🥀Bab Tiga Puluh•°
Yoongi berdecit kasar.Telefon yang dipegang ditarik kasar dari telinga.Dia menatap skrin telefon dengan geram.Sudah berkali-kali dia menelefon Yura tetapi langsung tidak diangkat.Semalam dia cuba telefon elok sahaja,tapi tiba-tiba pagi ini panggilannya disekat.Yoongi tahu,Yura mahu melarikan diri darinya sebab itu panggilannya disekat.
Semalam dia pergi cari Yura dekat rumah tetapi Yura tiada.Rumah pun gelap.Kereta pula tiada.Entah kemana lelaki itu membawa Yura pergi.Bila dia tunggu tiada pula kelibat kereta suami Yura memasuki perkarangan rumah.Hampir berjam-jam juga dia menunggu.Namun tiada langsung kelibat sesiapa yang keluar masuk dari rumah itu.Sunyi sepi sahaja.Mana lah Yura pergi.Puas dia call tapi tak dapat.Dia cuma mahu tahu dimana keberadaan Yura itu sahaja.
Yoongi menuruni tangga dengan pantas.Kunci kereta yang berada di atas almari diambil lalu dia meluru keluar dari rumah.Kasut diambil dari rak lalu disarung ke kaki.Baru sahaja kakinya menapak selangkah tiba-tiba ibunya muncul di muka pintu.
"Yoongi,kamu nak kemana tu?" Soal Puan Min.Ibu kepada Min Yoongi.
Yoongi menoleh tetapi tangannya bergerak membuka pintu kereta.
"Keluar kejap..Jumpa kawan" balas Yoongi.Puan Min mengeluh.Tahu sangat anak lelakinya hendak kemana.Jumpa kekasih lama la tu.
"Siapa?.Yura" Soal Puan Min.Yoongi terkejut.Dia menatap wajah ibunya dengan penuh hairan.Dari mana ibunya tahu dia kembali mencari Yura?.
"Kamu jangan ingat ibu tak tahu.Ibu tahu kamu cari Yura.Sudah-sudahlah Yoongi ganggu dia.Kesian dia" nasihat Puan Min.Yoongi berdecit.
"Tapi ma,Yoongi sayangkan dia"
"Kamu dah lupa ke apa yang kamu dah buat pada dia?" Soal Puan Min tetapi Yoongi diam.
"Biarlah dia cari kebahagiaan sendiri.Lagipun kamu dah lama tinggalkan dia.Kamu tak malu ke muncul semula depan dia?. Lagipun ramai lagi perempuan dekat luar sana yang lebih baik dari Yura.Cukuplah sayang,kamu dah banyak buat dia menderita.Dulu kamu dapat dia,tapi kenapa kamu sia-siakan dia?. Sekarang kamu nak ambil dia balik?.Kesian Yura,sayang" ujar Puan Min.Tetapi Yoongi langsung tidak mahu mendengar nasihat ibunya.Semua kata-kata ibunya bagaikan masuk telinga kiri keluar telinga kanan.Sikit pun dia tak nak dengar nasihat ibunya.
"Sorry ma..I got the go" kata Yoongi.Lantas kakinya melangkah masuk ke dalam kereta.Enjin dihidupkan lalu kereta miliknya menyusur keluar dari perkarangan rumah.
Puan Min mengeluh melihat sikap anaknya yang degil itu.Tak tahu nak nasihatkan macam mana lagi.Cakap banyak pun tak guna.Anaknya bukannya nak dengar pun. Degil!..
××××
Perlahan-lahan kereta milik Yoongi berhenti tidak jauh dari rumah agam itu.Cermin kereta diturunkan sedikit.Dari jauh dia melihat kereta milik Jungkook bergerak keluar dari rumah agam itu.Dengan pantas dia mengikuti kereta Jungkook dari belakang.
Tiba di lokasi.Kereta Jungkook berhenti.Dia juga turut berhenti.Cermin mata hitam ditanggalkan.Dahinya berkerut saat melihat kereta Jungkook tiba-tiba berhenti di hadapan bangunan ini.Untuk apa Jungkook datang ke sini?.Siapa yang sakit?..
"Hospital..?"
××××
Baru sahaja aku hendak terlelap tiba-tiba pintu kedengaran dibuka.Lantas aku bukakan mata semula.Jungkook yang baru melangkah masuk aku pandang seketika sebelum bangkit dari perbaringan.
YOU ARE READING
Our Faith
Fiksi PenggemarCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...