Arfa membuka pintu bilik Hariz dengan menatang dulang berisi nasi goreng yang di masak oleh pembantu rumah tadi. Bagi jelah yang tadi kalau dah berlebih. Tak kuasa nak hidang makanan lain lagi.
"Hariz saya bawa sarapan awak lagi. Hari ni makan nasi goreng", kata ku dengan nada ceria. Sambil masuk kedalam, matanya memerhatikan sekeliling bilik tersebut. Bersepah. Kali ni tahapnya lebih teruk dari semalam. Habis semua baju dalam almari jugak tunggang langgang.
Kebanyakkan barang semalam sudah elok tersusun kini berselerakkan walhal Arfa dah kemas pun. Perangai tu biarlah cantik sikit ni tak, mengamuk ke mesti ada nak je dia kacau. Eh, jap mengamuk?
"Hariz awak kat mana?" Ujarku dengan gusar. Bimbang apa-apa terjadi lagi dengannya. Jangan main toreh-toreh lagi pulak.
"Hariz keluar mari saya tengok keadaan awak!" Rayu ku apabila dapat meneka dia akan berada di bawah katil. Aku menundukkan kepala dan cuba mencapai lengannya malah tak sampai tatkala aku cuba lagi dia menolak-nolak tangan ku dari memegangnya.
"Ah.. sakitlah!" Suara Arfa meninggi. Dia cakar tangan aku. Nasib tak berdarah hanya merah garis sederhana panjang je. Dah melampau ni. Idea tahap bengang aku datang. Terus sahaja menerpa di ruang minda. Ah.. tak kisahlah.
"Seronok ke bawah katil. Saya pun naklah", ujarku ikut ingin masuk bawah katil. Baru kepala sahaja Hariz sudah keluar. Hmm tahu takut. Padan muka kau. Dengan ini je yang boleh buat dia keluar dari bawah katil. Macam manalah dia tahan kat bawah ni, lemas tak banyak udara.
Hariz memerhatikan gadis ini tanpa sedar Arfa sudah berhampiran dengannya. Kedua-dua belah tangannya dibelek dan leher jugak tidak lupa. Diteliti habis sebab Hariz sudah dibawah jagaannya. Rasa tanggungjawap tu mesti ada.
Arfa menyentuh perlahan dan memastikan tiada luka baru. Jika ada dia mesti merawat agar tidak dijangkiti kuman.
"Syukur tidak ada luka. Apa lah yang marah kan Hariz sampai bilik awak pun jadi tangkang pecah." Omel ku perlahan tapi dapat di dengar olehnya. Hariz lebih diam dan seperti biasa riak wajahnya tiada perasaan.
"Dah jom makan lepastu kita main. Atau awak nak layan movie. Cerita apa awak nak, saya layan je", ajak ku bersungguh-sungguh. Hariz makan perlahan tapi mindanya menerawang ke tempat lain. Mengiyakan dan membantah pun tak. Sungguh aku bersemangat hendak menyembuhkan dia dari kemurungan ini.
****
Selesai makan malam, Arfa terus mengambil tempat di atas sofa menyertai Arif, Afiz dan Puan Aina yang sudah berada di ruang tamu. Masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri. Ibu tidak lari menonton TV. Arif pulak tidak lekang dengan telefon bimbit, main Rules of Survival katanya. Afiz pulak menelah buku. Entah buka apa entah, kadang-kadang ada je dia ni semenjak bekerja jadi Pensyarah.
Duduk di antara Arif dan Afiz, Arfa mula mengacau sorang demi seorang. Beberapa kali jarinya ikut menyentuh abangnya Arif yang sedang main. Naik rimas abang longnya dengan Arfa. Kemudian dia mengusik telinga Afiz lagi. Tidak mahu kalah. Kadang-kala dia sengaja mengeselkan bahu ke bahu Afiz.
"Esha ni.. boleh tak jangan kacau. Duduk elok-elok sikit, tak payah gundah", rungut Afiz. Tidak tahan usikan Arfa.
Arfa memuncungkan bibirnya. Macam tak biasa pulak dengan perangainya ini. Tanpa fikir panjang. Arif pulak dikacaunta lagi.
"Eh.. jangan kacau abang. Abang tengah war ni"
Arfa mula bersandar di sofa. Di jelingnya kedua-dua abangnya yang sibuk. Sorang ulat buku, sorang lagi gila game. Boring. Baru nak manja-manja. Mata tertumpu di kaca TV.
"Cerita apa ni bu?", tanya ku kepada ibu yang masih khusyuk melihatnya.
"Cerita orang putih" katanya masih melihat. Dia baru sahaja menukar saluran lain setelah cerita dramanya sudah habis.
"Tau.. tapi tajuk dia apa?", soalku tidak puas hati. Dia masih tidak dapat menangkap cerita apa yang ditayangkan.
"Maze apa entah..
"Maza runner.. oh yang ni Esha dah tengok pun. Nak tahu tak bu apa akhir dia?"kata ku menyampuk. Kisah ni menceritakan mereka nak tahu apa ada di dalam pintu gervang tu. Hanya orang tertentu je boleh masuk.
"Akhir sekali kan bu cerita ni.."
"Eh tak payah beritahu. Ibu nak tengok habis" Arfa tersenyum nakal. Saja mengusik ibunya.
"Siapa telefon ibu tadi?", tanya ku apabila cerita tadi keluar tayangan lain.
"Mawar, jiran sebelah"
"Apa dia nak? Jangan cakap nak pinjam duit lagi" Sungguh aku tak berkenan dengan orang sebelah ni. Asyik-asyik pinjam, anak dia tu pemalas cubalah cari perkerjaan ni tak.
"Berapa pulak dia pinjam kali ni?"
"Tak banyak dua ratus ringgit je", kata ibu perlahan. Aku rasa bengang. Makin melarat banyak dia pinjam eyh..
"Dia nak buat apa banyak tu bu", tanya Afiz. Kali ni dia ikut campur. Mana tak pinjam duit dari ibu, ibu mana lah ada duit banyak sangat kalau tak dengan pencen ayah.
"Dia tak cakap pulak, nak buat apa."
Abang long tidak menyampuk hanya mendengar. Tidak tahu mahu bicara apa lagi. Kami adik-beradik memang tidak berapa suka, kerap kali jugak kami memberitahu ibu agar tidak terlampau baik hati nak pinjamkan duit.
Bukan kami tak tahu suaminya seorang penagih. Malam baru pulang tu pun marah-marah. Kami yang sebelah ni yang selalu mendengar pertengkaran kecil.
Malam tu kami hanya melayan menonton. Arif pulak awal dah masuk tidur nak pergi kerja katanya. Macamlah dia je yang pergi kerja, sebenarnya nak bergayut dengan buah hati lah tu.
####
Vote. Comment.
YOU ARE READING
© Arfa Eshal
ChickLit[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...