🥀Bab Dua Puluh Empat•°
Jungkook mula melangkah mendekati aku sambil bibirnya tersenyum manis.Aku masih berdiri di tempat yang sama.Menunggu dia tiba di hadapan aku.Aku diam memerhatikan wajahnya.Ini suami aku ke?.Kenapa dia hensem sangat malam ni?
"Macam mana awak boleh ada dekat sini? Hoseok cakap dekat si...
Terus aku terdiam tatkala jarinya mendarat pada bibir aku tanda diam.
"Shh..Awak tak perlu cakap apa-apa.Biar saya sahaja yang bercakap" kata Jungkook.Aku anggukan kepala.Dia tersenyum lagi.Jarinya dijatuhkan dari bibir aku.Kemudian kedua belah tangan aku diraihnya.Anak mata aku menjadi fokus utama dia.Aku diam melihat wajahnya.Dalam hati aku tersenyum gembira.Akhirnya aku dapat melihat senyuman itu keluar dari bibirnya setelah dua hari dia bermasam muka dengan aku.Hah suami aku dah balik.I really miss you!
"Jeon Yura..Saya tahu saya banyak buat salah pada awak.Saya selalu tuduh awak yang bukan-bukan.Macam-macam saya cakap sampaikan saya tak sedar yang awak terluka.Saya sakitkan hati awak.Saya marahkan awak.Saya langsung tak kisahkan perasaan awak.Pada saya,semua yang awak buat salah.Saya sahaja yang betul.Tapi saya silap.Saya tak patut layan awak macam tu.Saya sedar.Saya yang salah.Bukan awak.Saya sepatutnya tanya dahulu bukannya marahkan awak.Maafkan saya,sayang.Waktu itu saya cemburu bila tengok awak dengan lelaki tu.Dalam fikiran saya asyik anggap yang awak dengan dia ada hubungan di belakang saya.Padahal tak pun.Saya sahaja yang fikir macam tu.Dah dua hari saya tak layan awak,saya tak tegur awak,saya abaikan awak macam awak tak wujud dalam rumah tu.Maafkan saya,Yura.Saya tersilap menilai awak.Saya sepatutnya percayakan awak.Bukannya tuduh awak yang bukan-bukan"
Ujar Jungkook panjang lebar.Aku hanya mampu tersenyum kelat.Sedar tak sedar air mata aku sudah mengalir turun membasahi pipi.
"Saya tak sangka hubungan kita akan jadi sampai macam ni.Saya ingat awak tak marah bila saya keluar dengan dia.Tapi saya silap.Saya sedar,itu memang kesalahan saya.Maafkan saya..Saya janji saya tak buat lagi.Mungkin..awak marah sebab sejak dua menjak ni saya selalu tolak keinginan awak.Sepatutnya saya sebagai isteri perlulah memberi apa yang suami mahukan.Tapi saya tak bagi.Malah saya keluar pula dengan lelaki lain tanpa izin dari awak.. mestilah awak akan fikir yang bukan-bukan"
Aku tundukkan kepala.Air mata aku semakin laju mengalir.Jungkook angkat dagu aku ke atas.Pipi aku yang dibasahi air mata dilap halus dengan jarinya.
"Saya pun nak minta maaf pasal tu.Sepatutnya saya tak desak awak.Mungkin ada sebab kenapa awak buat macam tu"
"Tapi awak jangan ingat saya tak nak ada anak dengan awak.Saya cuma nak habiskan masa berdua dengan awak.Saya nak awak beri perhatian sepenuhnya pada saya.Barulah kita fikir pasal anak" Alasan yang cukup kuat untuk aku berikan kepada Jungkook tentang kenapa aku tak nak ada anak lagi buat masa sekarang.Aku nak dia faham.Aku tak nak dia desak aku lagi.Aku tak nak disebabkan perkara ni kami bergaduh lagi.Aku tak nak dia curigakan aku.Disebakan itu aku terpaksa buat alasan seperti itu.Sejujurnya aku tak boleh beri dia anak buat masa sekarang.Selagi anak yang aku kandung sekarang ni masih ada di dalam perut aku selagi itu lah aku tak akan benarkan Jungkook sentuh aku.Aku mesti cepat-cepat cari jalan untuk gugurkan kandungan ni.
"Baiklah,saya faham.Saya tak kisah bila kita nak ada anak.Asalkan awak setia bersama saya sampai ke hujung nyawa.Yura,saya cintakan awak sangat-sangat.Hanya awak yang bertakhta di hati saya.Tiada yang lain selain awak.Awaklah bidadari saya.Awaklah segalanya-galanya untuk saya.Awak ibarat udara yang perlu saya sedut setiap hari.Tiada awak matilah saya"
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...