AE 7

12.3K 658 4
                                    

"Tengah tengok cerita apa?". Arfa menutup pintu bilik Hariz Nasri. Nasib baik ada dua puluh empat jam bibik seri kat rumah ni. Takut jugak kalau berdua je dengan Hariz ni lagi-lagi dia sedar. Taklah takut sangat duduk dengan Hariz ni tapi takut kalau ada pihak jabatan agama Islam datang menerjah mereka.

Arfa meletakkan dulang di atas meja kopi kemudian duduk dihujung kanan sofa manakala Hariz pulak duduk hujung kiri. Ada jarak tau.

"Cerita hantu"

"Tukar jelah cerita lain. Cerita ni boring ni". Arfa berpeluk tubuh dan memandang lain apabila cerita tersebut menayangkan sketsa seram. Dah lah aku balik malam karang. Nanti bertengek hantu tu atas bumbung kereka ku. Astafirullahalazim.. jauhkan lah, desis hati Arfa.

"Kau takut ke?" Tanyanya apabila mendapati gadis ini mengalihkan mukanya dari kaca TV.

"Melihat siang-siang taklah tapi ni dah malam nanti saya balik susahlah," runggutku.

Hariz tersengih. "Tidur jelah kat sini kalau takut"

"Tak nak aku" Arfa menolak tawaran Hariz. Dia lebih selesa tidur kat rumahnya sendiri dari menumpang.

"Bukannya kalau orang jaga aku tidur kat sini ke?",tanya Hariz. Matanya masih menonton.

"Ye, tapi rumah saya taklah jauh sangat sampai nak bermalam sini"

"Suka hati kau". Hariz mengambil alat kawalan yang berada di sisinya. Sengaja dia meninggikan suara TV dihadapannya.

Makin tak senang duduk Arfa apabila mendengar suara yang menakutkan yang keluar dari televisyen. Rak cukup dengan suara, nada musik pula terlampau lantang suspennya belum lagi keluar. Memang saja ni kalau dalam genre hantu. Hariz ni pulak sengaja. Kurang ajar. Saja nak sakat aku nih!

"Perlahan kan lah sikit" sampukku. Tak tahan aku mendengar irama cerita ni kejap perlahan kejap tinggi.

"Hish biarlah baru ada feel tengok cerita ni" Aku jeling dia sekilas sebelum beralih ke tempat lain. Dalam masa beberapa minit tetap begitu. Kusut aku.

"Awak sengaja nak kacau saya kan?" Berkerut Arfa memandang Hariz.

Hariz jugak turut menoleh ke arah Arfa. "Aku ada kacau ke? Aku rasa tak pulak aku sentuh kau"

"Bukan yang tu.."

"Habis. Berapa kali kau kacau kau?" Ah sudah.. benganglah dia ni. Melencong jauh fikiran dia nih. Aku tepuk dahi. Tanpa berlengah lagi aku capai alat kawalan. Laju dia menekan punat bertanda campur. Perlahankan bunyi dari TV tersebut.

"Kacau macam ni. Awak sengaja tinggi suara kalau part seram", marah ku. Arfa menukar saluran lain.

"Penakut!",ejeknya.

"Kenapa kau tukar, aku tengah tengok tu kan"

"Lain kali je awak tengok"

"Cerita apa kau tengok ni?" Hariz tidak betah melihat cerita yang ditayang di hadapannya. Tak berkelip matanya melihat. Mana perempuan meroyan tak tentu pasal. Heronya pulak gelak. Tak berkenan lah tu. Padan muka!

"Drama Mr.grey lah. Cerita ni best hero dia handsome pulak tu", senyum ku sengih. Dah dua kali aku terlepas tengok ceritanya ni. Ialah aku kan balik malam, tak sempatlah aku tengok.

"Nilah perempuan sekarang, jiwang berkerat lebih". Arfa hanya mendengar tak minat hendak menyampuk. Fokusnya lebih kepada TV sekarang ini.

"Alahh.. dah habis", rungut ku.

Hariz mengambil pinggan lalu makan. Setiap kali Arfa memerhatikan Hariz entah kenapa dia rasakan yang Hariz seorang yang sunyi. Bukan murung. Tapi kesunyian tanpa dorongan dari orang tuanya.

"Hariz saya nak tanya soalan.. boleh?" Arfa mengajukan soalan kepadanya. Kelihatan lelaki itu kembali fokusnya kepada menonton.

"Ummm..". Hariz mengunyah makanan perlahan. Dia tidak memandang Arfa sebaliknya dia pandangannya tidak beralih langsung dari TV. Rancangan dihadapannya lebih menarik minatnya.

"Kata awak nak minta tolong, tapi apa yang boleh saya bantu". Soalan Arfa menyebabkan Hariz menoleh ke kanan. Dia memandang Arfa yang masih setia duduk di hujung sofa.

"Aku perlukan masa nak beritahu kau semua ni". Hariz meneruskan tontannya.

"Masa untuk apa? Kalau awak beritahu awal dapatlah saya bantu awak cepat", pujuk Arfa. Dia betul-betul mahu melihat Hariz cepat sembuh sediakala. Tetapi proses itu mesti ikut kerjasana Hariz jugak. Lama jugak Hariz berdiam diri sebelum menjawap.

"Ubat yang selalu kau bagi tu kan.."

"Kenapa?", potongku cakapnya.

"Hah nilah yang malas nak beritahu kau ni. Kau ni bising sangat. Banyak soalan."

Arfa mengetap bibir. Dah aku nak tahu. Ingat ni teka-teki ke. Dasar lelaki sewel! Kutuk ku dalam hati.

"Okey, okey sambung.. tak potong lagi"

"Dari mana kau dapat ubat tu? Siapa bagi kau?

Arfa menganguk dan menunggu. Hah kenapa dengan ubat tu? Dia mengambil ubat di dalam almari tertentu dan kembali duduk ke sofa semula.

"Lah saya dapat dari Doktor Hamidlah. Dia kan bekas doktor awak", terangku. Sangsi aku dengan cakapnya. Fikiran dah mula berfikir yang bukan-bukan.

"Adakalanya ubat tu akan ditukar" Arfa tersentak. Kenyataan itu amat mengejutkannya.

"Maksud awak?" Masih cuba berfikir lebih matang. Tidak mahu terburu-buru.

"Entahlah. Kadang-kadang aku rasa okey kadang tak kalau aku makan sampai aku buat macam ni.." Tangan ku tunjukkan kepada gadis itu. Tangan yang sering aku toreh tanpa sedar.

"Nanti saya cek kat makmal. Betul tak ubat ni awak punya sebab semua ubat-ubatan ni bukan dari saya. Tapi sebelum tu nak tanya kat Doktor Hamid dulu"

"Jangan!"

"Kenapa pulak?" Pening pulak kepala ni tiba-tiba. Aku nak minta pendapat je.

"Sebab ni rahsia antara kita je. Aku tak nak kau beritahu sesiapa", ujarnya tegas. Air muka menunjukkan dia mengiyakan.

"Baik"

####

Vote. Comments.

















© Arfa Eshal Where stories live. Discover now