°•fOrGiVe Me•° |90🥀

9 3 0
                                    

🥀Bab Sembilan puluh•°

Aku cuba membuka kelopak mata.Perlahan-lahan aku buka sehingga permukaan siling atas menyapa pandangan mata.

Aku sentuh kepala yang mula berasa berdenyut-denyut dan berpusing sambil berusaha untuk bangun dari katil ini namun aku tidak mampu.Tubuhku berasa terlalu lemah dan tidak berdaya sekali.Lantas tubuhku yang sedang berusaha untuk bangun itu rebah ke tilam semula.

"Dah bangun?" Tiba-tiba satu suara datang menyapa.Dahiku berkerut seribu satu pertanyaan.Aku tak tahu sama ada aku betul-betul dengar ataupun hanya khayalan ku.Suara itu..bukan suara Jungkook.Macam suara..

Pantas aku kalihkan kepala ke tepi.Terkejut bukan kepalang aku saat melihat si dia kini sedang duduk bersandar di sofa tidak jauh dari katil tempat aku berbaring.Perlahan-lahan aku cuba bangkit dari perbaringan bersama dengan riak wajah yang mula bertukar terkejut.Macam mana aku boleh ada dengan dia? mana Jungkook?

"Tae.. Taehyung.." ya,dia Taehyung.Baru aku sedar yang aku kini berada di dalam bilik tidurnya.Aku tak tahu macam mana aku boleh sampai ke sini.Setahu aku,aku dengan Jungkook tadi tapi..Ah entahlah..Semakin pening kepala aku nak fikir.Tapi itu semua tak penting.Yang penting sekarang ni macam mana aku nak hadap Taehyung nanti? Aku yakin Taehyung sedang menahan marah.Marah kerana aku telah melanggar janjinya.

"Kepala pening lagi?" Soal Taehyung mematikan lamunan aku.Aku pandang wajahnya semula kemudian aku angguk perlahan.Buat seketika dia mengeluh panjang.

"So tell me what's going on?" Soalnya dengan nada yang cukup serius dan dingin.

"So tell me what's going on?" Soalnya dengan nada yang cukup serius dan dingin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Wajah yang tanpa secebis senyuman itu aku pandang takut.Aku tak berani nak pandang wajah itu lama-lama.Lantas dua biji mataku jatuh ke arah tilam katil ini.Aku diam membisu dalam keadaan menunduk,lama.Sehinggalah aku dapat rasakan bayangan Taehyung kini berdiri di hadapanku.Aku langsung tak angkat kepala.Masih diam dalam posisi itu.

"Sayang..tolong pandang saya" pinta Taehyung setelah lama kami mendiamkan diri.Namun permintaan itu aku langsung tak hiraukan.Masih diam mengeras seperti patung.

"Sayang,pandang saya" pinta Taehyung buat kali kedua.Kali ini dengan nada suara yang agak keras.Mahu tak mahu aku kena pandang dia juga.Perlahan-lahan aku angkat kepala.Kolam mataku sudah mula terasa hangat.Mungkin sekejap lagi 'hujan' bakal turun dari tubir mataku.

"Kenapa awak langgar janji kita?" Soalan pertama meluncur keluar dari bibir Taehyung.Dingin,dingin nada suara itu.Aku tahu dia marah sangat-sangat.Melihatkan urat-urat yang mula timbul pada struktur wajah itu membuatkan aku semakin takut.Aku hanya mampu memandangnya dengan pandangan sayu.Nak buka mulut pun aku tak mampu.

"Jawap Yura!" Teriak Taehyung apabila aku hanya mendiamkan diri sahaja.Akhirnya kemarahannya sudah mencapai tahap.Terhincut kedua belah bahuku tatkala mendengar teriakan yang kuat itu.Serta merta air mataku mengalir membasahi pipi dengan laju.

"Saya dah cakap kan jangan jumpa Jungkook tanpa saya! Tapi apa awak buat? Awak jumpa juga dia! Tengok apa dah jadi.Betul kan apa yang saya cakap,dia cuba nak culik awak! Nasib baik saya sempat sampai kalau tak?" Marah Taehyung habis-habisan.Merah padam wajahnya saat itu.Aku pula hanya mampu diam dan mengalirkan air mata.Jadi rupanya dia yang selamatkan aku dari Jungkook? Baguslah..tapi malangnya dia marahkan aku.Marah sangat-sangat..hmm.

"Tae..saya boleh jelaskan" akhirnya aku bersuara juga.

"Nak jelaskan apa lagi?" Soal Taehyung dengan nada marahnya sambil sebelah tangan bercekak pinggang.Dia berdiri di hadapan katil ini menatap aku dengan pandangan yang cukup tajam dan garang.

"Saya tak jumpa Jungkook.Dia yang ikut saya.Percayalah" terangku dalam tangisan.Taehyung berdecit.

