"HISHH sikit saja lagi", kesal seseorang di dalam kereta. Dia tunggu dan lihat apa yang baru saja dilakukanya. Salahnya jugak buat terburu-buru tanpa di rancang.
"Tapi tak apa, masanya akan tiba jugak."sambungnya bercakap sendirian. Senyumnya sinis. Harinya hari ni tak begitu mengecewakan.
"Aku nak kau buat hari ni jugak!",arahnya pada orang suruhannya. Makin lebar senyumnya apabila mengenangkan apa yang dirancang berjalan lancar. Tak lama kemudian keretanya berdesup meninggalkan tempat itu.
###
Hariz duduk di hujung katil. Matanya tidak terasa mengantuk. Penat Hariz terkebil-kebil memandang siling biliknya dan bergolek-golek di atas katil tetap matanya tidak ada tanda mahu tidur. Entah kenapa dia tidak berasa sedap hati. Rasa seperti risau dan gelisah saja.
Apabila difikirkan balik tentang Arfa dilanggar macam kena rancang bukan sengaja. Tapi siapa itu yang menjadi persoalannya. Haruz mengambil telefon bimbitnya yang terletak meja sisi. Matanya melihat skrin telefonnya. Tangannya laju saja mendail nombor telefon Arfa. Takut resah melibatkan perempuan itu. Takut ada yang tak kena.
Seminit, dua minit, tiga minit... kemudian panggilannya di angkat tapi tak bersuara. Hariz menunggu sesaat tapi Arfa lebih memilih untuk membisu.
"Arfa"
"Hmm", jawapnya seringkas mungkin. Mungkin dia pada waktu yang salah. Mungkin jugak Arfa masih marah akan dirinya. Hariz mengeluh tak pasal-pasal hal kecik tadi menjadi isu hubungan mereka menjadi dingin.
"Aku minta maaf, aku tahu aku tak patut tengking kau tadi. I'm really sorry."
"Arfa Eshal", panggil ku dengan nama penuhnya.
"Okey kau nak aku buat apa? Just name it and I'll do it for you", katanya berani. Kali ni dia akan lakukan walaupun sukar. Itu tekadnya.
"Tak payah. Tapi janji awak tak akan marahlan saya lagi", suaranya setelah berdiam lama.
"Betul janji"
"Kaki awak macam mana?", tanya Hariz apabila mengingati dirinya di marah teruk oleh abang-abang Arfa ketika menghantar ke rumah. Dia taklah kecik hati ataupun marah tapi dia lebih berhati-hati kali ini jika Arfa bersamanya.
"Dah baik sikit tapi tak boleh gerak banyak sangat. Hariz sorry tau kalau abang saya marah awak teruk tadi", ujar Arfa perlahan. Banyak macam abang-abangnya bersoal dengan Hariz. Hendak muka mulut bagi membela Hariz tapu abangnya dari awal lagi tak suruh. Macam tahu aje dia nak cakap apa.
"Eh takpe aku tahu abang kau jenis protection lebih. Kalau aku masih adik pun memang aku akan buat macam tu jugak", terkesan Hariz di hati apabila mengenangkan adiknya.
Suasana diam seketika. Arfa tidak tahu mahu dibual kan apa lagi. Mata pun dah berat nak tidur cuma ditahan.
"Eh dahlah tidurlah kau jam pun dah lewat ni. Gudnite and dream of me", terus saja Hariz tutup panggilan. Arfa hanya senyum tak tahu sejak balik dari cuti ni Hariz lebih sweet dari yang awal. Sebelum tidur sempat Arfa menghantar pesanan kepada Kak yah bahawa dia terpaksa lagi mengambil cuti.
PADA WAKTU PETANG Hariz telah berkunjung ke rumah Arfa lagi dengan membawa buah tangan. Rasa segannya dibuang ke tepi agar rasa gelisahnya hilang sikit demi sikit. Makin kerap rasa tak senang hatinya. Tak tahu tapi dia dapat rasa ada yang tak kena akan berlaku.
"Kenapa susah-susah beli banyak barang ni, Hariz?"
"Tak ada yang susah pun mak cik kalau untuk Arfa", jawap Hariz.
YOU ARE READING
© Arfa Eshal
ChickLit[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...