🥀Bab Lapan Puluh Tujuh•°
"Yura dah balik" ucapku sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.Pintu rumah aku tutup kembali lalu aku atur langkah kakiku ke arah tangga.Baru sahaja aku hendak mendaki anak tangga tiba-tiba terdengar bunyi suara usikan seseorang dari arah belakang.Siapa lagi kalau bukan abang yang paling annoying dekat dunia ni,Jung Hoseok.
"Seronok ke pergi bercuti dengan kekasih.Seminggu tak ada dekat rumah.Tidur mana? Hotel?" Aku tolehkan kepala ke arah belakang.Kelihatan abang aku sedang berdiri di belakang sambil bercekak pinggang.Siap tayang muka sinis lagi dekat aku.Sajalah tu nak mengusik aku.Haih tapi malangnya aku tak berminat nak berlawan anak tekak dengan dia.Aku tak ada mood sekarang ni.Nak layan karenah abang aku lagilah aku malas.
"Oppa..Yura naik bilik dulu.Penat..nak rehat" ujarku lalu terus mendaki anak tangga tanpa sempat Hoseok membalas.Terkial-kial dua biji anak matanya menatap bayanganku yang semakin menghilang di tingkat atas.
Aku menapak lemah mendekati katil sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik.Tanpa memetik suis lampu,aku duduk di birai katil menghadap tingkap yang sudah dibuka.Pandangan mataku yang kuyu memandang tepat ke arah bulan yang sedang bersinar terang di langit.Bintang-bintang juga terlihat jauh di atas sana.Sungguh cantik sekali.
Namun selang beberapa minit,air mataku tiba-tiba tumpah membasahi pipi.Semakin lama semakin galak ia mengalir sehinggakan aku tidak mampu menahan rasa sebak.Terhincut-hincut tubuhku menahan tangisan.Aku tundukkan kepala ke bawah,membiarkan air mata mengalir semahunya.Kedua belah tanganku mencengkam kuat cadar katil.Seolah-olah semua perasaan geram,marah dan benci diluahkan di situ.
Aku dah tak boleh nak tahan lagi.Sakit.Aku rasa teramat sakit sekali.Aku tak faham,kenapa mesti dia muncul kembali dalam kehidupan aku? Kenapa baru sekarang dia nak sedar dan menyesali akan segala perbuatannya? Kenapa tak dari dulu lagi dia sedar yang aku tak bersalah? Kenapa baru sekarang dia bersungguh-sungguh mahukan aku? Kenapa baru sekarang dia nak mengaku yang dia masih cintakan aku? Hik..hik..hik
Disaat aku mula rasakan jantungku mula berdegup buat Taehyung.Disaat aku mula rasa sayangkan dia.Disaat aku sedar yang aku sudah jatuh cinta padanya.Aku mahu memberi seluruh hidupku padanya.Aku mahu sehidup semati dan berkahwin dengannya.Kenapa disaat itu juga Jungkook muncul? Aku..aku..aku tak tahu apa yang aku rasakan sekarang ini.Aku keliru antara Taehyung dan Jungkook.Aku tak tahu siapa yang aku mahukan.Aku rasa,aku mula cintakan Jungkook semula.Sehingga satu saat itu aku mahu menerima Jungkook semula dan meninggalkan Taehyung.Tapi aku sedar,aku tak patut berlaku kejam ke atas Taehyung.Selama ini dia yang sentiasa ada disisi aku.Menemaniku dan menggembirakan hari-hari ku.Aku tak tergamak hendak melukakan hati dia.Jujur aku cakap,rasa cinta buat Taehyung perlahan-lahan terhakis dan digantikan dengan rasa cinta buat Jungkook.Entahlah..aku bencikan Jungkook tapi aku mahukan dia.
Aku memang kejam.Kejam dengan Taehyung.Aku cakap aku cintakan dia seorang sahaja tapi sebenarnya tak.Aku tipu dia.Aku tipu diri aku sendiri.Aku keliru.Keliru dengan perasaan sendiri.Aku rasa macam nak gila pun ada.Gara-gara Jungkook muncul kembali,cinta aku buat Taehyung perlahan-lahan menghilang.Kini perasaan cinta buat Jungkook yang sudah lama aku buang jauh-jauh kembali berputik di dalam hatiku.
Kim Taehyung..maafkan saya.Walapun begitu,saya takkan tinggalkan awak.Saya tak nak lukakan hati awak.Biar saya sahaja yang terluka.Saya pun tak pasti yang saya boleh terima Jungkook semula atau pun tak.Sebab saya juga bencikan dia.Benci tambah cinta.Pelik kan.Tapi itulah hakikatnya.
Tak kira apa pun yang berlaku.Saya rela lepaskan Jungkook demi hendak menjaga hati awak.Saya tak sanggup nak lukakan hati awak setelah beberapa tahun awak setia menunggu saya,mencintai dan memberi kasih sayang buat saya.Jadi,saya putuskan saya akan setuju berkahwin dengan awak walaupun hati saya tetap mahukan Jeon Jungkook.Saya yakin,perasaan cinta yang mula pudar itu akan muncul kembali sekiranya saya sudah sah menjadi isteri awak.Ya,saya yakin dan saya akan buktikan yang saya juga boleh mencintai awak selain daripada lelaki yang bernama Jeon Jungkook.
