AE 35

8.5K 386 9
                                    

"ESHA..   bangun pukul berapa nak gerak ni?". Puan Aina sudah mengetuk pintu anaknya pada jam tujuh pagi lagi. Sekarang dah masuk lapan. Memanglah mereka pergi sama nanti tercongak Hariz tunggu.

"Tak payah kejutlah bu. Senang Esha tak jadi pergi", ujar Arif sengaja. Dia dah bersiap hanya memakai kasut saja lagi. 

"Ish along ni..  tak baik mungkir janji", tegur Puan Aina sekaligus menghantar anaknya depan pintu yang hendak bergerak pergi kerja. 

Dia mengiyakan kenyataan ibunya dengan hanya sekadar mengangguk. Tak boleh di bantah kalau dah berjanji. Manusia kena berpegang kepada janji. Nanti munafik. Arif berjalan menghampiri keretanya. Dalam beberapa minit kemudian keretanya meluncur beredar dari perkarangan rumahnya.

Selepas melihat kereta anaknya keluar dari rumah sekali lagi dia mengetuk pintu Arfa.

"Esha dah bangun belum?", tanya Puan Aina dari luar bilik. 

"Dah bu.. ", laungnya dari dalam. Arfa duduk di hujung katil. Matanya masih lagi berasa mengantuk. Semalam matanya susah nak lelap, nasib baik matanya mahu tidur bila kali terakhir dia lihat jam pada satu pagi. 

Arfa bangun selepas dia selesai mengikat kemas rambutnya. Dia berjalan ke luar bilik dengan tuala di letak atas bahu. Bilik mansi bukan dalam bilik.Alaa rumah biasa memang kongsi bilik air. Kemudian kakinya mengatur turun ke dapur sebelum tu dia mahu melihat apa sarapan yang ibunya buat. Saat kaki mencecah lantai..

"Baru bangun?", tanya Hariz selamba dengan duduk di sofa. Arfa memandang dengan wajah terkejut. Dengan pantasnya dia menutup kepalanya dengan tuala. 

"Apa awak buat kat sini hah?!"

"Memang sah kau dah hilang ingatan", komenya tiba-tiba. Aku yang mendengar sudah naik geram apabila pertanyaannya tidak dijawap.

"Aku memang bermalam kat rumah kau kan. Dah lupa?", ujarnya melihat aku masih lagi berdiri tegak di hadapannya. Aku menepuk dahi perlahan. 'Haihh macam manalah aku boleh lupa ni',  bisiknya dalam hati. 

"Dah ingatlah tu", sindirnya. Hariz mula bermain dengan telefonnya. Entah apa yang dia main sampai tak lepas pandang lagi. Mata dah naik juling orang obses dengan game ni. 

"Pukul berapa nak gerak ni?", tanya ku cuba membuang rasa malu. Dengan tak gosok gigi belum mandi dan mungkin mulut ada basi air liur kot?

"Siap kau then kita jalan", pandangnya sekilas melihat Arfa. Arfa hanya mengangguk kemudian masuk ke dapur. Punggungnya mencecah kerusi.

"Apa yang bising tadi tu?", tanya Puan Aina apabila tahu kehadiran anaknya.

"Tak ada apa-apa pun". Arfa hanya tersengih. Karipap dalam pinggan di capai dengan lahab. 

"Ni dah berus gigi ke belum?"  Erk..  belum sekali lagi Arfa hanya menayangkan muka tak malunya.  Kemudian berlari masuk bilik air. 

"Panggil Hariz sekali,  ajak makan", suruh ibu pula.

HARIZ memandu dengan tekun. Diam menyelubungi di antara kami. Nak buka radio nanti, Hariz naik hantu tak suka barangnya diusik. Jadi aku lebih memilih untuk tidur sebentar cuma memandang kami mengambil masa yang lama. Pahang menjadi destinasi percutian kami. Jauh jugaklah.

"Wuuii..  bangunn..", kejut Hariz kepada Arfa yang masih lagi diulit mimpi. Aku letih memandu dia syok tidur pulak, atleast teman berbual pun dah kira okey.

"Jangan kacauu",bidasnya pula. Tak suka tidurnya kacau. Mamai masihlah tu. 

"Bangunlah..  sampai bila kau nak tidur ni. Cepatt" gesa ku malas nak kejut kali kedua lagi. Liat jugak dia ni nak bangun. 

"Kejap, kejap" Arfa masih lagi mata tertutup. Mata di gosok dan mukanya di tilik sebentar bagi mengemas dirinya takut-takut ada air liur basi. Tudung jugak betulkan. Arfa mengelipkan matanya sebelum memandang Hariz. Penampilan kena jaga itu konsep perempuan semestinya. Haha. Entah betul ke tak? 

"Angkat beg kau" arah Hariz bergerak ke belakang kereta. Beg dikeluarkan kemudian bonet di tutup kembali. 

"Kat mana ni? Kita dah sampai ke?" tanya Arfa apabila matanya melihat pejabat kecik hadapannya. Tak pernah lihat sebelum ni. 

"Aku nak beli tiket" soalan Arfa di tinggal sepi. Beg di sorong. Arfa tak banyak bunyi, dia ikut saja langkah Hariz yang menuju ke tiket pendaftaran.

"What boatt?!" ujar Arfa masih lafi terkejut. Dia tahu apabila kertas terlekat kat tingkap berdekatan. Hendak ke mana tu dia tak pasti? Tapi bayaran dia bukan mahal lagi boleh mencecah  RM60 ringgit. Awat mahai sangat??

"Yelah, kau ingat pergi Pulau Tioman pakai kapal terbang. Macam tu?" jawap Hariz dengan sarkastik. Tiket sudah ada di tangan kini hanya tunggu orang saja lagi agar penumpang dapat memenuhi had yang di tetapkan. 

"It's sound great huhh" Arfa hanya mampu tayang senyum tawar. Entah agak lama dia berfikir macam mana dia pening?  Ada minyak tak? Aku kuat ke? Sehinggakan Hariz memanggil pun dia tak sedar. 

"Kau okey tak ni,  asal muka kau berkerut?"

"Kau risau pasal duit eyh?" ujarnya lagi. Aku menggeleng. Kalau pasal duit dia memang mampu lagi nak tanggung dirinya, dari awal lagi dia bawa lebih.

"Kau jangan risaulah kita bercuti ni semua aku tanggung" sambung cuba menyedapkan hati ku. Bukan tu yang ku risaukan. Hish dia ni nampak sangat ku aku ni kekurangan kewangan. 'Gaji aku mahal keyhh' getus riak dalam hati. Setakat dalam hati jelah, Hariz nak di bandingankan dengan aku memanglah dia lagi kaya.

Dalam beberapa minit,  kami sudah di beri arahan untuk naik. Kira-kira penumpang dalam dua puluh oranglah. Hariz menghulurkan tangannya pada aku. Tapi aku buat tak layan hinggalah dia sendiri menjatuhkan tangannya sendiri. Aku duduk berhadapan dengan Hariz. Life jacket ku pakaikan ke badan.

Baru sahaja sepuluh minit berjalan, kepala ku sudah berasa pusing boleh saja aku nak muntah tapi aku tahan sebaik mungkin. Kepala asyik menunduk dengan mata terpejam, mana tahu dengan ini peningnya lebih berkurang.

"Kau kenapa ni?" Hariz bertanya dengan matanya masih melekat memperhatikan ku. Aku menggeleng.

"Kau mabuk laut kan?" tanyanya sekali lagi. Arfa hanya berdiam, tangannya mengurut dahi. Boat yang mereka naiki ni memang bergoyang di hempas ombak kecil. 

"Degil kau ni. Kenapalah kau tak cakap yang kau mabuk laut?," ujar Hariz yang sudah duduk di sebelah ku. Entah bila dia pindah pun aku tak sedar. 

"Mehh sandar kat aku," suruhnya menepuk bahunya perlahan.

"Tak nak. Seganlah," tolakku tak selesa.

"Sandar aje pun bukan nak buat apa-apa pun. Lagipun kau pening," kepala ku di sandarkan kat bahunya. Mata terpejam cuba menahan gelodak di perutnya.

"Riz.. saya nak muntah"

"Jap,jap aku cari plastik". Beg sandang di capai dan mencari. Mana tahu kemungkinan ada. 

"Hariz.. "

"Ada plastik tak? Isteri saya nak muntah," pintanya pada penumpang lain. Nasib baik ada. Cepat saja kena beri. 

"Nah muntah kat sini," plastik di beri.  Arfa menurut. Belakangnya di gosok bagi meredakan. 

"Lama lagi ke nak sampai, " tanya ke lemah kembali bersandar pada bahunya. Malunya tak hiraukan.

"Lama lagi ni. Kalau kau nak tidur, tidur jelah. Nanti aku kejut"

#####

Bersambung...


© Arfa Eshal Where stories live. Discover now