🥀Bab Lapan Puluh•°
"Kenapa dengan dia,doktor?" Soal Yoongi Sebaik sahaja doktor itu keluar dari bilik wad Jungkook.
"Encik jangan risau.Jungkook tak apa-apa.Cuma dia penat sahaja sebab itu dia pengsan.Saya dapati dia sudah lama tak makan,menyebabkan tenaga di dalam tubuhnya semakin berkurangan.Jadi senang untuk dia jatuh sakit.Kami terpaksa menahan pesakit dalam dua ke tiga hari untuk pantau kesihatannya.Kalau dibiarkan boleh membawa maut" terang doktor itu panjang lebar.Yoongi sekadar mengangguk faham.
"Boleh saya masuk?"
"Silakan"
××××
"Mama,Yura mana? Tae tak nampak pun" Soal Taehyung kepada ibunya yang sedang sibuk mengemas dapur.Mendengarkan soalan itu pantas si ibu mendongakkan kepala memandang wajah si anak.
"Tadi lepas siap basuh pinggan,Yura terus keluar dari dapur.Mama suruh dia pergi berehat.Mungkin ada dekat bilik atas?" Kata si ibu.
"Tak ada.Tae dah cari"
"Cubalah cari betul-betul.Dekat ruang tamu dah cari?" Taehyung tersengih-sengih.
"Belum"
"Emm Patutlah tak jumpa" Taehyung tersengih-sengih lagi sebelum melangkah keluar dari dapur dan menuju ke ruang tamu.Si ibu yang melihat gelagat anaknya itu hanya mampu menggelengkan kepala sambil tersenyum kecil.Risau betul anaknya bila tak nampak bakal tunang di depan mata.
Ini lah budak muda zaman sekarang,kerja nak berkepit sahaja 24 jam.Tak boleh berenggang sikit.Kalau salah seorang hilang dari pandangan mata mulalah muka berubah pucat dan resah.Macam Taehyung tadi.Oh cinta cinta.. sememangnya cinta itu indah dan buta bukan😂
Taehyung menghela nafas lega apabila melihat perempuan yang dicari-carinya kini sedang berbaring di atas sofa.Lena betul tidurnya patutlah bila dipanggil tadi tiada sahutan.Rupanya sudah tertidur di sofa.Penat sangat agaknya.Yalah sudah seharian menolong ibunya di dapur.Memasak dan mengemas dapur.Rumah Taehyung memang tak ada orang gaji biarpun mereka kaya dan mampu untuk mengupah pekerja.Ini kerana Puan Kim lebih gemar lakukan semua kerja rumah sendiri tanpa ada bantuan.Katanya itulah tugas seorang isteri dan sebagai suri rumah.
Taehyung datang mendekati Yura lalu duduk bersimpuh di tepi sofa.Wajah Yura dipandang dengan penuh kasih dan cinta.Tersenyum-senyum Taehyung melihat wajah comel itu sedang berdengkur kecil.Haih tengah tidur pun nampak comel.Geramnya dia tengok.Kalau boleh nak gigit-gigit pipi gebu tu.Taehyung ketawa sendiri.Dia mengusap kepala Yura dengan lembut.Mula dari usapan di kepala,turun ke pipi dan perlahan-lahan telunjuk jarinya berhenti di atas bibir Yura.Lama.Dia diam memandang bibir Yura.
Bagaikan ada satu kuasa magnet menarik wajahnya ke arah wajah Yura dengan perlahan-lahan.Semakin lama semakin dekat.Hanya beberapa inci sahaja lagi.Terasa deruan nafas Yura mula mengenai di sekitar wajahnya membuatkan dia tidak dapat mengawal diri.Lantas belakang leher Yura dipaut lalu ditolak ke arahnya.Namun baru sahaja bibirnya ingin bersentuh dengan bibir Yura tiba-tiba sahaja Yura bersuara.Perlahan nada suaranya tapi masih dapat didengari Taehyung.Terasa seluruh tubuh Taehyung mengeras.Matanya membulat.Dia tergamam.Serta merta leher Yura dilepaskan.Kepalanya diangkat menjauhi wajah Yura.
"Jungkook...Jungkook" itulah apa yang didengar oleh Taehyung sebentar tadi membuatkan dengupan jantungnya seolah-olah berhenti berdetak.Dia memandang wajah Yura yang masih tidur itu dengan perasaan penuh kekecewaan.Di depan dia,Yura sebut nama lelaki itu.Biarpun tanpa sedar,biarpun Yura sedang bermimpi,itu tetap telah melukai hati Taehyung.Apa mungkin Yura masih berharap dan mencintai lelaki itu? Sebab itu dia mimpikan Jungkook? Taehyung kecewa,sedih.Hatinya terluka.
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...