××××
Pandangan yang cukup tajam dilontarkan buat lelaki yang sedang menangis tidak berhenti di tepi tingkap itu.Puas dia memujuk hati lelaki itu supaya bawa bersabar dan bertenang.Namun lelaki itu tetap berdegil dan mahukan Yura secepat yang mungkin.
"Kook,dah lah tu.Kau jangan risau,aku akan bercakap dengan Yura.Aku akan pujuk dia.Kita kan dah tahu rumah dia dekat mana" pujuk Yoongi yang sedang duduk bersandar di sofa.Televisyen yang terletak dihadapan sofa itu dibiarkan terpasang tanpa minat mahu menontonnya.Pada awalnya dia asyik menonton rancangan di televisyen itu tapi bila terdengar tangisan Jungkook yang tidak berhenti-henti itu membuatkan fokusnya terganggu.Kini fokus matanya diberikan sepenuhnya pada Jungkook bukan pada kaca televisyen itu lagi.
"Tapi kalau dia tak nak maafkan aku juga macam mana? Tu lelaki tu,betul ke dia tunang Yura? Yoongi,kalau dia kahwin dengan lelaki tu macam mana? Aku tak nak.Aku nak Yura kahwin dengan aku.Kau tolonglah aku" rayu Jungkook sambil menangis teresak-esak.Yoongi mengeluh kecil.Dia bangkit dari sofa lalu menghampiri Jungkook.
"Apa kau janji dengan aku haritu? Kau janji dengan aku yang kau datang sini nak minta maaf sahaja kan bukannya nak minta dia terima kau semula.Sekarang ni lain pula kau cakap.Kau jangan macam-macam,Jungkook.Kalau betul tu tunang Yura,aku nak kau jangan nak memandai halang perkahwinan mereka" nasihat Yoongi dengan suara tegas.Jungkook mendengus kuat.Nada suaranya mula berubah tinggi.Emosinya mula tidak terkawal.
"Tak! Aku takkan benarkan mereka berkahwin.Yura milik aku! Aku tahu dia masih cintakan aku tapi dia nafikan perasaan dia.Kalau memang betul mereka akan berkahwin,aku sendiri yang akan gagal kan perkahwinan tu.Kau tengoklah!" Bergema satu rumah itu dengan teriakan kuat dari Jungkook itu.Naik turun dadanya menahan amarah.Yoongi yang mendengar kata-kata itu terus bertindak mencekak kolar baju Jungkook.
"Jungkook! Apa yang kau cakap ni! Kau janji dengan aku yang kau takkan ganggu kebahagiaan Yura.Kau janji nak minta maaf sahaja.Tapi sekarang? Jungkook,lepaskanlah Yura.Biarlah dia nak hidup dengan siapa sekalipun.Kau tak berhak nak halang dia.Kau dah lupa ke dulu kau buat dia menderita? Takkan sekarang kau nak dia menderita lagi?! Cuba kau fikir,kalau kau halang perkahwinan tu..apa perasaan dia?" Jungkook terdiam.Air matanya kembali menitis.Amarahnya perlahan-lahan mengendur digantikan dengan perasan sedih pula.
"Tapi aku cintakan dia.Aku nak dia jadi isteri aku semula" rintih Jungkook.
"Ya,aku tahu.Tapi kau yang sia-siakan dia dulu.Bila keadaan dah jadi teruk macam ni dah tak ada gunanya untuk kau menyesal.Dia dah jadi milik orang lain,kau kena redha.Aku faham,aku boleh rasa macam mana sakitnya bila terpaksa lepaskan orang yang kita sayang.Tapi kalau betul kau sayangkan dia,lepaskan dia" kata Yoongi.Perlahan-lahan dia melepaskan cengkaman di kolar baju Jungkook.Jungkook pula hanya mampu diam menitiskan air mata.
"Lepas Yura dah maafkan kau,kita terus balik Korea.Aku nak kau lupakan dia dan bina kehidupan baru.Demi Yura kau boleh buat kan?" Soal Yoongi namun Jungkook hanya mendiamkan diri sahaja.Air matanya semakin deras mengalir menyembah bumi.Melihatkan Jungkook hanya diam membisu membuatkan Yoongi mengeluh panjang.
"Kook,aku keluar kejap beli makanan.Kau duduk diam dekat rumah jangan nak memandai pergi sana pula.Tunggu aku.Esok pagi baru kita jumpa Yura.Faham?" Jungkook sekadar menggangukkan kepalanya.
"Aku pergi dulu" pamit Yoongi.Segera dia mencapai kunci kereta lalu melangkah keluar dari rumah meninggalkan Jungkook sendirian.
"Maaf,Yoongi.Aku tetap dengan keputusan aku.Aku takkan biarkan Yura jatuh ke tangan lelaki itu.Aku cintakan dia.Yura hanya milik aku seorang.Kalau kau tak boleh nak tolong aku untuk dapatkan Yura,aku boleh guna cara aku sendiri" desis hati Jungkook.Serentak itu dua ulas bibirnya mengarit satu senyuman yang cukup bermakna.Kemudian gelak tawa sinis pula yang menyusul keluar.
Benak fikirannya mula mengaturkan strategi untuk mendapatkan Yura.Jika cara halus tidak berjalan,terpaksalah dia menggunakan cara kasar.
Jung Yura..wait for me,my chagi😊😈
°•Bersambung🥀•°
______________________________
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...