TERGOPOH-GAPAH Arfa bangun dari tidur. Ini gara-gara tidur lewatlah semalam. Nak feel baca pun tak sangat tapi layan Insta semalam. Seronok jugak tengok gambar orang ni. Ala gambar kawan lama saja nak stalk.
Sekejap lagi nak sampai ni cuma Datok dan Datin tak sempat jumpa. Bertembung pun tak apabila jam menunjukkan sembila tiga puluh minit. Lambat sangat.
"Siap. Memang cantik",pujiku sendiri. Arfa memandang sekilas wajahnya di cermin keretanya sebelum melangkah. Harap-haraplah bibik tak perasan. Kalau tak ada saja nak direpotkan kepada Datok dan Datin nanti.
Arfa berjalan masuk me ruang dapur untuk membuat sarapan lelaki itu. Memanglah bibik ni, sarapan tak buat entah mana kalibat dia. Telinga menangkap bunyi di daput.
"Bik, masak apa tu?",laung ku menghampiri. Matanya terbeliak melihat tubuh seorang lelaki yang dikenalinya berdiri hadapan api dapur. Berkali-kali Arfa mengosok mata. Takut hanya bayang-bayang yang tak sepatutnya. Ganguan syaitan barangkali. Sekali lagi membuka mata, mulut Arfa serta merta beristifar.
"Betul ke ni awak Hariz?",soal Arfa. Masih tercengang melihat lelaki tersebut.
"Dah kenapa pulak kau ni ha?"
"Bu.. bu-at ap.."
"Apa benda kau nak cakap ni?",marah Hariz.
"Apa awak buat kat sini?"
"Nak masaklah". Tangannya ligat memotong cebisan cendawan. Sambil-sambil itu tanganya ikut sama mengaul masakan.
"Kenapa tak boleh? Rumah aku kan. Suka hatilah",jawapnya masih lagi melakukan perkaa sama.
"Bukan tak boleh tapi awak yang masak tu yang buat saya pelik" Arfa berdiri arah table top. Risau pulak lelaki ini kudung nanti. Lincah menumis bahan, macam dah biasa masuk dapur.
Pada mulanya memang dia tak nak masak. Tapi bosan mula menguasainya, buatkan dia tak betah. Perempuan ni lagi lambat masuk.
"Awak turun ni orang lain tak nampak ke?"
"Tak diaorang dah gerak pun"
"Bibik pergi mana? Selalu ada aje." Hariz mengangkat bahu. Dia masih lagi meneruskan masakannya. Masak apa entah? Sedap ke tak?
"Nak saya tolong?"
"Aku boleh buat sendiri." Sombongnya. Orang nak hulur bantuan, tak nak. Manalah tahu tak menjadi, sedap ke tak belakang kira.
"Awak dah sembuhkan?", tanyaku walaupun sudah tahu. Hati ku tergerak nak berhenti memandangkan dia dah sembuh. Macam aku tak buat kerja, makan gaji buta.
"Dah. Apa yang kau nak cakap sebenarnya ni? Gelisah semacam aje" Hariz memukul telur di dalam mangkuk lalu masukkan dalam kuali.
"Saya rasa serba salah. Lagipun awak dah sembuh, jadi apa khidmat lagi nak buat". Arfa menyusun langkah hendak duduk di kerusi berhampiran dengan table top. Matanya masih memperhatikan gelagat Hariz yang sesekali mendengus apabila minyak panas terpencik sikit ke tangannya.
"Apa kau cakap ni? Habis siapa nak tolong aku kalau bukan kau." Hariz berhenti seketika sebelum menyambung masakannya. Agak terharu sebenarnya Hariz menganggapnya sebagai orang kepercayaannya. Tapi apa yang mampu aku lakukan untuk menolong Hariz? Arfa cuma orang luar dari keluarga ini hanya sekadar perkerja.
"Jadi apa yang nak awak suruh saya buat?" Hariz tak menjawap, hanya membiarkan.
#####
"TUAN HARIZ sudah sembuh, Datin. Dia sendiri yang mampu bercakap sama Doktor itu"
"Apa yang dia cakap?"
"Ngak tahu, tapi yang penting dia bisa cakap sesama sendiri deh. Masih terngiang-ngiang lagi apa yang dicakap oleh bibik kepadanya. Tak sia-sia Datin Rania menabur budi kepada pembantu rumahnya itu.
Datin Rania mengacau minumanya dengan straw sebelum menyedut jus mangga di hadapannya. Berapa lama lagi dia nak tunggu ni? Ada banyak kerja lagi dia nak buat. Kalau bukan tak penting memang dia lama dah dia pergi.
Sudah lima belas minit menunggu, tangannya melambai ke arah orang yang di tunggunya apabila memasuki ruang kafe ini.
"Maaf Datin ada appointments tadi. Hal apa yang you nak cakap ni? Penting sangat ke?" Datin Rania memandang Doktor lelaki ini, dialah yang diupahnya untuk merawatnya masa awal-awal.
"Sebab penting I nak jumpa you." Pelayan menghampiri mereka dan membiarkan seketika untuk lelaki itu membuat pesanan.
"Ada hal jadi kat Hariz ke?". Pelayan itu pun berlalu pergi.
"You tahukan Hariz dah sembuh. Thank sangat dengan ubat you beri tu. Memang tak berguna langsung."
"What?! Maybe it's something wrong with his. Mesti ada sesiapa yang tolong dia ni. Ubat tu semua datang dari I". Kening Hamid berkerut serapat mungkin. Agak terkedu apabila mendengar keadaan Hariz sekarang ini. Memang dia tahu ada doktor baru yang rawat Hariz tapi ubat tu semua datangnya dari dia. Agak mustahil jugak nak percaya.
"Dari mana you dapat tahu ni? You sendiri cakap dengan dia ke?" Dia perlukan kepastian sebelum buat membuat sesuatu.
"Maid I sendiri yang nampak dia cakap dengan doktor baru tu. Dari awal lagi I tak setuju you tukar doktor baru tu dari you sendiri. Sekarang tengok apa dah jadi",rengus ku. Pening kepalaku memikirkan.
"Kan I dah beritahu kena pandai simpan. Nanti apa-apa hal terjadi I sendiri yang kena siasat. Faham? Lagipun I dah buat apa yang you suruh".
"I nak tangan dia cut lagi"
"Berapa kali lagi you nak seksa dia lagi ha? Daripada you seksa ada baiknya you bunuh je terus",sarannya tanpa fikir panjang. Bosan dia nak cakap hal ni banyak kali tetap jugak nak buat Hariz jadi macam ni. Kalau bukan Rania ini kawannya yang pernah menolongnya ketika susah memang tak dia nak tolong buat kerja gila ni. Dengki. Kerja nak bolot harta Datok Ramli aje.
"Dah cuba tapi nyawa dia liat nak mati. Aku nak dia jadi gila sampai semua harta Datok Ramli diserahkan pada I. Kalau dia sembuh I tak dapat banyak mungkin sesen pun tak"
"I dah beritahu you Hariz bukan gila tapi dia menghidap kemurungan. Kalau murung memang dia ada chance nak sembuh walaupun tak makan ubat atau jalani terapi. Mungkin orang sekelilingnya bagi pesanan. Bagi semangat itu jugak boleh buatkan dia sembuh"
Datin Rania mendengus marah dengan penjelasan Hamid. Geram. Memang Hamid ada memberitahu perkara ini kepadanya. Tapi dia sendiri yang mahu membuat Hariz gila. Biar tak sembuh langsung. Rancangan apa lagi nak buat Hariz lenyap dalam muka ini? Bunuh?
"You cakap orang sekeliling dia yang buat dia sembuh? Kalau I jauhkan dari orang tu Hariz kembali murung ke?". Kepalanya dah ligat merancang sesuatu.
"Bergantung kepada Hariz macam mana. Kekuatan Hariz lebih kuat pun tak berbaloi. Tapi siapa yang you maksudkan tu?" Datin Rania hanya diam. Senyum sinis terukir di bibirnya. Memang dia dah agak perempuan ni akan menyusahkannya nanti.
####
Panjang tak? Ambik dua hari jugaklah nak buat. Idea tak mencurah sangat, mood raya masih kot. Hahaha.
YOU ARE READING
© Arfa Eshal
ChickLit[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...