Hanya membiarkan Datok dan Datin di ruang tamu.
"Sayang jom kita naik atas."
"Jangan kacau aku!",jeritnya lantang. Datok Ramli memegang lengan isterinya sekali lagi cuba memapah.
"Jangan pegang aku orang tua. Tak sedar diri. Aku jijik! Jijik kawin dengan kau!". Mata Rania yang separuh terbuka melihat Datok Ramli.
Datok Ramli menangkat dagu melihat isterinya. Bingung. Bingung melihat Rania yang mabuk. Entah apa masalahnya hingga minuman syaitan tu jugak di teguknya.
Datin Rania mula berdiri. Dia cuba mengawal geraknya dari terjatuh. Kemudian menari terhuyung-hayang.
"Aku nak menari pun tak senang. You're such old man. Disgusting!",tangannya sempat menunjuk ke arah muka Datok Ramli. Dia berjalan beberapa langkah sebelum terjelepok jatuh. Kepalanya seakan berpusing. Pening.
"Sayang jangan macam ni. Jom kita naik atas". Datok Ramli memujuk. Dia menarik tangan isterinya yang jatuh.
"Lepass.. kau jangan nak pegang akulah. Aku geli kau pangil aku sayang." Datin Rania menolak dada suaminya beberapa kali.
"Kenapalah kau dan anak kau tak mati je. Senang aku nak bolot harta kau. Aku kawin dengan kau pun bukan sebab cinta. Gila". Datin Rania mengundur langkah ke belakang kemudian jatuh terbaring di atas sofa.
Datok Ramli berdiri kaku melihat isterinya. Kata yang di keluarkan daei mulutnya sukar hendar dia mempercayai tapi hatinya menolak. Datin Rania tak sedar apa yanh di katakannya. Mungkin dia rasa risau menebal hingga berbicara sedemikian.
"Mesti dia stresskan?",
"Stress sebab tengok aku dah sihat",sambung Hariz. Dia berdiri di hadapan Datok Ramli dan melihat sendiri keadaan Datin Rania. Dari tangga dia sudah mendengar semua apa yang dicakapkan oleh wanita itu.
"Dia risaukan Hariz sebab tu dia stress. Lagipun mama nak ingin terbaik buat Hariz"
"Dia bukan mama aku.. ",tegas Hariz.
"Kau tak dengar ke apa dia cakap tadi? ", tangan diletak dalam kocek.
"Dia tak sedar Hariz. Jangan nak tuduh melulu", Datok Ramli menghampiri Hariz. Wajah anaknya di renung seketika tak suka apabila Hariz cskap macam-macam tentang Rania.
"Kau yang tak sedar. Kau dengar sendirikan dia nak kita mati sebab dia nakkan harta. Tak kan tak pandai faham". Datok Ramli terkedu mendengar kenyataan anaknya. Dua menggeleng tak percaya. Keadaan orang mabuk ni bukan boleh ambil kira.
"Jangan nak biadap Hariz. Sedar dengan siapa Hariz bercakap! ". Datok Ramli masih lagi berlembut dan menahan sabar.
"Aku sedar. Aku sedar siapa aku cakap! Dengan orang yang sakitkan hati mama aku dan berkawin dengan perempuan jalang ni. Sebab perempuan ni jugaklah kau biarkan mama aku hilang entah kemana? "
Pipi Hariz dilempang. Amarah menguasinya. "Hariz tak ada hak cakap mama Rania macam tu"
Hariz tersenyum kecil dan mengeleng kepala beberapa kali. Pipi terasa pijar. "She's not my biological mother. You make everything get worse.. ", ucapnya perlahan. Hariz berlari naik ke atas. Selang lima minit kemudian dia turun semula dengan kunci kereta di tangan. Bagasi kecil turut dibawa, memang dia dah sedia pack.
"Hariz nak pergi mana tu?", soal Datok Ramli masih berdiri di tempatnya.
"I'm asking you.. Hariz!", panggilnya kuat.
Hariz membuka pintu belakang dan meletakkan bakasinya di sana. Kemudian Hariz ke pintu pemandu pula. Malas dia mahu melayan panggilan Datok Ramli yang memanggil dirinya berulang kali.
"Hariz jangan macam ni. Kita boleh bincang". Datok Ramli sempat menahan pintu dari di tutup tapi tak buat apa kalau Hariz masih lagi berdegil mahu keluar.
"Aku nak keluar. Aku malas nak layan orang yang dah kena tipu ni. Tak sedar diri sendiri kena perbodohi oleh bini", kata Hariz dengan lirikkan tajam. Nafas di hembus kasar sebelum keretanya bergerak meninggalkan kediaman rumahnya.
Datok Ramli menepuk dahinya. Semuanya berlaku tanpa diduga dan terjadi begitu pantas. Dia tak berniat hendak menampar anaknya dan menjadikan hubungan mereka bertambah keruh. Pendirian Hariz tak boleh di ubah walaupun dirinya cuba menyatakan. Dia sendiri yang tidak memberi peluang dirinya untuk mengenal lebih rapat pada Rania.
Yang buat dia terfikir apabila Hariz berkata dirinya diperbodohi. Adakah cintanya terhadap Rania dia salah menilai. Datok Ramli mengaku memang perasaannya dengan Rania dan Aina memang berbeza. Perbezaan macam mana dia tak tahu nak terangkan. Apa yang boleh dia katakan, Aina lebih diatas carta hatinya.
CERMIN KERETANYA diketuk dari luar. Terpisat-pisat mata apabila matahari menembusi masuk ke rantena matanya. Leher yang sengal di regangkan sebentar sebelun melihat gerangan yang mengetuk cerminnya tadi. Semalaman tidur dalam kereta.
"Siapa pulak pagi-pagi dah ketuk ni? ",omel Hariz dalam hati. Dia membuka pintu kereta yang berkunci. Berdirinya Arfa dengan kepalanya di tutupi tuala membuatkan Hariz tersenyum lebar. Fikir mak cik jual nasi lemak.
"Apa awak buat kat sini? Tahu pulak alamat rumah saya ni?", tanya Arfa prihatin.
"Tahulah. Dah aku pernah ikut kau dari belakang secara senyap", balas Hariz menerangkan. Nasib baik ingatannya cukup kuat mengingati. Waze tak guna bukan betul sangat pun.
"Kau dah siap?". Hariz keluar membuat pemanasan badan. Bajunya semalam tak dihiraukan.
bersambung...
Hyy guyss! glad to see u again.

ANDA SEDANG MEMBACA
© Arfa Eshal
ChickLit[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...