"Ouh okey,sekarang cuba terangkan pula macam mana awak boleh ada dekat sana?" Terus aku terdiam.Tangisanku juga berhenti secara mendadak.Aku kaku melihat wajah Taehyung.Perlu ke aku cakap yang aku jumpa Yoongi? Kalau aku cakap mesti dia marah juga kan? Habistu apa alasan yang patut aku bagi? Ah..aku keliru.Buntu.Dalam masa yang sama aku geram dengan diriku sendiri.Kalaulah aku tak ikut Yoongi pergi dekat kafe tu pasti semua ini takkan berlaku.Kan? Tapi aku degil..

"Jawaplah! Kenapa diam?" Teriak Taehyung lagi.

"Sa..saya..saya" aku berhenti sejenak.Air mataku kembali mengalir.Patut ke aku berterus terang sahaja? Atau tipu dia?

"Saya apa!" Aku tersentak.Pantas apa yang terbuku dihati dilepas keluar tanpa sengaja.

"Saya jumpa Yoongi" jawapku lancang.Pada saat itu juga dua biji mataku membesar,terkejut.Aku terlepas cakap.Hm habis lah kau Yura.Hadap lah api kemarahan tunang kau tu.

"Apa? Awak jumpa Yoongi? Lelaki yang selalu ada dengan Jungkook tu kan?!" Perlahan-lahan aku anggukan kepala.

"kenapa awak jumpa Yoongi? Kan saya cakap jangan pergi mana-mana selagi saya tak habis meeting.Kenapa awak degil? awak tak fikir ke apa risiko dia kalau awak jumpa dengan Yoongi? awak lupa yang Jungkook datang sini dengan Yoongi? kalau awak jumpa Yoongi bermakna peluang untuk Jungkook jumpa awak sangatlah besar.Awak tak fikir ke semua tu?'' soal Taehyung.Aku tundukkan kepala ke bawah sambil menggigit hujung bibir apabila mendengar bebelan berbaur marah itu tanpa henti.Air mataku tak usah cakap,sejak kena serang tadi sampai sekarang tak berhenti-henti mengalir.Malah semakin galak ia mengalir tatkala menghadap api kemarahan Taehyung yang membuak-buak itu.Sepanjang aku bersama dengan Taehyung,tak pernah sekali pun dia marahkan aku apatah lagi nak tinggikan suara.Tapi tak sangka pula harini buat pertama kalinya dia marahkan aku.

''Saya tak minta pun nak berjumpa dengan dia tapi kami terserempak.Masa tu saya nak ambil telefon dalam kereta awak tapi tiba-tiba pula dia muncul.Dia cakap ada sesuatu yang dia nak bincang.Dia pun ada cakap yang Jungkook tak ikut sekali.Jadi saya ikutlah dia,tak lama pun'' jelasku sambil menangis teresak-esak.Taehyung berdecit kuat.Dia meraup muka dan rambutnya berkali-kali dengan kasar.

''Kenapa ikut dia? tak boleh ke tunggu saya dulu? habistu kalau Jungkook tak ada macam mana dia boleh ada dengan awak tadi?'' soal Taehyung.Aku boleh lihat kesabarannya sudah hilang.Riak wajahnya nampak marah sangat-sangat.Nada suaranya juga semakin bertambah kuat dan lantang.Dia benar-benar marah sekali.

''Saya tak tahu macam mana dia boleh ada dekat sana.Mungkin dia ikut Yoongi dari belakang'' dugaku.

''Sebab tu lah saya marah awak jumpa dengan Yoongi! saya dah agak Jungkook mesti akan ikut juga! lepas ni saya tak nak tengok awak jumpa dengan Yoongi ataupun Jungkook.Kecuali bila dengan saya sahaja.Faham?!'' soal Taehyung dengan suara kerasnya.Naik turun dada itu menahan api kemarahan.Aku anggukan kepala tanda faham.Lantas dia berpaling membelakangi ku sambil tangan bercekak pinggan.Sebelah tangan lagi meraup wajah.Buat seketika suasana berubah sunyi.Hanya tangisan dariku sahaja yang kedengaran di dalam bilik ini sehinggalah aku kembali bersuara.

''Tae..Saya minta maaf'' ucapku dalam tangisan.Namun Taehyung hanya diam tidak menjawap.Tapi diamnya tidak lama.

''Saya kecewa dengan awak,Yura'' ucapnya tanpa memandang aku.Kemudian kakinya mula melangkah pergi.Tapi belum sempat dia keluar dari bilik ini tiba-tiba kakinya berhenti melangkah.

''Nanti turun makan.Mummy ada masak.Lepas makan saya hantar awak balik'' kata Taehyung lalu menyambung kembali langkah kakinya dan keluar dari bilik ini meninggalkan aku yang menangis teresak-esak di atas katil sendirian.

Taehyung..kenapa awak marah saya macam tu sekali? saya pun tak nak jumpa Jungkook.Saya tak minta pun untuk dipertemukan dengan Yoongi.Tapi saya sedar saya memang salah sebab ikut Yoongi tanpa pengetahuan awak.Kalaulah saya tahu Jungkook ikut Yoongi dalam diam,saya takkan setuju untuk ke kafe dengan Yoongi.

°•Bersambung🥀•°
______________________________

Our FaithWhere stories live. Discover now