°•fOrGiVe Me•° |71🥀

8 3 0
                                    

🥀Bab Tujuh Puluh Satu•°

"Awak masih cintakan dia?" Soal Taehyung.Ada bunyi sedikit nada sayu dalam suara itu.Tidak sangka,rupa-rupanya perempuan yang telah memikat hatinya pernah berkahwin suatu ketika dahulu.Agak tergores hatinya bila dapat tahu tentang itu.

Ya,semuannya Yura sudah ceritakan pada Taehyung.Dari mula dia berkahwin dan bahagia sehinggalah ke saat-saat akhir,iaitu bercerai.Taehyung yang mendengar hanya diam menumpukan sepenuh perhatian.Sepanjang Yura bercerita kisah jalan hidupnya yang penuh berliku itu,Taehyung hanya mampu menggenggam tangan dengan erat.Geram,sakit hati,marah dengan bekas suami Yura.Sampai hati lelaki itu memperlakukan Yura sebegitu rupa.Kejam!

Tak sangka,masih ada lelaki yang tidak pandai menghargai perempuan.Lagi-lagi perempuan itu adalah isteri sendiri.Sudahlah tidak mempercayai perempuan itu,malah dicerai pula.Mana pergi sifat belas kasihan dia?.Kalau lah Taehyung jadi Jungkook,dia tidak akan seksa Yura begitu.Dia akan cari bukti yang sebenar untuk membuktikan yang Yura tidak bersalah.Tapi Jungkook? Dia percaya bulat-bulat apa kata orang tanpa usul siasat pun.Kesian Yura,terpaksa menanggung akibat yang bukan dia lakukan.

Soalan dari Taehyung itu masih tidak dijawab.Yura diam membisu buat seketika.Air mata yang sudah meluncur keluar diseka dengan jari.

"Awak masih cintakan dia kan?" Kata Taehyung apabila soalannya tidak dijawap.Dari anak mata itu dia sudah tahu bahawa Yura masih menaruh harapan ke atas lelaki itu.Buktinya,Yura tidak dapat menjawab pertanyaan itu.Kalau dia cakap tidak sekalipun,hati Taehyung tetap kuat menyatakan bahawa Yura masih mencintai Jungkook.Ya,biarpun sudah bermacam-macam lelaki itu lakukan.Hatinya masih tetap mahukan lelaki yang bernama Jeon Jungkook.Dan semestinya hati Taehyung terluka.Seolah-olah peluang untuk dia dapatkan Yura sangat tipis.Mahukah Yura bersamanya ketika hati Yura masih mahukan lelaki itu? Taehyung rasa jawapannya tidak.

Lama Yura diam akhirnya dia menggeleng kepala,berkali-kali juga dia menggeleng.Menidakkan kata-kata Taehyung itu.

"Tak.Saya tak cintakan dia.Perasaan cinta saya sudah lama terpadam di dalam hati ini.Apa yang ada hanyalah kebencian.Sudah bermacam-macam yang dia lakukan terhadap saya,awak rasa saya masih boleh terima dia lagi? Tak Taehyung.Jawapannya tidak" Kata Yura dengan setegas-tegasnya.Tapi Taehyung tetap tidak percaya.Dia yakin Yura masih mencintai lelaki itu walaupun sekeras macam mana sekalipun Yura menidakkannya.Memang benar mulut Yura mengatakan tidak tetapi anak mata itu tidak mampu menyorokkan perasaannya.Taehyung boleh nampak melalui anak mata itu dengan jelas bahawa Yura sedang menipu.

"Kalau ada lelaki lain yang jatuh cinta pada awak.Awak terima tak?" Soal Taehyung.Dia mahu tahu apa jawapan itu.Dia mesti pastikan apa perasaan Yura jika ada seseorang yang ingin mencintainya.Adakah dia akan terima? Ataupun sebaliknya?.

"Entahlah Taehyung.Sudah bermacam-macam yang terjadi pada saya.Saya rasa hati saya sudah tertutup untuk semua lelaki.Hati saya dah tawar,saya serik.Saya tak nak bercinta lagi.Biarlah buat masa sekarang saya fokus dengan kerja saya.Saya tak nak fikir atau ada kaitan dengan lelaki lagi" itulah jawapan Yura.Retak seribu,hancur berkecai harapan Taehyung untuk memiliki Yura.Terbatal terus niatnya untuk meluahkan perasaan.Dia bercadang ingin berterus-terang dengan Yura pada pagi itu.Tapi tak sangka lain pula yang jadi.Menyesal juga dia kerana bertanya soalan begitu.Kalaulah dia tak tanya mesti keadaan tidak akan jadi macam ni.Dan mesti sekarang dia sudah selamat meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya.Tapi malangnya..hmm☹️

"Yura..kalau suatu hari dia dapat tahu yang awak tak bersalah dan ingin mencari awak.Awak mahu kembali kepada dia semula?" Soal Taehyung.Semakin sayu nada suaranya.

Our FaithWhere stories live. Discover now