Epilog

14.9K 357 23
                                        

SUASANA hening seketika menambatkan lagi hati ku dalam keadaan sedih. Kawasan perkuburan sunyi tiada penghuni melainkan pembersih. Aku ditinggalkan seorang bagi memberi aku peluang untuk meluahkan.

Bunga rampai yang dibekalkan ku sendiri, ku tabur di atas pusara Hariz bersama siraman bunga mawar.
Amir menunggu ku di dalam kereta setelah selesai membacakan surah Yasin. Dia faham akan keadaan ku.

Maafkan saya, Hariz. Dah lama saya tak datang sini. Apa yang harus saya buat? Awak cuma dalam kenangan saya aje, sekarang Amir kebahagian saya sekarang. Terima kasih untuk semuanya. Awak tetap lelaki yang saya sayang jugak. Hati ku merintih agar Hariz dapat mendengar.

Sebelum meninggalkan pusara Hariz, Aku menitipkan Al-fatihah buat kaki terakhir. Kemudian aku mencabut rumput-rumput kecil yang tumbuh meliar. Memori singah satu persatu di layar impian. Aku tak nak terlalu mengikut perasaan.

Aku melangkah perlahan menuju ke kereta. Sesekali aku berpaling ke belakang. Saya balik dulu, Hariz. Ucapku dalam hati. Semakin lama, semakin jauh pusaranya ku tinggalkan.

"Sekejap aje. Pergilah abang dapat tunggu ni dengan Har ni. Dia elok aje tidur" ujar Amir melirik ke arah anak mereka bernama Hariz. Dia sendiri yang bagi nama tu walaupun aku sedikit bimbang dia berkecil hati.

"Kalau anak lelaki kita letak nama Hariz, ya sayang?", tanyanya.

Aku tersentak. Sepontan terlintas di fikiranku bahawa Amir hanya ingin mengujiku. Tak percayakah dia lagi dengan kasih sayangku?

"Nantilah kita fikirkan eyh." Aku beralasan, bimbang untuk membalas selanjutnya. Takut Amir akan berkecil hati atau tak suka.

"Sayang pun nakkan kalau kita letak nama dengan pertanyaan begini. Aku tak pernah pun terfikir lagi. Lalu aku mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri. Berpura-pura tak mendengar.

"Esha.." panggilnya lembut.

"Ya abang."

"Abang tak kisah pun kalau sayang nak letak nama Hariz. Abang faham. Diakan cinta pertama sayang. Lagipun abang tak cemburu, lagi-lagi orang yang dah tiada." Amir membawa tanganku ke dadanya.

Aku terharu. Kehadiran Amir menyentuh kalbuku dan menyerlahkan lagi pengharapan baru setelah meratapi kehilangan.

"Heh panjangnya termenung seraya mencubit pipi ku perlahan.." ujarnya disambut dengan sengihan ku. Berbalik dari selepas menziarah pusara Hariz.

"Hmm takpe. Lain hari boleh datang lagi," ujar ku seraya memangku Har. Pipinya ku cium beberapa kali sebelum aku mengusap rambutnya sedikit demi sedikin makin tumbuh. Sayang ku makin menjalar banyak apabila ku melahirkan dengan rasa sakit begitu kuat. Mungkin inilah rasanya orang beranak.

Arfa tahan hati. Sudah dikata berkali-berkali, sudah ditepis berulang banyak kali namun Amir sengaja mahu menarik-narik ekor rambutnya. Bila melihat matanya membulat, Amir cepat-cepat mengangkat tangan. Tanda tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

Tapi bila dia sedang membalik-balik ikan, Amir mebuat kembali perangainya sama. Pantang nampak dia asyik buat kerja.

"Abang ni kenapa? Macam orang gatal pun ye jugak? Jangan kacaulah", protes Arfa tidak puas hati. Menjeling pada Puan Aisyah yang sudah tersenyum, menahan malu pun sama. Kalau hanya ada mereka berdua, taulah dia macam mana nak mengajar Amir. Kehadiran mama mertuanya membuatkan dia terbatas.

"Takde. Saja tengok Esha masak-masak ni. Mana tahu abang boleh tolong"

"Nak tolong Esha?" Ajuk Arfa mengulangi cakap suaminya tadi.

"Yalah! Tak nampak ke abang tengah berdiri belakang sayang ni?"

Arfa mengetap giginya. Amir ingat dia kanak-kanak boleh ditipu. Menjeling lagi kearah Puan Aisyah yang tersenyum-senyum buatkan lagi dia panas membahang. Mungkin dia terhibur Amir menyakatnya. Kadang-kadang dia terfikir ibu mertuanya ini tak rasa bosan ke tinggal seorang?

© Arfa Eshal Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang