AE 52

7.9K 309 7
                                    

Setibanya di hospital, Hariz terus di masukkan ke Unit kecemasan kerana denyutan nadinya sangat lemah. Sungguh aku sedih kala ini, rasa gusar di dalam hati mengenangkan kemungkinan yang akan terjadi. Namun aku tetap tidak mahu berfikir lebih lanjut.

Ak memerhatikan sekeliling. Faiz dan Afiq setia menunggu. Suasana di ruang agak lenggang. Sunyi sepi.

"Dah beritahu orang tua Hariz?", tanya Afiq menanti jawapan dari ku. Aku hanya mengangguk sebagai jawapan. Hatiku sangat hiba. Mengkin terasa lama menunggu ketibaan mereka. Tak keruan aku jadinya apabila menyampaikan khabar ini tadi. Suara ku tenggelam timbul, cuba bertenang sebaik mungkin.

Mama terus meluru ke arah ku dengan tangisan. Tentu sahaja dia terkejut mendengar akan berita ini. Aku memeluknya cuba mententeramkan dan mama menangis dibahu, walaupun aku jugak tadi tidak rasa tenang. Mata yang kering menjadi basah semula.

"Mana ahli keluarga terdekat?", tanya doktor yang keluar dari bilik Hariz.

"Saya ayahnya", kata ayah dengan mengangkat tangannya. Kami memghampiri doktor tersebut. Mama mengengam tangan ku sekejap-sekejap. Mungkin cuba menyalurkan sedikit kekuatan.

"Terdapat lebihan air pada paru-paru dan kemungkinan pesakit tidak dapat sedarkan diri sementara waktu. Kami perlu bedah agar tidak memberi efek lain"

Aku berpandangan dengan mama. Bagaimana ini boleh terjadi? Padahal Hariz hanya lemas bukan ada apa-apa pun. Namun mulutku bagai terkunci hendak bertanya lebih. Kepalanya terhentak ke batu ke sampai macam tu?

"Boleh kami masuk ke doktor?", tanya mama Hariz. Aku pilu mendengar.

"Boleh tapi jangan ramai-ramai bimbang ada jangkitan nanti", kata doktor tu sebelum berlalu pergi. Tanpa sempat aku ingin menanyanyakan beberapa soalan.

"Nak Arfa beli kan apa-apa ke?" Aku ajukan soalan kepada ibu dan ayah Hariz. Pertanyaan ku dijawap dengan gelengan. Wajah mereka terpamer sedih.

Lantas aku hanya duduk. Tidak jadi ke kantin, sekiranya mereka pun tidak mahu. 

"Mama nak jumpa Hariz". Terenjut-enjut badannya menangis mengenangkan anaknya sedang bertarung nyawa. Aku menunggu luar sementara mama  dan ayah Hariz masuk. Aku mengalah memberi mereka peluang. Esok hari ada lagi. Dalam masa lima belas minit, mama mempelawa aku untuk melawat.

Aku hanya menurut, sedangkan hati berasa sangat susah hati. Mulut ku tidak berhenti berzikir memohon agar Hariz akan baik-baik saja.

Dada ku berdegup kencang saat menyusun langkah. Aku takut melihat keadaanya. Dari jauh lagi aku terlihat sekujur tubuh yang yang terbaring dengan banyak wayar yang berselirat. Air mata kembali bergenang. 

Lelaki yang aku berikan hati ku sepenuhnya kini terbaring lemah. Sungguhnya aku tak sanggup berlama-lama melihat kondisinya.  Aku hanya berbicara dengan Hariz dalam hati.

Kalau tak jururawat menggingati kami bahawa perlu bergilir melawat sudah tentu aku akan meluangkan masa berbicara dengannya. Dengan lemah longlai keluar memberi peluang ayahnya melawat.

