°•fOrGiVe Me•° |68🥀

8 3 0
                                    

🥀Bab Enam Puluh Lapan•°

"Ini pesanan Tuan Kim.Secawan coffee americano,Moist chocolate cake and sepinggan curos bersama madu"

Semua pesanan itu aku letakkan satu persatu di atas meja.Lelaki itu hanya diam melihat aku meletakkan pinggan tersebut di atas meja sambil tersenyum.Pelik kan lelaki ni,aku tengok 24 jam dia senyum.Tak penat ke nak senyum lama-lama macam tu?.Tapi yang paling aku pelik..dia akan tersenyum bila melihat aku sahaja.Kalau dia tengok benda lain,bibirnya tak tersenyum pula.Aneh🤔.

"Ada apa-apa lagi,Tuan Kim?" Soal aku sambil memeluk dulang.Wajah Tuan Kim aku pandang sambil mengukir senyuman.Senyuman yang penuh dengan kesabaran.Sabar dengan karenah lelaki ini.Tak habis-habis nak panggil aku sehinggakan aku nak buat kerja lain pun jadi terbantut.

"Apa awak panggil saya tadi? Saya rasa macam kurang dengar" Soal lelaki itu sambil mengerutkan dahi.Matanya pula terpejam rapat.Tangannya menggosok cuping telinga berkali-kali.Seolah-olah tidak mendengar apa yang aku katakan sebentar tadi.

Aku yang faham tindakan dia itu,terus menggigit bibir.Lupa pula yang dia tak benarkan aku panggil dia dengan gelaran itu.

"Sorry,i mean.Taehyung" kataku sambil tersengih.Taehyung kembali membukakan matanya.

"Ah macam itulah,Taehyung.Bukan Tuan Kim" ujar Taehyung.Aku sekadar mengangguk sambil tersengih.

"Okay,kalau tak ada apa-apa..Saya pergi dulu" kataku mula meminta diri.Tanpa menunggu jawapan darinnya aku terus berpaling ke belakang.Namun baru sahaja kakiku hendak melangkah pergi tiba-tiba pula dia memanggil aku.

"Yura,tunggu sekejap" aku toleh ke arahnya semula.Ish,apa lagi yang dia nak.Padahal dah banyak kali dia order.Masuk yang ini dah kali ketiga dia order.Banyak betul dia makan.Dia ni manusia ke alien?.Habis pesanan yang tu,order pula yang lain.Tahu lah banyak duit tapi kalau nak makan tu berhentilah sebelum kenyang.Ni tak,makan macam tak ingat dunia.Lepastu tak habis-habis nak panggil aku.Aih sabar jelah.

"Ya?"

"Temankan saya makan boleh?"

Aku tersentak mendengar permintaan itu.Terdiam terus aku.Hati aku pun berhenti membebel.Terasa seluruh tubuhku seperti terkena renjatan elektrik.Kaku dan mengeras aku dihadapannya dengan bibir terketar-ketar ingin menjawap.Kenapa pula aku kena teman dia makan ni? Aduhhh..

"Saya minta awak temankan saya makan.Susah ke awak nak tunaikan permintaan saya?" Soal Taehyung dengan nada yang lembut sambil tersenyum.Aku kehilangan kata-kata.Tubuhku mula menggeletar perlahan.Aku jadi gagap.

"Er..ta..tapi sa..saya ada kerja yang nak kena buat" jawapku dengan nada terketar-ketar.

"Temankan saya dulu.Kerja tu sekejap lagi lah buat.Nanti saya tolong awak" kata lelaki itu.Aku bingung sekejap.Dah kenapa dengan lelaki ni? Aku datang sini nak kerja bukannya nak teman dia makan.Dan kenapa pula dia nak tolong aku buat kerja? Dia tu bukannya pekerja dekat sini.Silap hari bulan aku boleh kena buang kerja macam ni.Kalaulah bos nampak,naya aku.Lagipun aku bukannya rapat sangat dengan dia.

"Awak jangan risaulah.Pandai lah saya cakap dekat Mrs.Jane nanti.Dia tu kawan rapat ibu saya.Jadi secara automatiknya saya pun rapat dengan dia.Dia takkan marah punya kalau nampak awak temankan saya makan" kata Taehyung seperti boleh membaca fikiran aku.Tapi betul ke dia rapat dengan bos aku?🤔

Aku tergagap-gagap.Tak tahu nak temankan dia atau tak.Mungkin betul dia rapat dengan bos🤷.Lama aku berfikir,akhirnya aku anggukan juga kepala.Terpaksa mengalah dengan desakan dia.Takut juga aku kalau menolak kemahuan orang ternama seperti Taehyung.Silap hari bulan boleh kena saman ni.Jap,saman? Takkan hanya kerana aku menolak ajakan dia pun kena saman? Tak logik betul!😅

"Sekejap je.Lepasni saya kena sambung kerja" jawapku.Mendengarkan jawapan aku begitu,terus bibirnya tersenyum lebih lebar lagi.

