AE 11

11.4K 549 3
                                    

"Kenapa awak sejak tadi diam je?" Aku rimas dalam keadaan macam ni masing-masing bual hal sendiri. Sama macam mula-mula aku jumpa dia. Senyap.

"Awak nak apa-apa ke Hariz?" Aku mulakan dengan pertanyaan.

"Aku nak cake cheese"

"Okey saya beli kejap". Beg aku capai kemudian mahu bergerak.

"Aku nak kau buatkan untuk aku", ujarnya masih tidak bergerak dan tak memandang Arfa.

"Alah takde beza pun kan?, luahku. Aku pandai tapi malas nak buat. Kalau teringin pun pergilah suruh bibik tu buat apa guna bibik, cebikku dalam hati. Masih tidak puas hati lagi berbual tanpa memandang Hariz.

"Aku nak kau b.u.a.t", ucapnya dengan mengeja satu-satu huruf. Arfa bangun lalu menghampiri katil. Dia mahu berbual bertentangan mata dengan Hariz Nasri. Macam tak syok bercakap tanpa memandang lelaki itu. Kedengaran sayup-sayup aje. Antara dengar atau tak. Mana tahu dia tersalah dengar sebentar tadi.

"Awak nak suruh saya buat kek cheese?", soal Arfa. Dia duduk di hujung katil. Hariz hanya mengangguk perlahan.

"Jangan beli kat secret recipe", ujarnya tegas.

"Bangunlah Hariz. Cuba duduk. Berbual tengok saya ni.." Arfa menarik lengan Hariz. Dia memaksa lelaki itu menukar posisinya. Dari berbaring, Hariz duduk menghadap Arfa.

"Kalau terpaksa pun tak payahlah nak tengok saya macam tu sekali. Awak ada masalah?", ujar Arfa. Alang-alang sudah bertentang mata, biar dia berbincang tentang apa yang tetjadi kepada Hariz hari ini. Lelaki itu lemah, macam orang tak ada mood langsung. Fobia keluar rumah mungkin.

"Kata nak buatkan kek?" Arfa teringat semula soalan yang jauh menyimpang. Aku nak tanya suka buat dua lapis ke tak, lain pulak soalan aku bualkan. Mana-mana pun sama aje pun. Ah biarlah..

"Kau tak tahu apa-apa"

"Kalau macam tu cuba cerita supaya saya tahu". Hariz hanya tersenyum nipis.

"Jangan nak struggle sangat nak tahu. Yang penting gaji kau masuk". Tergamam Arfa mendengar jawapan Hariz. Agak kasar jugak bila dia bercakap macam tu. Salah ku aku nak tolong?

"Tak baik cakap macam tu. Saya memang pastikan semua pesakit saya selalu dalam keadaan baik walaupun ia hanya masalah datang dari lain akan cuba saya selesaikan. Jadi awak kena sembuh"

"Kalau aku sembuh kau tak ada kat sini lagi ke?" Arfa berpeluk tubuh.

"Janganlah pusing soalan lain, saya tanya tadi, kan?"

"Aku nak kek cheese", pintanya lagi. Tak habis-habis kek ni. Tak reti sabar.

"Ya, saya buatkan. Cerita dulu apa masalah awak tu". Arfa mengoyangkan tubuh Hariz apabila lelaki itu berbaring semula. Mengadanya dia. Jangan minta lebih pulak lepas ni.

"Buat dulu". Lagi sekali pintanya. Arfa menarik nafas panjang.

"Lepas tu cerita", ugutku. Masih mahu tahu.

*****

Datok Ramli membelek fail di hadapannya ada beberapa lagi fail perlu di tandatanganinya. Pagi ini pula dia perlu menghadiri mesyuarat dan jugak beberapa perjumpaan penting. Sejak dia sibuk dalam masa terdekat ni, dia dah jarang menjenguk satu-satu anaknya Hariz. Adakalanya, dia hanya berdiri di muka pintu bilik anaknya.

Penat dengan beban kerja dan keadaan Hariz yang masih tampak sama. Kalau dia ada anak lain memang dah lama dia serahkan untuk uruskan hal syarikat. Kalau isterinya tak boleh sebab masih lagi baru, lagipula perempuan. Dia tak cukup yakin lagi dengan kewibawaan seorang wania bila menyelasaikan hal.

Harapannya dulu mengharapkan Hariz dapat menyambung legasinya namun belum tercapai. Keadaan Hariz menggelapkan harapan yang dibina. Siapa lagi yang di harapkan kalau bukan anaknya. Ketukkan di pintu bilik mengejutkan Datok Ramli yang jauh termenung.

"Masuk", ucap Datok Ramli.

Datok Ramli memerhatikan tubuh wanita yang melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Anggun dengan dress singkat paras lutut. Penampilan inilah Datin Rania yang sering dikenakan setiap kali dia ke pejabat.

"Ada apa datang ke pejabat abang?" Dia bersandar melihat Datin Rania yang berjalan mendekati meja.

"Abang tak ingat ke? Nia kan nak keluar lunch dengan abang". Datok Ramli menepuk dahi.

"Lupa lah tu.."

"Bukan lupa nak lunch tapi lupa nak beritahu sayang yang hari ni memang tak dapat. Schedule abang memang penuh dan padat".

"Sampai hati abang. Selalu jadi macam ni". Datin Rania berpeluk tubuh. Dia menarik muncung panjang sedepa. Masam mencuka memandang suaminya. Janji melayu.

"Janganlah macam ni sayang.. Abang minta maaf. Lain kali abang teman". Datok Ramli mula berdiri dan mendapatkan Datin Rania di kerusi. Dia bukan sengaja mungkir janji. Taoi memang masanya terhad, Rania pun kadang-kala sibuk. Sudah faham dengan tugas masing-masing.

"Nanti abang belikan.."

"Jangan kek", pintasnya laju. Bukan tak suka tapi dia tetap kena jaga permakanannya agar menjaga tubuh yang langsing.

"Dah kenapa pulak kek nak di kaitkan ni, pernah ke abang belikan kek?"

"Habis semalam nia tengok kat peti ais ada kek cheese"

"Oh yang tu bibik cakap Doktor Arfa yang buat", ujar Datok Ramli menerangkan.

"Begitu"

###

Vote. Komen. Hambar kan?

© Arfa Eshal Where stories live. Discover now