°•fOrGiVe Me•° |76🥀

8 3 0
                                    

🥀Bab Tujuh Puluh Enam•°

"Yura dah nak balik?" Soal Puan Kim apabila ternampak Yura dan Taehyung sedang berjalan ke muka pintu hadapan.Yura yang terdengar suara itu segera berhenti melangkah.Taehyung juga sama.Mereka berpusing ke tepi memandang Puan Kim yang sedang berjalan mendekati mereka berdua.Pantas Yura menundukkan kepala sebagai tanda hormat.

"Ya,Puan.Maaflah sebab tak jumpa Puan dulu.Saya kena masuk kerja sekarang,dah lambat" jawap Yura dengan sopan dan lemah lembut sambil mengukirkan senyuman.Tersenyum Puan Kim melihat Yura.Alahai,sopan santun betul.Berbudi bahasa pula tu.Semakin suka Puan Kim dengan perempuan itu.Memang sesuai untuk dijadikan menantu.Pandai betul anaknya memilih.

"Yura kerja apa? Dekat mana?" Soal Puan Kim ingin tahu.

"Saya kerja dekat bakeri.Sebagai pelayan.Kerja saya biasa-biasa sahaja,puan" jawap Yura.Alah..merendah diri pula.Semakin yakin Puan Kim ingin bermenantukan Yura.

"Yura kerja dekat bakeri Mrs.Jane,mama" celah Taehyung tiba-tiba.

"Mrs.Jane?" Puan Kim mengerutkan dahi.Fikirannya ligat berfikir,cuba mengingati siapakah Mrs.Jane itu.Macam pernah kenal.hmm🤔

"Alah..Mrs.Jane,kawan baik mama tu" kata Taehyung.Lama Puan Kim diam tiba-tiba dia menjerit kecil.Terkejut mereka berdua.

"Hah!!.Mrs.Jane.Yang selalu bawa kek dekat Taehyung masa Taehyung kecil dulu kan" Kata Puan Kim dengan nada suara yang teruja.

"Betul tu.Yura kerja dengan Mrs.Jane lah sekarang" ujar Taehyung.Yura yang mendengar perbualan dua beranak itu hanya tersenyum dan diam.Sesekali dia menganggukkan kepala mengiyakan kata Taehyung.

"Kecilnya dunia.Tak sangka Yura kerja dengan kawan mama.Kalau Yura nak tahu,Mrs.Jane tu kawan baik mama.Dia selalu datang sini bawakan Taehyung kek masa Taehyung kecil dulu.Taehyung ni hantu kek.Dulu Mrs.Jane pernah terlupa nak bawa kek,mengamuk Taehyung.Merajuk seminggu dia" cerita Puan Kim sambil ketawa.Taehyung pula tersengih-sengih malu.Ouh.. patutlah Taehyung selalu pergi sana.Sejak kecil lagi dia suka makan kek.Hantu kek rupanya.Baru Yura tahu.

"Ish mama ni.Malulah Tae" kata Taehyung sambil mengusap belakang lehernya.Terasa bahang di wajahnya.Malu.Yura ketawa kecil.

"Yura tak payahlah pergi kerja.Hari ini balik awal eah.Makan malam dekat sini.Nanti mama cakap dekat Mrs.Jane" kata Puan Kim tiba-tiba.Terkejut besar Yura.A.. apa? Makan malam dekat sini?.

"Ma..makan malam?" Soal Yura,gagap.Entah mahu setuju atau tidak.Bercelaru otaknya.Segan pun ada.Kalau makan malam,mesti semua ahli keluarga ini akan berkumpul.Pasti ayah Taehyung yang tegas dan cerewet itu akan turut serta.Sekejap,cakap pasal ayah Taehyung.Mana dia pergi? Tak nampak pula Yura.Mungkin dia kerja kot.

"Bolehlah yer Yura" pinta Puan Kim seraya menyentuh bahu Yura.Yura diam.Tergagap-gagap bibirnya hendak menjawab.

"Jangan risau.Malam nanti saya hantar awak" kata Taehyung pula.Yura diam lagi,berfikir.

"Emm.. baiklah" akhirnya Yura memberi jawapan.Terus melebar senyuman di bibir Puan Kim dan Taehyung.

××××

Dia duduk di tepi katil,merenung tajam lelaki yang terlantar di atas katil hospital itu dengan riak wajah yang bengis dan garang sekali.Dia menggengam tangan dengan erat.Merah pada wajahnya kerana menahan marah yang sudah lama disimpannya.Turun naik dadanya menarik nafas.Geram,sakit hati,macam-macam dia rasa sehinggakan dia rasa mahu mencekik leher lelaki yang koma tidak sedarkan diri itu.Sudah berbulan-bulan dia menunggu namun tiada langsung tanda-tanda lelaki itu mahu sedarkan diri.

Our FaithWhere stories live. Discover now