🥀Bab Enam Puluh Tiga•°
°•♥Tiga bulan kemudian♥•°
Perth,Australia..
"Yura!!!"
Suara pekikan daripada Jung Hoseok yang seperti guruh berdentum itu membuatkan aku tersedar dari lena.Terpisat-pisat aku bangun dari katil sambil menggosok kedua belah mata.Hoseok yang berdiri di depan katil sambil bercekak pinggang,aku pandang dengan mata yang masih mamai.
"Apa dia Oppa? Perlu ke jerit macam tu? Terkejut tahu tak" Bebel aku dengan nada sedikit marah sambil menggaru kepala dan leher.Aku tak marah cuma aku bengang.Yelah,orang tengah seronok bermimpi tiba-tiba dikacau pula.Siapa yang tak bengang?.Kejap,bengang dengan marah bukan ke sama sahaja maksudnya?.Ah lantak lah.
Hujung lidah Hoseok berdecit kuat.Dia memandang aku dengan pandangan yang cukup tajam.Pandangan yang seolah-olah mahu menelan aku.Melihatkan wajah garang seperti harimau mula timbul di sebalik wajah kacak itu,terus mata aku terbuka luas.Segar bugar rasanya.Entah,seram pula aku tengok Hoseok.Macam betul-betul nak telan aku aje.
"Oppa ni kenapa? Pagi-pagi buta dah buat perangai.Buang tabiat eah??" Kataku.Serta merta Hoseok mendengus geram.Matanya terpejam rapat.Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembus keluar dengan laju.Matanya dibuka kembali.Tapi semakin tajam pula dua biji anak matanya itu menikam aku.Amboi marah betul.
"Yura tanya kenapa? Yura lupa ke harini ada apa?" Soal abang aku.Suaranya ditekan sedikit kuat.Aku mengerutkan dahi.Cuba menghadam kata-kata itu.Harini? Kenapa dengan harini?.Ada apa?.Lama aku diam dan berfikir tiba-tiba mata dan bibirku terbuka luas.Baru teringatkan sesuatu.Harini..hari pertama aku kerja!.
"Oppa!! Kenapa tak kejut awal-awal.Yura dah lambat lah!!" Bebel aku sambil bergegas menuruni katil dan mencapai tuala mandi.Dengan langkah yang pantas dan selaju-selajunya aku berlari masuk ke tandas.Hampir-hampir sahaja kakiku hendak tersadung tapi nasib baik aku sempat berpaut pada pintu.Kalau tidak,pergi kerja dengan kaki terseliuh lah jawapnya.
"Hah salahkan orang! Sendiri yang salah.Oppa dah kejutkan dari pukul 7 lagi lah.Yura yang tak nak bangun.Itulah siapa suruh tidur lambat semalam.Nak bangun pun susah.Mandi cepat.Lepastu turun sarapan!" Jerit abang aku dari luar tandas.Aku yang sudah berada di dalam tandas itu hanya diam mendengar bebelan itu.Sesekali aku mencebik dan mengikut rentak bibir Hoseok.Apa yang keluar dari bibirnya,itu jugaklah yang keluar dari bibir aku.Tahu sangat apa yang akan keluar dari mulut tempayan dia tu!.
××××
Aku berlari pantas keluar dari bas dan melangkah laju ke arah destinasi yang aku tuju.Roti yang masih berbaki separuh di dalam genggaman tanganku itu aku sumbat semuanya ke dalam mulut.Terus naik mengembang kedua belah pipiku,membulat seperti belon saat aku mengunyah gumpalan roti itu.Sarapan tadi aku sempat capai dua keping roti berinti jem dengan peanut sahaja.Nak makan nasi goreng memang tak sempat dengan tempoh waktu sekarang ini.Roti ni pun terpaksa makan dalam perjalanan.Aduh apa nak jadilah dengan aku ni.Hari pertama kerja sudah lewat.Buat malu muka betul!
Aku tersenyum lebar tatkala struktur bangunan kedai bakeri kini tersergam gah di hadapan mataku.Akhirnya aku sampai juga.Inilah tempat kerja aku.Aku akan bekerja di bakeri itu.Tempat dimana kek-kek dan makanan berasaskan pencuci mulut akan ditempatkan.Emm sedapnya.Tak sabar nak kerja😋.
Tanpa membuang masa,aku terus merempuh masuk ke dalam.Laju sahaja tangan aku naik menolak dedaun pintu itu.Masuk sahaja aku dekat dalam,serta merta semua mata tertancap ke arah aku.Kenapa? Apa salah aku?😭.Aku cuba kawal diri.Cuba bertenang dan menarik nafas dengan normal.Kemudian aku melangkah tenang menuju ke belakang kaunter.
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...