🥀Bab Seratus Empat•°
°°3 bulan kemudian••
Seoul,Korea
"Sayang!!!"
Aku tersentak saat satu teriakan yang amat kuat tiba-tiba bergema di seluruh rumah agam ini.Terus penyapu yang berada di dalam genggaman tanganku terlepas jatuh menyembah lantai ruang tamu ini.Pantas aku tolehkan kepala ke arah gerangan itu bersama dengan riak wajah menahan marah.
"Jungkook! berapa kali saya cakap jangan jerit macam tu.Terkejut lah! Awak nak saya mati terkejut ke?" Marahku sambil bercekak pinggang.
Jungkook yang sedang tergesa-gesa menuruni anak tangga segera menghampiri aku.Pantas tangannya merangkul pinggang ku lalu ditarik tubuhku agar melabuhkan punggung di atas sofa.
"Macam mana saya nak dengar cakap sayang kalau sayang sendiri yang degil? Kalau sayang tak degil saya takkan menjerit macam tadi.Tolonglah,sayang.Dah berjuta kali kan saya cakap jangan buat kerja rumah.Rehat jelah.Saya kan ada.Biar saya yang buat kerja-kerja rumah ni semua" bebel Jungkook panjang lebar sambil menyandarkan tubuhku pada sofa.Berhati-hati betul dia bawa aku ke sofa ini.
Aku mencebikkan bibir.Wajah Jungkook aku pandang dengan riak wajah tidak puas hati.
"Alah saya bukannya buat kerja berat pun.Menyapu je takkan tu pun tak boleh"
"Sayang,tolonglah.Jaga kandungan tu.Kandungan sayang kan masih lemah lagi.Saya tak nak terjadi apa-apa pada anak kita.Jangan degil boleh tak" bebel Jungkook lagi sambil menyentuh permukaan perut ku yang masih leper.
Ya,betul aku sedang mengandung.Usia kandunganku baru sahaja mencecah seminggu lebih.Bentuk pun tak nampak lagi tapi cara Jungkook ni dah macam 7 bulan aku mengandung.
Dia punya paranoid bukan main lagi.Pantang betul bila nampak aku buat kerja rumah.Kalau tak mulalah mulut tu nak menjerit,terkejut tengok isterinya yang sedang mengandung tidak sampai sebulan ni buat kerja rumah.
Kata Jungkook waktu-waktu macam ni lah kandungan perlu dijaga elok-elok.Yalah,baru seminggu lebih kan usia kandungan mestilah masih lemah.Tu yang dia duk risau sangat tu.haih beruntung aku dapat suami macam Jungkook ni.Ni makin sayang ni.Auchh🙈😙😘
"Yalah yalah saya dengar cakap awak.Lepas ni tak buat dah.Janji" kataku sambil mengangkat telapak tangan tanda berjanji.Jungkook tersenyum lalu rambutku diusapnya lembut.
"Macam ni lah baru bagus.Lepas ni tak payah gatal buat kerja rumah lagi.Biar saya yang buat.Sayang rehat aje.Faham?" Tegas Jungkook.Aku anggukan kepala.Terpaksa mengalah juga.Kalau tak,tak berhenti lah mulut suami aku ni membebel.
"Faham"
Jungkook tersenyum.Dia diam merenung wajahku sambil membelai rambutku.Sebelah tangannya lagi menggenggam erat kedua belah tanganku.Lama renungan itu sehinggakan aku mula berasa hairan.Lebih-lebih lagi bila terlihat anak matanya mula berkaca-kaca.
"Jungkook,kenapa ni? Awak okey?" Soalku risau.wajahnya aku sentuh.Namun dia hanya diam merenungku.
Tidak lama kemudian satu titisan air mata mengalir jatuh dari tubir matanya membuatkan aku bertambah risau.
"Jungkook,awak okey tak ni? Kenapa tiba-tiba menangis?" Soalku lagi.Jungkook tersenyum.Namun senyuman yang cukup kelat di mataku.
"Sayang,terima kasih sebab sudi terima saya kembali.Saya tak sangka awak masih cintakan saya biarpun dah bermacam-macam saya lakukan pada awak.Awak sanggup maafkan kesalahan saya.Saya bukan setakat tak percayakan awak tapi saya juga telah seksa diri awak.Saya hina awak,saya pukul awak tanpa belas kasihan.Sehinggakan parut tali pinggang haritu masih kekal pada kaki awak.Saya betul-betul minta maaf.Terlalu banyak dosa saya pada awak.Kadang-kadang saya rasa,saya tak layak dimaafkan dan diberi peluang kedua.Saya kejam pada awak dulu.Maafkan saya" ujar Jungkook dengan nada tersedu sedan.Terhincut-hincut tubuhnya.Air matanya juga bercucuran mengalir keluar tanpa henti.
YOU ARE READING
Our Faith
FanficCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...