AE 36

8.5K 361 1
                                        

Hariz mengetuk pintu bilik perlahan-lahan. Hatinya berdebar-debar. Takut menganggu perempuan ni berehat. Mereka baru sahaja datang ke Mersing Beach Resort. Memang tenang dengan kawasan bi di tambah lagi rumah kecil tepi pantai. Belum lagi puas nak meninjau.

Arfa bangun dengan malas. Tapi sebelum tu dia sempat memakai tudung. Jam sudah menunjukkan satu petang lima belas minit petang. Memang perutnya lapar,  taoi ditahannya. Dia lebih sayangkan kepala dari perut. Pening-pening sikit aje. 

Dan kini badannya terpaksa berdiri membuka pintunya yang di ketuk. Padahal baru je dia masuk. Entah mangkuk hayun manalah yang mengetuk, marahnya. 

Hariz melihat dari lubang pintu. Tidak nampak orangnya gelap sahaja. Tapi pintunya masih di ketuk. Hatinya berdebar jangan-jangan pencuri ke atau orang salah bilik. Tapi setahunya resort ni nampak okey je. Arfa menyelak rantai kunci si pintu, maka pintu dibuka dengan kadar panjang rantai kunci itu. 

"Lamanya kau nak buka pintu," suara Hariz tanpa memberi salam. Kening Arfa ternaik.

"Bukalah, bagi aku masuk,"arah Hariz.

"Mana boleh.."

"Aku beli makanan bungkuslah. Aku tahu kau mesti lapar lepastu tak larat nak bangun," makanan di tangan diangkat tinggi agar Arfa tak fikir lain.

"Dah tu?," tanyanya lagi. Asal lembab perempuan ni nak faham.

"Makanlah. Kita makan je dalam bilik. Tak payah keluar makan," arah Hariz sekali lagi. 

"Nanti ada JAIS datang," pintasnya Arfa ragu-ragu. Hariz sudah tepuk dahi perlahan. Cetek betul otak dia ni lepas muntah.

"Everything was clear lah..,  resort ni tak ada orang yang suka hati nak masuk melainkan ada orang yang akan report pasal kita nanti," terang Hariz cuba meyakinkan. Aku sudahlah penat pergi keluar terus bungkus. Bagi dia senang. Alih-alih dia ni fikir lain. 

"Lagipun kita hanya makan. Tak buat apa-apa langsung," ulang Hariz masih lagi berdiri depan pintu Arfa.

"Hmm..  masuklah," dengan berat hati. Rasa was-was kenalah ada. 

Hariz duduk di atas kerusi,  sengaja Arfa membawa meja dan kerusi berhampiran beranda. Pintu yang dibuka luas-luas. Langsir juga di selak, angin memasuki ke dalam bilik itu.  Suasana nyaman dan bunyi ombak yang menghempas pantas bagaikan irama berbunyi bagi mereka. Arfa mula membuka bungkusan nasi yang hanya dibalut dengan bungkusan akhbar. 

"Lauk apa ni?" tanya Arfa hairan.

"Makan je. Yang penting perut terisi. Makanan kat gerai-gerai aje tu"

Arfa menguis-nguis nasi bungkus sebelum menyuap. Walaupun nampak pelik ditengok tetapi sedap. Perut lapar memang apa aje nampak sedap. Mereka diam tanpa bersuara sehingga makanan habis.

"Hahh dah kenyangkan? Tunggu ala lagi,  baliklah kat bilik awak," sergah Arfa sedikit kasar. 

"Uhukk.. uhukk!"

"Maaflah..  aku bukan maksudkan pun," luah Arfa tak sengaja. Rasa bersalah pulak menyapa kat hati ni. Sampai tersedak lelaki ni dibuatnya.

"Bodohlah kau. Aku baru je siap makan. Tak reti sabar," marahnya. Matanya menjeling tajam ke arah Arfa yang melihatnya. 

"Maaflah..," pintanya sekali lagi. 

"Hmm.. ", balasnya tak berapa ikhlas. Hariz berdiri semula plastik sampah di bawa keluar tanpa pamit. Arfa yang melihat langkah Hariz di ikuti. 

"Terima kasih sebab bagi saya makan. Makanan tadi sedap, " ujar Arfa cuba membaiki keadaan. 

"Umm..  dahlah aku nak masuk,"langkahnya menghampiri biliknya. Sebelum masuk sempat dia berpaling dan berkata..

© Arfa Eshal Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang