"OUCH!"
Arfa mengosok dahinya. Lamunan mati di situ. Dia memandang wajah Amir yang sedang melutut dihadapannya.
"Sakitlah!," marah ku terus mencubit balik ke pahanya, terus sahaja dia kesakitan. Suka hati je nak jentik-jentik orang. Tiba-tiba saja dia terasa lain. Macam ada yang tak kena.
Dijeling ke kiri dan kanannya. Mereka sekarang dikelilingi suku-sakat dan sahabat handai, keluarganya dan keluarga Amir. Rasa malu bila perhatikan baru tersedar. Bukan mereka saja yang berada di sini. Dipandang Amir yang tersenyum gembira. Sukalah tu dapat kenakan orang!
Pandangan beralih kepada mama Hariz. Walaupun aku tak sempat dengan anaknya tetap dia menghadiri majlisku. Dia gembira dengan keputusan ku ni. Terharu dan sedih itu yang dia dapat ungkapkan.
Arfa tersentak bila Amir tiba-tiba mencapai jari-jemarinya dan pantas Arfa menariknya. Ditarik balik oleh Amir dan Arfa menarik semula tangannya. Amir menjegilkan matanya dan Arfa jugak turut sama. Masing-masing tidak putus asa.
"Sudah-sudahlah tu.. ramai orang tunggu ni," tegur Puan Aisyah separa berbisik. Bergeleng kepalanya melihat gelagat mereka seperti budak-budak. Masing-masing keras kepala. Tak mahu menggalah.
Tanpa lengah, Puan Aisyah menghulurkan sebentuk cincin kepada Amir. Nak tak nak, terpaksalah Arfa merelakan Amir menyarung cincin ke jarinya dengan cincin berlian mahal. Memanglah mahal siapa pembelinya.
Kemudian, tanpa disangka-sangka Amir menonyohkan tangannya sekuat hati ke hidung ku bila membatalkan air sembahyang. Aku terjerit kecil. Sakit. Dia ni paksa-paksa nak suruh orang cium tangan dia. Kasar!
"Cantiknya!," puji salah seorang daripada mereka bila melihat keindahan cincin tu.
Aku hanya tersenyum segan. Dengan hargalah cincin tu kelihatan cantik bersinar.
"Padan dengan orang tuannya," sambung mak cik tu lagi merangkap ibu saudara Amir.
"Memanglah cantik mak su.. ni kan isteri Am, " sampuk Amir dari belakang terus dirangkulnya pinggang isterinya. Arfa terus kejung satu badan. Tak selesa bila mereka terlalu rapat. Dia menyiku pinggang lelaki itu dengan harapan Amir akan melepaskan dirinya tapi sia-sia. Sebaliknya Amir mengeratkan lagi pautan. Arfa jadi rimas.
Lama mereka berbual lepas saja mak cik tadi lari terus saja aku meleraikan kuat dari rangkulannya itu. Ah lega! Aku berjalan menghampiri abang ku dan meninggalkan dia masih lagi berada dibelakang ku.
"Abang long.., " panggil ku panjang seraya memeluk rapat. Abang long balas pelukkan ku. Selepas tu ku peluk tak nak lepas. Wajah ku sebamkan ke bahunya.
"Hey.. kenapa ni? Esha tak suka ke dengan cadangan kami ni?," tanyanya lembut seperti sudah dapat menduga perasaaan ku. Aku masih diam. Dia masih menunggu balasan dari ku.
"Abang long tak sayangkan dengan Esha? Semua ikut cakap ibu.. tapi takde seorang pun ikut cakap Esha. Ibu pun makin tak nak layan dah ngan Esha. Selalu je marah-marah," ajuk ku terasa. Makin lama aku luahkan, tak sedar air mata ku pun ikut mengalir. Tangis ku perlahan.
Nasib baik kami berasa di luar halaman. Tak ramai sangat pun orang kat sini. Sebab tu aku berani peluk abang long.
"Abang long ngan abang ngah pun bukannya nak pujuk Esha pun. Tak ada seorang pun yang kawan dengan Esha lagi dahhh", tangis ku lagi. Dia rasakan tak orang berpihak padanya.
