AE 55

8.1K 282 6
                                        


SEJAK dari kejadian tu aku sering terjumpa atau ternampak bila dia datang ke rumah dengan abang long. Kalau dulu dia tak pernah-pernah jumpa abang pun sampai ke rumah. Musykil. 

Yang dia tak boleh nak buat ialah bila abang long long dan ibu menyuruh ku membuat cornflakes lebih sebab Amir nak tapau. What? Belilah kat kedai buat apa nak minta. Oh..  asal dia datang kena hidang konflake madu.

Petang itu, ketika dia sedang leka menyiapkan laporan tentang isi peribadi pesakit, tiba-tiba telefon ku berbunyi.  Aku memgucapkan salam kepada sesiapa saja pemanggil di hujung talian. Satu suara garau membalas salam. 

"Siapa ya?" soalku ringkas.

"Sayalah boyfriend awak"

"Jangan memainlah", ujar ku masih tidak mengecam suaranya. 

"Sayang ni banyak pelupalah, baru minggu lepas kita jumpa dah lupa", ujarnya masih belum mengenalkan diri. 

"Eh jap dari mana awak dapat nombor saya ni ha?," tanya ku garang bila dah dapat mengingatinya iaitu Amir.

"Senang je dari abang sayanglah," balasnya jujur. Sebenarnya dia dapat dari menghendap telefon Arif sendiri, kalau dia minta tak mungkin kena bagi sesenang tu je. 

"Kenapa abang long saya nak bagi kat awak pula. Mesti awak sendiri yang ambilkan?," tanya serkap jaring.  Kejap sayang kejap awak lempang kang!

"Entah mungkin abang awak nak jodohkan kita kot?," guraunya.

"Eyh..  buang masalah cakap dengan awak ni? Kenapa awak telefon saya tiba-tiba ni?," tanya Arfa hairan. 

"Sayang sibuk tak? Kalau tak jomlah kota minum-minum," pinta Amir terus terang tanpa kias-kias. 

Sepontan minda ku berfikir mencari  alasan untuk menolak.  Belum masanya lagi hendak keluar mana-mana lelaki keluar berdua. Lainlah ia berkenanan dengan kerja, tu takde masalah buat ku. 

"Tak nak saya tengah sibuk. Lagipun klien saya datang hari ni," bohong ku.

"Okey takpe. Tapi kalau saya ajak sayang mesti sayang setuju, kalau tak saya sendiri pergi hospital tu", katanya seperti arahan. 

"Entah tengok cana nanti," balas ku seadaanya kemudian talian diputuskan. 

SEPERTI biasa mereka sekeluarga akan melepak apabila selesai makan malam. Kami mengambila alih duduk di sofa. Ibu duduk dengan abang ngah manakala abang long duduk di sofa bujang yang bersebelahan dengan ku. Semenjak ni abang long selalu saja main telefon, sambil tu dia tersengih-sengih entah dengan siapalah dia borak.

"Ehem.., " Arfa sengaja membetulkan tekaknya untuk menarik perhatian mereka. Cuma abang long saja yang masih khusyuk.

"Abang long.. Esha nak tanya ni?,"

"Hahh apa dia?," balasnya masih lagi menghadap telefonnya.

"Kenapa abang long nak bagi nombor fon Esha kat kawan abang tu," tanya ku menerus. 

"Kawan mana? Buat apa abang long nak bagi jugak," ujarnya binggung terus saja dia melihat aku. 

Bingo! Sah memang dia ni ambil nombor ku secara senyap. Main kotor. Kalau nak minta kat depan-depan. 

"Ahh..  tak payahlah," dalihku. Malas mahu bersoal jawap dengan abang long ni. Banyak macam nanti dia spotcheck.

"Siapa sha?," tanya abang ngah pula. Aduhai.. mendengar rupanya. 

"Takde siapa-siapa pun," tipu ku kali kedua.

"Baik cakap, ada orang kacau Esha ke?," tanya abang long mula serius. Telefonnya di lepaskan. Aku mengeluh. Kalau dua dah lawan satu tak maknanya nak menang.

"Kawan abang long ni hah yang Amir tu. Dia tak kacau cuma masa tu dia ajak minum tu yang tanya kat abang long," jawapku tanpa berselindung.

Mereka tersenyum. Pelik.

"Ni kenapa senyum? Takde eh..  Esha tak pergi minum pun, " tebak ku bila dapat mengesan mereka tersenyum. 

"Apa salahnya. Dia suka Eshalah tu," giat Arif. Pasti dia terlepas sesuatu ni dari Amir. Hmm..  kena korek ni, bisiknya. 

"Ha takde, takde," nafi Arfa masih belum bersedia.

"Esha dah ada peminatlah," usik Afiz pula ikut sama mengusik. Rasanys ni kot kali pertama bergurau lebih sejak bakal tunang Esha,  Hariz meninggal.  Arfa selama ni sibuk kerja kadang-kadang lama terperap dalam bilik. Nak ajak melepak seperti sekarang ni pun payah berpanggil lagi. 

"Ibu..  tengok dia orang ni. Kacau Esha bu.., " runggut ku mengadu.

"Elok sangatlah tu Esha..  Hariz pun dah takde. Tak salah kamu beri peluang pada diri kamu tu," lantang ibu tapi nada lembut tanpa sedar ibunya sudah membuka kisah Hariz. 

Arfa terdiam tiada reaksi bila nama Hariz di sebut. Lantas dia kembali mengingat Hariz. Dah lama dia tak menziarahi kuburnya. 

Arif dan Afiz mereka jugak diam. Tak berani nak cakap bila mengenai Hariz. Mereka takut Arfa kembali bersedih. Tak lama kemudian Arfa pamit minta naik keatas. Arif melepaskan keluhan. Mereka hanya menghantar pandang sayu kepada adik bongsu mereka. 

"Kenapa ibu cakap macam tu?," tegur Arif masih menghormati ibunya.

"Ibu terlepas cakap..  tapi betul sampai bila kita tengok Esha macam tu je. Dah masuk setengah tahun Hariz meninggal, " ujar Puan Aina tak betah melihat Arfa.

"Esha hampir setiap hari jumpa Hariz bu..  tup-tup je dah tak ada. Seminggu  nak tunang pulak tu Hariz meninggal. Esha perlukan masa bu,"kata Arif menegakkan adiknya. Sebab dia tahu Arfa bukan mudah nak jatuh hati ni. Afiz bersandar dan menganguk kemudian setuju dengan kata Arif. 

Arfa yang masih separuh naik dari tangga boleh dengar apa ahli keluarganya cakapkan. Tentang dirinya menjadi bualan. Arfa hanya beriak kosong. Mengeluh sekali lagi dia menonjolkan dirinya lemah dan sensitif. Dia masih lagi belum terima sepenuhnya dengan ketiadaan Hariz. YA TUHAN, semoga aku boleh terima dengan hati yang kuat. Sungguh diri ni terasa seperti tidak meredhai apa yang kau takdirkan,pinta ku dalam hati.

BUAT kali ketiganya, Amir mengajak ku keluar. Kali ni dia mengajak makan tengah hari. Puas diberi alasan, tetap dia memaksanya. Sudahnya dia cakap balas budi sebab tolong aku masa hari itu. Sebab tu je aku buat kalau sebab hal lain memang dia akan beri alasan banyak-banyak lagi. 

"Order je hari ni saya belanja," ucapnya memberi senyum manis. Tanpa banyak cakap aku mengambil pesanan mengikut cita rasa ku.

"Dah berapa tahun awak jadi doktor?," soalnya mengisi masa
dah bagitahu tak kan nak tanya lagi, soal Arfa dalam hati. 

"Dah masuk dua tahun," jawap Arfa ringkas. Tak berminat nak bercakap banyak dengan dia ni. 

"Awak masa ni umur berapa?"

"Dua puluh enam tahun",

"Wauu muda-muda dah jadi doktor. Bagus,  bagus," pujinya. Keadaan menjadi senyap bila Amir tak lagi bertanya-tanya. Mungkin dia tahu aku takde mood nak layan orang sehingga selesai makan. Dengan terpaksa aku naik keretanya bila tadi dia menjemput ku sendiri di hospital.

####
Ok ni last. Maaf buat Hariz takde😢😢
Part ni nampak bosan. Vote. Komen. 

© Arfa Eshal Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang