°•fOrGiVe Me•° |96🥀

11 3 0
                                    

🥀Bab Sembilan Puluh Enam•°

Aku diam termenung di meja kerjaku.Berfikir tentang perasaanku.Siapa yang sebenarnya menjadi pilihanku?

Antara Jeon Jungkook,bekas suami

ataupun

Kim Taehyung,tunang.

Hmm..

Aku pernah cakap yang aku dah tak cintakan Jungkook kan..

Tak..Sebenarnya semua tu tak tak betul.

Aku masih cintakan dia tapi aku ego.Aku tipu Taehyung dan diri aku sendiri.Sejak Jungkook muncul kembali dalam hidup aku,entah mengapa aku dah tak rasa apa-apa pada Taehyung lagi.Perasaan cinta yang dulu wujud perlahan-lahan hilang dan digantikan dengan cinta Jungkook.

Aku tetap mahukan Jungkook walaupun dia dah cuba lakukan perkara yang tidak baik ke atas aku.Sebab aku yakin semua yang berlaku tu berada di bawah kawalannya.Dia tak sihat sangat waktu itu.Akal fikirannya tak mampu berfikir dengan waras membuatkan dia tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.Aku kenal Jungkook macam mana.Dia bukan lelaki seperti itu.Walaupun dalam keadaan yang terdesak dia takkan sesekali menggunakan cara kotor untuk dapatkan apa yang dia mahukan.

Tentang Taehyung pula,aku dah tak cintakan dia.Memang perit untuk aku ungkapkan tapi itulah kenyataannya.Tapi disebabkan aku tak nak lukakan hati dia,aku berpura-pura mencintai dia.

Aku kejam?

Ya,aku memang kejam kerana telah mempermainkan perasaan dia.Biarpun begitu aku takkan sesekali tinggalkan dia.Aku akan setia di sisinya sampai bila-bila.

Hakikatnya memang aku cintakan Jungkook tapi tak bermakna kalau aku cintakan dia,aku akan berpatah kepadanya semula.Aku cuba untuk tidak mementingkan diri sendiri.Jadi,aku ambil keputusan untuk setia dengan Taehyung.Biarlah aku seorang sahaja yang menderita asalkan hati Taehyung tidak terluka.

Ya,aku sedar bukan aku sahaja yang akan menderita malah Jungkook juga akan turut rasa yang sama.Tapi aku tak ada pilihan lain selain memilih salah seorang daripada mereka.Jadi,aku ambil keputusan untuk memilih Kim Taehyung.

Biarlah Jungkook yang tanggung derita itu.Lagipun dia yang bersalah dalam hal ini.Dia yang hancurkan rumah tangga kami.Jadi,dia memang layak terima penderitaan itu.Sebaliknya Taehyung,dia terlalu baik terhadap aku selama ini.Oleh itu,aku memilih Kim Taehyung.

Persoalannya..macam mana aku nak lari dari cengkaman bekas suami aku? aku yakin dia takkan pergi selagi tak dapat apa yang dia mahukan.Aku perlu lakukan sesuatu untuk lari dari Jungkook.

Tapi apa yang perlu aku buat?

Mindaku mula berkerja keras mencari idea.Lama aku berfikir,tiba-tiba dua biji mataku terbuka luas dan bercahaya tatkala buah fikiranku menangkap satu idea yang cukup bernas.Hanya itu sahaja jalan penyelesaiannya untuk aku lari dari Jungkook.Walaupun aku tahu diri aku yang akan menderita,aku kena lakukan juga.

Aku nekad.

Lantas aku berdiri dari kerusi dan menapak maju ke arah bilik pejabat Taehyung yang sememangnya terletak berdekatan dengan meja kerjaku.Pintu biliknya aku ketuk perlahan.Setelah diberi keizinan untuk masuk barulah aku membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam.

Our FaithWhere stories live. Discover now