°•Our Faith•° |1🥀

28 5 4
                                    

🥀Bab Satu•°

°•Segala kejahatan yang ingin dilakukan ke atas kita sering mengelilingi kita. Cuma kita sahaja yang tidak sedar kerana kita telah dibutakan oleh kebaikan mereka•°

___________________________________

Aku perhatikan setiap gerak-geri suamiku yang sedang sibuk melipat pakaiannya dari sebalik pintu bilik. Raup wajahku yang pada asalnya ceria mula bertukar mendung. Bila-bila masa sahaja empangan air mataku boleh pecah tika melihat pakaian yang sudah dilipat itu selamat masuk ke dalam beg beroda.

Aku lepaskan keluhan kecil sebelum mengatur langkah kaki ke dalam. Secawan milo panas yang berada di dalam genggaman tanganku di daratkan ke atas permukaan meja dengan penuh berhati-hati. Figura tubuh tegap suamiku yang sedang membongkok di hadapan katil aku pandang lama sebelum datang menghampirinya.

"Nak kena pergi jugak ke? Kalau awak tak pergi tak boleh?" Soal aku setelah tiba di sebelahnya. Sengaja aku ubah nada suara menjadi sedih. Harap sangat yang dia dapat membatalkan niatnya untuk ke luar negara.

Aku tak sanggup hendak berpisah sekarang. Bayangkan, kami baru sahaja sah bergelar suami isteri tetapi tiba-tiba pula malam ini dia harus terbang ke luar negara. Katanya ada urusan penting yang harus diselesaikan di sana, hal syarikat. Terus terbuntang luas mataku apabila mendengarnya. Malam pertama, aku akan ditinggalkan. Huhuhuhu...

"Seminggu je sayang. Takkan tak boleh tunggu, hurm?" kata suamiku, Jeon Jungkook. Dia datang ke arah aku lalu menarik pinggangku ke dalam pelukannya. Disebabkan ketinggian aku hanya separas dagunya terpaksalah aku mendonggakkan kepala.

"Tapi kita baru sah jadi suami isteri. Takkan awak sanggup nak tinggalkan saya? Pergilah minggu depan ke. Jimin dengan abang saya kan ada. Diorang boleh handle sementara tunggu awak datang" Pujuk aku sambil menguatkan lagi pelukan di tubuhnya. Terasa bentuk tubuhnya yang sasa itu menyentuh tubuh kecilku.

"Mana boleh macam tu sayang. Saya kena pergi malam ni juga. Saya kena ada dekat sana. Jimin dengan Hoseok takkan mampu handle masalah ni. Saya betul-betul minta maaf" kata Jungkook. Terus riak wajahku bertukar murung.

Aku tolak tubuhnya jauh dariku. Kemudian aku berjalan ke arah katil sambil menghentak kaki ke lantai dengan kuat. Protes. Aku nak merajuk. Dia tetap berkeras mahu pergi juga. Sampai hati dia nak tinggalkan isterinya sendirian di rumah sebesar istana ni? Ouh lupa nak bagitahu, suami aku anak jutawan. Orang yang paling berpengaruh di kota Seoul ini. Beruntung aku dapat suami macam dia. Bukan setakat kaya sahaja tapi baik, penyayang, penyabar, bertanggungjawap. Tapi satu je dia gagal buang sikap dia. Sibuk 24 jam!

"Sayang, please jangan buat perangai macam ni. Awak kenalah faham pekerjaan saya. Kalau saya tak handle masalah ni nanti syarikat saya juga yang akan bermasalah. Lagipun tu syarikat kesayangan arwah ayah saya. Kalau bukan saya yang handle siapa lagi?" Kata Jungkook. Pergelangan tanganku ditarik lalu belakang tanganku diusap lembut. Matanya yang bersinar cuba meraih simpati daripada aku.

Aku toleh ke tepi sambil mengeluh panjang. Buat seketika, aku diam. Ya, aku akui sebagai seorang isteri seharusnya faham dengan pekerjaan suami. Tapi terlalu sukar untuk aku lepaskan dia pergi. Tambah-tambah lagi apabila kami baru sahaja sah diijabkabulkan sebagai suami isteri petang tadi. Tiba-tiba pula dia nak tinggalkan aku. Malam pertama pula tu. Hmm..aku yakin dia juga berat hati nak tinggalkan aku sendirian tetapi disebabkan kerja dia terpaksa.

Our FaithWhere stories live. Discover now