°•Our Faith•° |18🥀

4 3 0
                                    

🥀Bab Lapan Belas•°

Jungkook turun ke bawah.Ruang tamu dituju.Matanya mencari-cari kelibat Yura.Di bilik tak ada,di dapur tak ada,dekat ruang tamu pun tak ada.Haih,pelik dia.Mana pula isterinya pergi? Takkan malam-malam ni duduk dekat luar.Dahlah angin dekat luar sejuk,nak hujan.Risau pulak dia.

Lantas Jungkook melangkah ke luar rumah.Bibirnya menguntum senyuman sambil kepala digelengkan tatkala melihat bayangan Isterinya sedang duduk di gazebo.

_______________

"Kenapa duduk luar? Angin sejuk,sayang.Tak elok.Jom masuk" Aku tersentak saat suara Jungkook tiba-tiba muncul dari belakang.Dengan pantas aku mengelap air mata yang masih tersisa di kedua belah pipiku.

Jungkook datang mendekati aku lalu dia labuhkan punggung di sebelah aku.Tangan aku diraih lalu disulam bersama jari-jemarinya.Aku angkat kepala memandang dia.

"Buat apa dekat sini?" Soal Jungkook.

"Saja.Ambil angin" Aku dengar Jungkook berdecit.

"Malam-malam macam ni tak elok duduk luar.Tu tengok,kilat.Nak hujan sayang.Angin sejuk ni tak elok untuk badan awak.Kalau demam nanti macam mana?" Keluh Jungkook.Aku senyum kecil mendengar bebelannya.Jungkook memang ambil berat tentang aku.Dia seorang suami yang baik.Kalaulah dia tahu aku mengandungkan anak Yoongi,mesti dia kecewa.Kesian Jungkook.Aku memang tak layak jadi isteri dia.Dia berhak memiliki perempuan lain yang lebih baik dari aku.

"Sayang dengar tak?"

Lamunan aku tersentak apabila terasa tangannya menyentuh bahu aku.Aku toleh ke arahnya dengan riak wajah bingung.

"Hah? Awak cakap apa?" Soal aku.Jungkook tersenyum.Dia menyelitkan rambut aku yang bertebangan ditiup angin pada belakang telinga.Pipi aku disentuh lalu diusap lembut.

"Saya tanya awak dah okey ke? Dah tak pening?" Soal Jungkook.Tapi aku kurang faham.

"Pening?"

"Pagi tadi kan awak muntah" Kata Jungkook.Baru aku teringat.

"Ouh..dah...dah okey"

"Baguslah.Risau saya.Lain kali kalau nak makan tengok lah dulu makanan tu elok ke tak.Jangan main makan je" Nasihat Jungkook.Aku tersengih.

"Sorry.." ucap aku sambil mengangkat tangan 🙏 tanda minta maaf.Bagi Jungkook aku salah makan tapi hakikat sebenarnya aku muntah kerana mengandung.Anak Yoongi..

"Yelah..lain kali jangan buat lagi" Tegas Jungkook.Aku anggukan kepala.Selepas itu suasana kembali bertukar sunyi.Tapi tak lama.

"Sayang" panggil Jungkook setelah lama mendiamkan diri.

"Hmm" gumam aku.

"Sebenarnya ada hal yang saya nak cakap dekat awak.Penting" kata Jungkook.Aku kerutkan dahi.Benda apa yang penting sangat tu?

"Hal apa?" Soal aku ingin tahu.Jungkook mengeluh buat seketika.Kepala ditunduk ke bawah sebelum dia kembali memandang aku.

"Sayang,saya minta maaf..Saya terpaksa tangguhkan honeymoon kita sebab syarikat ada masalah.saya kena selesaikan masalah tu dulu barulah kita boleh pergi honeymoon.Mungkin bulan depan kita pergi.Tapi saya tak janji.Sorry sangat-sangat.." ujar Jungkook dengan perasaan yang penuh rasa bersalah.Tangan aku digenggam erat sambil mengucap kata maaf berulang kali.Aku tersenyum kecil melihat gelagat dia.

"Awak,it's okey..saya faham.Takpelah awak selesaikan lah masalah tu dulu.Pasal honeymoon tu bila-bila masa kita boleh pergi" ujar aku.Sekarang,barulah aku boleh menarik nafas lega.Nasib baik tak jadi pergi kalau tak..entahlah apa nasib aku nanti.Sebenarnya aku memang tak nak pergi honeymoon.Tapi disebabkan takut dia curiga aku terpaksa bersetuju juga.Aku bukan apa,cuma takut rahsia aku terbongkar bila pergi honeymoon nanti.

Our FaithWhere stories live. Discover now