Berkelana fikiranku. Menarik peristiwa lalu dari kotak memori.  Detik mulanya aku berkenalan hinggalah hari ni. Detik mana kami menerima restu dari mamanya sehinggalah dia meluahkan perasaannya kepada ku. Segarnya peristiwa itu di dalam ingatan, sesegar bunga yang berkembang pada waktu malam yang mengerimis.

****

Hampir tiga hari Hariz terlantar di atas katil. Masih tidak sedarkan diri. Ibu dan ayah setia menemani setiap tiba waktu melawat. Aku jugak cuba mencuri waktu untuk berada di sisinya. Memandangkan dia masih ditempatkan si Unit Rawatan Rapi, maka tiada siapa yang di suruh menjaga melainkan waktu melawat baru boleh masuk.

Aku memandang Hariz yang terkedang di atas katil dengan rasa hiba. Masa untuk bersamanya agak terbatas kerana masa lawatan tak banyak.

"Arfa esok kerja kan?" Tanya Puan Sarah  dengan wajah sungul. Aku yang sedari tadi merenung wajah Hariz, menuntas pandangkan ke arah mama.

"Ya bu"

"Arfa balik awal nanti. Rehat secukupnya sebelum kerja ya" Aku menganguk lemah. Berat hati ini untuk meninggalkan Hariz. Jauh di sudut hati aku faham maksud mama tu, dia nak aku memberikan komitmen sepenuhnya dalam kerja ku.

"Cepatnyaa Esha balik?", tanya abang long.  Tidak seperti sebelumnya. Hampir seharian aku berada di hospital walaupun sekejap-kejap melawatnya.

"Mak Hariz suruh balik. Rehat" Sayu nada suaraku. Air mata mengalir perlahan.

"Dia suruh Esha tenangkan fikiranlah tu" pujuk abang long sambil memaut bahu ku. Kepala yang bersarung tudung abang usap lembut.

"Adik abangkan kuat. Inshaallah semoga Allah permudahkan baginya" Hampir aku lemah. Tidak kuat mengatasi  segala dugaan ini.

Pada malamnya mata ku tidak dapat lelap selenanya. Beberapa kali sudah aku cuba untuk mengosongakan minda supaya dapat tidur, tapi tak dapat. Badan pusing belah kanan cuba mencari keselesaan. Dalam masa yang sama telefonku berbunyi.

"Arfa esok Hariz buat pembedahan. Sebab pendarahan dalam otak semakin berisiko dan perlu dibedah segera" Akhirnya terlontar jugak suara mama menunggu dalam sepuluh saat macam susah nak beritahu kepada ku.

"Macam mana pendarahan pulak?", tanyaku cemas kerana setahu ku dia hanya lemas jika Haris terhantuk pun tak kanlah sampai terdapat pendarahan dalam otak.

"Mungkin dia terhantuk kuat masa lemas tu"

Kesihannya Hariz. Apakan daya, aku tidak mampu berbuat apa-apa. Melainkan hanya doa.

"Peluang"

"50/50", ujar mama perlahan. Namun  amat jelas pendengaran ku. Sebak dan pilu.

"Bila doktor nak operate?",

"Esok pagi". Macam mana aku nak lawat dia nih. Esok lagi aku kerja awal, tak boleh tangguh. Penting sangat. Bibirku ketap. Berfikir ligat.

"Arfa", pangil disuara corong sana apabila aku terdiam seketika. 

"Esok Arfa ada kerja penting bu", kataku sayu. Berharap mama Hariz memahami ku. Keluhan ku lepas kasar.

"Tak apa boleh datang lepas tu", pujuknya perlahan. Walaupun berharap Arfa akan menemani sama menunggu. Dia faham situasi kerja sebagai doktor ini sukar hendak meluangkan masa.

"Maaf ma", kataku sekian kalinya. Kalau dapat memang dah lama aku buat.

####
Vote. Comments. 10 saya tunggu.

Saya tak sabar nak label © lepastu makin banyak..  tak tahu bila nk hbis.

Nak betul Hariz ke?  Mesti jawap.





© Arfa Eshal Where stories live. Discover now