"Shush.. tak baik cakap macam tu. Semua orang sayang Esha. Ibu tu bukan marah tapi dia nak buat keputusan yang terbaik buat Esha," pujuk Arif lembut.
"Kalau sayang kenapa kawinkan Esha dengan kawan abang long tu," celah Arfa masih lagi mahu merajuk. Sakit hati!
"Sebab abang long tahu dia akan jaga Esha macam abang long jaga. Esha cuba terima dia, buka hati tu untuk jadi isteri yang baik. Tak payah banyak fikir lagi. Dah jangan nangis lagi.. suami Esha tertunggu tu dah haa" Arif mula melepaskan dan menunjukkan Amir dari tadi berdiri melihat memerhatikan mereka.
Arfa mengangkat kepalanya yang tersandar pada bahu abangnya. Pandangannya beralih kepada suaminya.
"Tak nak dengan dia. Nak jugak dengan bang long," suara ku bila Amir berjalan menghampiri mereka. Aku tarik baju abang long supaya berjaga-jaga agar dia tidak meninggalkan kami berdua.
"Mir.. kau jaga bini kau ni. Pandai-pandailah kau pujuk macam mana," kata Arif dah mula bangun meninggalkan ku.
"Abang long!," cemberut ku. Geram hatinya hati.
"Sayang cerita apa dengan Arif tadi tadi," ujarnya duduk bersebelahan ku. Panggil sayang pula dah.
"Tak ada apa-apa," jawap ku perlahan. Aku tekad dengan akan jadi orang menyenangkan mulai hari ni. Walaupun memerlukan masa yang panjang.
"Saya akan jadi suami yang mampu membimbing sayang. Jaga sayang dan sayang awak seperti nyawa saya," ucapnya lembut penuh sensual. Digenggam tangan ku seerat mungkin. Aku tak tahu nak beriaksi macam mana.
Dengan sekejap mata saja dia sudah menjadi isteri Amir bukan tunang tapi isteri, tekan ku. Aku tak tahu apa dia pakai hinggakan ibu dan kedua-dua abangnya bersetuju dengannya.
Flashback
Balik sahaja dari kerja ibunya memangil untuk turun semula. Tak tahu apa yang penting hinggakan semua berkumpul di ruang tamu. Dia lega bila Amir lepas tu tak lagi menghubunginya atau tidak ada lagi bercakap tentang kawin.
"Ada sesuatu ibu nak cakap ke?", tanya ku bila turun semula dengan badan segar.
"Tadi ada orang merisik Esha dan ibu dah terima. Ibu harap Esha tak membantah," terus terang ibu. Aku terkedu.
Abang long dan abang ngah hanya berdiam. Tak mencela sekali apatah lagi hendak back up langsung takde suara. Mungkin ibu sudah bagi amaran supaya jangan berpihak pada aku kot?, rumus ku.
"Esha tak nak. Lagipun Esha tak sedia lagi bu. Tolonglah faham", rayu ku perlahan. Satu masalah timbul, timbul lagi isu kawin ni.
"Kenapa Esha tak nak? Sebab masih teringat kat Hariz kan?," bentak Puan Aina. Selagi Arfa belum kawin selagi tu dia tak senang hati melihat anaknya masih dalam kenangan.
"Cakap dengan ibu. Pasal Esha masih ingat dekat dia kan?!" marahnya. Aku diam menunduk kepala.
"Esha tak nak bu, tolonglah.. ", esaknya. Kepalanya sakit tiba-tiba.
"Abang long pujuklah ibu.. Esha tak nak." Aku menangis pilu, mereka buat tanpa dari persetujuannya.
"Abang ngah.. ", panggil ku panjang. Semua abangnya mengalihkan pandangan darinya. Benci sangat ke mereka? Tanpa berlengahkan masa, aku berlari masuk ke bilik. Tangisan ku hamburkan sambil memeluk bantal.
"Semua tak sayang Eshaa.. ", kata ku berulang kali dalam tangis.
###
Hihi again.. thank to me sebab saya masih ada hati. Maaf kalau banyak typo.
Vote lah kalau nak lagi.. 😢😕
![](https://img.wattpad.com/cover/144715206-288-k681280.jpg)
YOU ARE READING
© Arfa Eshal
Literatura Feminina[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...