AE 1

19.3K 787 6
                                    

Promote:- Jemput bace semua cerita dari diorang. Feel free to vote and komen sangat dialu-alukan.

°When AQ Wants To Talks by AQ_HaeR
°Question and Answer by khadnas
°100 wise words by eviellejade
°Cerita Pendek by TitieLawrence

#######

"Assalamualaikum, Encik Hariz saya datang bawa sarapan"

Tiada jawapan dari dalam. Sunyi sepi. Belum bangun kot? Tapi dalam file mengatakan dia ada masalah tidur. Jadi ada kemungkinan dia dah bangun waktu macam ni.

"Hariz, awak kat mana? Ada sarapan ni". Cuba ku sekali lagi. Hampa tiada sahutan pun malah kalibatnya pun tidak kelihatan. Meja kecil dicari kemudian dulang berisi makanan di letakkan.

Seperti biasa keadaan biliknya akan kelihatan tidak kemas. Selimut dan beberapa helai baju kotor di atas lantai. Majalah maskulin jugak berselerakkan. Hmm.. ikut perkembangan jugak dia ni. Gelas dan pinggan masih belum lagi di ambil. Kenapa tak ada orang kemas ni. Maid ni pemalas betul!

Pandangan Arfa terhenti apabila melihat sepasang kaki yang berada di bawah katil. Ternganga mulut ku pada awalnya. Main sorok-sorok pulak?

"Hariz keluar lah. Saya Arfa, Doktor baru awak". Tiada jawapan yang datang daripada lelaki itu. Aku mengeluh perlahan. Begini rupanya keadaan Hariz Nazri. Memang teruk seperti Doktor Hamid katakan, doktor sebelum ini.

"Keluarlah. Saya tahu awak lapar", pujuk ku lembut. Memcuba lagi agar Hariz keluar dari bawah katil.

"Apakata kita main game. Game tembak-tembak pun best ni. Saya teror tau!". Masih jugak tiada perubahan.

"Kalau awak tak keluar, saya buang sarapan awak". Hariz tetap tidak bergerak. Batu nisan betul dia nih.

"Keluarlah.. mari makan", rayu ku sambil menarik tapi dia pantas mengelak. Aku sudah putus idea hendak memujuk. Nak tak nak biarlah dia, buat sementara waktu tu. Aku kemas biliknya dahulu, macam bilik kena rompak dah aku tengok. Baju kotor aku letakkan dalam bakul, majalah aku ambil dan susun elok di meja berhampiran.

Sepanjang proses Arfa mengemas, Hariz tetap tidak berganjak dari sana malah matanya hanya memerhatikan ku dari bawah katil. Setelah selesai, aku terfikir secara tiba-tiba mungkin ni lah cara paling elok aku rasa. Biarlah..

Aku keluar dan mengambil vacuum dan aku acukan bawah katil. Baru sahaja nak kena kan sikit dia dah keluar. Hah tahu takut. Nampaknya dengan cara ni dapat mengeluarkan Hariz dari bawah. Yess! Arfa tersenyum puas. Matanya menatap lelaki tersebut yang duduk tidak jauh dari katil.

Tidak langsung sama dengan dalam gambaran fikirannya. Rupanya sahaja tidak terurus, rambut panjang depan menutup separuh wajahnya. Bibir merah terbentuk elok dan kulitnya putih. Habis semua aku tilik. Hingga mataku terhenti pada beberapa luka sederhana panjang yang ada di lehernya. Luka di pergelangan jugak turut kelihatan.

"Handsome jugak awak ni. Takpe saya boleh je jadi kawan awak." Hariz tidak memberi respon kenyataan Arfa. Matanya melihat keluar beranda.

"Saya doktor awak. Saya akan rawat awak hingga sembuh. Tapi sebelum tu makan lah dulu supaya sihat cepat-cepat". Arfa tersenyum manis. Sayang sekacak wajahnya terperangkap dalam dunianya sendiri. Dia cuma murung dan trauma teruk. Memgambil masa berbulan-bulan hendak sembuh kalau ada niat sendiri.

Arfa bangun dan mengambil first aids dari dalam begnya. Sedia dah dia membawa. Kemudian duduk berhadapan dengan lelaki tersebut. Hariz tidak berganjak dari tempatnya hanya mata yang memainkan peranan. Sarapannya pun dia tak jamah, pandang pun tak.

"Saya rawat luka awak ni boleh?", Arfa bertanya apabila Hariz buat muka. Dia tekun melihat gadis hadapannnya. Seolah-olah hanya membiarkan sahaja apa yang cuba dilakukan oleh Arfa keatas dirinya.

