Special Thanks❤

8.7K 243 20
                                    


SUASANA riuh rendah itu langsung tidak menganggu tidur Hariz Mikail yang sedang enak tidur. Kepenatan. Sebentar tadi banyak bermain berlari-lari gaya macam tak cukup tanah saja. Arfa menyelimuti anaknya itu dan menepuk punggungnya  perlahan. Dia menghela nafas lega dan tenang. Suasana amat nyaman dan udara yang berhembus bersih menyebabkan hati terasa mekar dengan beribu-ribu bunga.

"Hai, sayang. Dah nak tidur? Awal lagi kot?"

Arfa mengganguk.

"Penat. Hari ni macam tak berapa sihat sikit", jawapku lemah. Mata terpejam sekejap tadi mula terbuka bila tangan Amir melingkari dipinggangnya.

"Kalau nak berkepit, balik masuk biliklah", jerit Arif apabila melihat Amir duduk disamping Arfa.

Arfa hanya ketawa.  Mereka memang masih begitu walaupun sudah ada tanggungjawab baru tetap hubungan mereka akrab hingga sekarang. 

"Sebelum kena bebel lagi, baik abang tolong dia ni." Amir mengucup dahi Arfa sebelum mendekati Arif menolong membakar di ruang BBQ. Kecoh saja lebih tak banyak pun yang berjalan.

Pemergian Amir diganti pula dengan kedatangan Angah. Di tangannya sedang mendukung Mikayla, anak sulong abang ngah yang baru berusia setengah bulan.

"Mana emaknya?" tanya ku melihat belakangnya kot-kot ada.

"Ada, kat ruang dapur. Tolong ibulah, bukan macam kau. Masih lagi pemalas" bahas Afiz sengaja.

"Elok-elok sikit. Esha tak pemalas kot" balas ku melawan. Afiz ketawa perlahan.

"Macam mana dengan Amir?" tanya angah sambil mengangkat keningnya.

Satu senyuman menghiasi dibibir Arfa.

"Esha dah betul-betul sayangkan dia kan?"

"Esha sangat bertuah ngah." Arfa menjawap dengan ikhlas.

Jawapan itu membuatkan Afiz senyum. Daripada nada Esha itu, dia tahu adiknya itu memaksudkan dan kebahagian yang mereka pamerkan bukanlah hanya lakonan.

"Esha tengok tu, bukan main lagi along tu kalau dah dengan laki kau dah macam laki bini. Tak berengang langsung", komen angah tetiba. Pelik dan semacam tu yang dia rasakan.

Afiz menunjukkan ke arah Amir yang mengelap peluh di dahi Arif yang sedang mengipas bara untuk BBQ. Macam gay!

Arfa ketawa sahaja. Geli hati. Memang pun. Mereka sesama nampak perihatin dan bertolak ansur. Mungkin mula-mula terjalin sahabat kini menjadi ipar duai tu yang mereka lebih akrab.

"Dah diorang bestfriend biarlah. Sibuk laa angah ni. Macamlah orang tak tahu kak ngah tu pun bestfriend dia jugak" ujarku. Afiz hanya menjuir mulut. Malas mahu balas lagi.

"Perut dah sarat dah tu, bila due datenya?" Tanya kak ngah dari belakang. Dia duduk bersebelahan dengan Afiz.

"Dalam seminggu dua minggu ni jugak."

"Tak lama lagi tu" Arfa mengangguk sambil mengelus perutnya. Perutnya besar dari sebelumnya. Jalannya pun terbatas maklumlah anak kembar.

"Jom ambik gambar sebelum esha beranak. Ada jugak kenangan", balas abang ngah tak kena mengena.

"Nanti gambar tak lawa. Sebab Esha nampak gemuk" balas ku sungguh. Berat pun makin naik dah ni.

"1..2..."

"Arghh! Sakittt"

"Esha dah kenapa ni?" Tanya Afiz terhenti perbuatannya.

"Esha nak beranaklah tu. Cepat panggil Amir!" Ujar isteri Afiz. 

"Abangg! Perut Esha sakit dah ni" rintih ku memegang perut.

"Ibuuu.." panggil ku pula.

Amir yang baru tersedar bunyi riuh mula terkejar menghampiri isterinya. Riaknya risau bila Arfa berkerut dahi. Dengan air ketubahan pula sudah mengalir keluar. 

####

Ralit Amir memandang kiri dan kanan sekujur tubuh kecil yang sedang tidur lena itu. Mulut anaknya terbuka sikit dan seorang lagi tangannya berada didahi seakan mahu menutup wajahnya.

"Comelnya anak papa ni..." puji Amir dengan nada geram. Ikutkan hati mahu saja dia mengomol pipi mongel anaknya itu bia terbangun dari tidur. Kedua-duanya puterinya mempunyai iras-iras Arfa banyak.

"Syhh.. perlahankan sikit suara abang tu," tegur Arfa mengetap bibir.

"Abang tak puas lagi nak kacau. Diorang suka sangat tidur" luahnya perlahan. Amir tersenyum nakal menatap anaknya. Sungguh indah bila mempunyai anak kembar lagi perempuan. Semua macam isterinya.

"Cantikkan abang?"

"Cantik sangat kalah Esha buatnya" kutuknya memain.

"Apa?! Sampai hati cakap Esha tak cantik. Orang dah buat macam-macam ni dia balas" ucap Arfa berjauh hati. Dia berpaling membelakangi suaminya.

"Lepas ni jangan dekat dengan Esha lagi dah"

"Kalau abang dekat jugak?" Tanya Amir mencabar.

"Kalau berani buatlah" ugut Arfa berani. Takde apa yang nak di takutkan.

Amir ketawa perlahan. Arfa makin lama makin menarik saja.

"Kalau macam tu abang hampir dengan jururawat kat luar tu aje. Senanglah abang lepas ni banyak isteri. Macam best aje," kata Amir selamba. Terus ditarik dan dipegang tangan Arfa rapat-rapat.

"Ni dah kenapa? Esha bukan jururawat buat apa nak dekat-dekat ni?" Marah Arfa.

"Syhh.. jangan bising bangun nanti anak kita", ucap ku.

"Marah?"

"Taklaa ni Esha senyum lebar ni", bidas ku.

"Sayang ni kuat marah. Abang bukan memaknakan pun. Tapi betul sayang ni jururawat abang"

Arfa angkat kening.

"Jururawat hati abanglaa. Takde sayang, takdelah tiga-tiga junior kita ni"

Tersedar dengan kesilapan sendiri, Arfa memeluk kejap tubuh Amir. Dia ketawa perlahan.

"Abanglah tu.."

"Cemburulah tu.." usik Amir.

"Dahlah. Malas layan, Esha nak rehat kejap."

Amir tak bersuara dah lepas tu. Faham keadaan isterinya masih lagi letih lepas melahirkan kedua-dua puteri mereka. Ahli keluarga mereka pun sudah lama pulang. Esha masa belum sedar lagipun.

Amir menatap wajah isterinya. Berharap kegembiraan dan kebahagian ini tak pernah putus hingga ke syurga. Adanya Hariz Mikail, Herlina Uqasha dan Herina  Uqasha sudah mencukupi' detik hati Amir.

###

Ya Allahh! Nampak bosan pulak bab ni. Srsly kering idea.  Nak bagitau saya dah ada buat story baru. Jemput baca. Masih lagi baru,belum fikir lebih lagi tentang storyline ni. Mohon support nya.

Nak cube genre lain sikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nak cube genre lain sikit. Tak tahu masih dalam percubaan. Kalau ramai yang nak, continued je.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 26, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

© Arfa Eshal Where stories live. Discover now