"Duduklah" pelawa dia sambil menarik kerusi disebelahnya.Buat seketika aku terkedu.Jap,takkan nak suruh aku duduk sebelah dia pula😅.Tak nak aku..malulah..🙈

"Er takpe,saya boleh duduk sini" kataku seraya menarik kerusi di hadapannya.Taehyung mengangguk.Dia menolak semula kerusi disebelahnya masuk ke bawah meja.Kemudian dia beralih ke arah aku semula.Wajahku ditatapnya lama sambil tersenyum.Siap menopang dagu lagi membuatkan aku berasa tidak selesa.

"Er..kenapa tengok saya macam tu?" Soal aku.Meremang bulu roma aku.Seram pula direnung begitu.

"Saja.Saya suka tengok awak" jawap Taehyung selamba.Glupp!.Aku telan air liur.Weyyy,kenapa dengan lelaki ni? Sejak pertama kali aku berjumpa dengan dia,jujur aku cakap dia nampak macam tak siuman.Tersenyum-senyum tengok aku.Kadang-kadang aku rasa terancam pun ada.Boleh tak aku nak lari jauh-jauh dari dia?😭.

Aku tarik nafas dalam-dalam.Cuba tenangkan diri yang terasa gementar.Lalu aku hembus perlahan.Kini wajahnya yang sedang tersenyum itu aku pandang dengan wajah yang serius.

"Taehyung,saya minta maaf kalau saya cakap ni akan membuatkan hati awak tergores atau terluka.Jujur saya cakap,saya tak ada masa nak layan awak.Saya tak ada masa nak temankan awak makan.Kalau tujuan awak hanya mahu memandang wajah saya sampai nak terkeluar biji mata tu,baik saya pergi sambung kerja saya.Boleh tak awak jangan bazirkan masa saya?.Saya datang sini nak kerja bukannya nak main-main macam ni.Kalau awak berterusan kacau saya buat kerja,saya boleh kena pecat tahu tak" ujarku panjang lebar.Itu jujur dari perasaan aku yang datang dari lubuk hati.Sudah lama aku pendam kesabaran itu.Tapi bila tengok dia bazirkan masa aku hanya dengan merenung wajah aku,aku rasa geram.Aku banyak lagi kerja yang nak kena buat tapi suka-suka dia je nak bazirkan masa aku.Jadi,terpaksa aku luahkan perasaan aku yang sebenarnya.

Taehyung yang mendengar luahan hati aku itu hanya diam membisu.Senyuman di bibirnya perlahan-lahan mengendur membuatkan aku diserang perasaan bersalah.Dia menjatuhkan pandangan ke arah hidangan.Pinggan kek coklat itu ditarik dekat dengannya lalu kek itu dipotong kecil menggunakan sudu dan disuap ke dalam mulutnya.Dia meneruskan aktiviti itu sehinggalah kek itu tinggal separuh di dalam pinggan barulah dia angkat kepala memandang aku semula.Aku tersentak melihat wajahnya dingin tanpa secalit senyuman pun.Bersalah pula aku rasa.

"Mian..Sebab saya dah banyak susahkan awak.Saya tak ada niat pun.Saya cuma nak berkawan dengan awak.Saya nak kenal awak dengan lebih rapat lagi.Saya tak tahu kenapa,saya rasa gembira bila tengok wajah awak.Setiap kali menjelang pagi,saya rasa tak sabar nak bertemu dengan awak.Kalau boleh saya nak duduk sini hari-hari pandang awak sahaja.Tapi awak nampaknya tak suka dengan kehadiran saya.Sekali lagi saya minta maaf" kata Taehyung dengan nada yang sayu.Terlihat jelas yang dia benar-benar terasa dengan kata-kata aku.Oky Yura,kau nak buat apa sekarang ni? Kau dah lukakan hati dia.Tu lah,lain kali kalau nak cakap sesuatu fikir dahulu.Geram pulak Dengan diri sendiri🤦.

"Taehyung,saya pun tak berniat nak cakap macam tu tadi.Saya minta maaf.Saya tak fikir panjang masa tu.Mungkin saya penat sehinggakan saya tercakap macam tu.Saya tak kisah kalau awak nak berkawan dengan saya tapi bukan ketika saya bekerja.Emm macam ni lah,apa kata hujung minggu ni kita keluar?.Masa tu boleh lah kita kenal-kenal.Awak cakap nak berkenalan dengan saya kan?" Kataku penuh berhati-hati menyusun kata-kata.Risau pula kalau tersalah cakap lagi.

Bibir Taehyung yang mengendur itu mula melebar semula.Bercahaya wajahnya tatkala mendengar ajakan aku itu.

"Nak,boleh-boleh!.Dekat mana? Pukul berapa?" Soal Taehyung teruja.Terus aku tersenyum melihat gelagat dia.Fuh,nasib baik dia tak merajuk lagi.

"Oky,nanti saya send location.Awak jangan lupa bagi nombor telefon pula" Jawapku sambil tersenyum.

"Sekarang juga saya bagi.Kejap eahh" Kata Taehyung.Lantas tangannya menyeluk poket seluar lalu telefon bimbitnya dikeluarkan.Aku hanya menggeleng sambil tersenyum melihat dia.Macam budak-budak yang baru dapat lolipop! Teruja sangat😅.

°•Bersambung🥀•°
______________________________

Our FaithWhere stories live. Discover now