"Yang lain pulak, bagi saya tengok". Kata ku setelah selesai. Dengan ini aku mengambil peluang meneliti lebih keadaan Hariz. Sementara lelaki itu masih dalam keadaan okey. Kena cepat rawat.

Arfa memegang tangan kiri Hariz. Dia memgamati beberapa luka yang agak ketara. Dibelek lembut seperti di toreh dengan benda tajam. Barangkali cutter atau pisau cukur yang terdapat dalam bilik air. Ada beberapa kesan jahitan lama berada di sekitar nadi tangan Hariz. Betapa teruknya keadaan lelaki ini dengan tahap kemurungannya sehingga Hariz mahu membunuh diri.

"Kenapa boleh jadi macam ni? Tak sakit ke?" Arfa mengeleng. Entah mengapa aku berasa ngilu bila mengenangkan. Bahagian lain jugak di periksa sama, tapi hanya leher dan tangan nadinya sahaja yang kelihatan berparut.

Hariz hanya berdiam diri bukan tidak tahu menjawap tapi dia lebih dalam dunianya sendiri. Arfa mengetap bibir saat mencuci bahagian luka itu. Pedih macam aku yang merasa. Dia kena berusaha lebih lagi untuk menolong lelaki ini.

****

Perlahan Datok Ramli membuka pintu bilik Hariz. Suasana bilik itu agak gelap hanya lampu kecil sahaja yang menerangi bilik luas itu. Sudah menjadi rutin hariannya untuk menjenguk Hariz pada lewat waktu malam. Hanya masa itu sahaja dia berpeluang untuk menatap anaknya.

Datok Ramli duduk di hujung katil. Melihat Hariz tidur lena, Datok hanya tersenyum. Jari-jemari disentuh lembut menyalurkan kasih sayangnya. Pada usia yang muda, kehidupan Hariz musnah dengan menghidap kemurungan dan trauma.

Pasti mengambil lama untuk pulih. Cubaan membunuh diri adalah sesuatu yang sukar dia terima, hampir menitis air matanya memikirkan. Dalam tempoh tu Datok Ramli tidak senang hati.

"Ayah tengok Hariz dah makin kurus. Hariz cepat sembuh. Jangan buat ayah susah hati macam ni ya nak.." Datok bercakap dengan nada perlahan tidak mahu menganggu anaknya yang tidur lena. Saja berbual walaupun tiada sahutan.

"Doktor baru tadi okey tak? Dia baik kan? Hariz kena dengar cakap dia". Sudah banyak kali mereka menukar doktor untuk merawat anaknya. Harap kali ini adalah yang terakhir. Ramai doktor yang menarik diri dari merawat sebab tak sanggup. Ni pun Doktor Arfa entah doktor yang ke berapa entah tak ingat. Kesihan Hariz.

"Abang belum tidur lagi?", tanya Datin Rania apabila pintu dikuak dari luar. Kaki perlahan menghampiri suaminya. Tangan diletakkan di bahu Datok Ramli dan mengurut perlahan.

"Bila anak kita nak sembuh bang. Kasihan saya tengok." Tangan isterinya ditarik lembut dan di kucup. Sungguh dia kasih akan isterinya ini yang penyayang serta suka ambil berat. Dengan sifatnya inilah membuat dia mengambil sebagai permaisuri hatinya.

"Sabar je lah. Doktor Arfa tu akan rawat anak kita. Tengok jelah tangan Hariz dah berbalut pun, padahal hari ni kali pertama dia datang kerja". Matanya menjeling melihat tangan lelaki itu, perubahan baru pada Hariz.

"Harap semua akan okey ye kan bang.. Dah jom keluar nanti Hariz terjaga". Hujung dahi Hariz dikucup sebelum dia mematikan lampu meja yang bernyala. Dia keluar dari bilik Hariz lalu melangkah ke arah bilik tidurnya.

Setelah mereka keluar daei bilik, Hariz mengubah posisi baringnya dari menghadap pintu berandanya. Pandangannya dibiarkan ke langsir labuh yang menutup pintu luar berandanya. Dua jari menyentuh dahinya. Tempat dikucup tadi, berkali-kali dia mengosok agar menghilangkan. Apabila letih barulah dia berhenti. Mata berkelip-kelip perlahan agar dirinya kembali lena semula.

#####

Vote. Comment.

© Arfa Eshal Where stories live. Discover now