°•Our Faith•° |41🥀

11 3 0
                                    

🥀Bab Empat Puluh Satu•°

"Yura!!!"

Berdentum suara Jungkook kedengaran memecah sunyi rumah agam ini membuatkan aku yang sedang lena tidur terperanjat.Pantas aku bangkit dari perbaringan lalu menapak mendekati pintu dengan tergesa-gesa.Namun belum sempat aku membukakan pintu,dia sudah menolak pintu bilik stor ini dengan kuat.Aku tergamam.Dia terus maju ke arah aku.Leherku dicengkam lalu tubuhku ditolak kuat ke dinding.Aku tak mampu nak buat apa-apa.Kejadian itu berlaku terlalu pantas.

Aku kaku saat melihat wajah Jungkook.Bibirnya pecah dan berdarah,pipinya lebam membiru.Tapi kenapa?.Dia bergaduh dengan siapa?. Melihatkan wajahnya begitu membuatkan aku berasa risau.Jungkook..

"Kau dah pandai mengadu kan sekarang ni" Lamunan aku terhenti saat suara garang Jungkook menyentuh gegendang telingaku.Wajahnya yang merah padam menahan marah itu aku pandang takut.

"A..Awak cakap apa ni?" Soal aku tersekat-sekat.Cengkaman kuat dileher membuatkan aku sukar untuk bercakap.Jungkook tersenyum sinis.

"Kau tak payah buat-buat tak fahamlah,Yura.Kau sengaja mengadu dekat jantan tu yang aku dera kau supaya kau dapat lepaskan diri dari aku kan?!" Marah Jungkook.Aku terdiam.Tak..tak mungkin Yoongi serang Jungkook.Jadi luka ni semua akibat dipukul Yoongi?.Yoongi..Yoongi pukul Jungkook?

"Kenapa diam?.Jawaplah!!" Teriak Jungkook.Aku menyesal sebab beritahu Yoongi yang aku kena dera.Aku beritahu pun sebab aku nak dia rasa bersalah.Tapi aku tak sangka dia akan serang Jungkook.Yoongi,apa yang kau buat ni?.kau buatkan keadaan menjadi semakin teruk.Kenapa kau buat aku macam ni?.

"Berani kau ceritakan pasal rumah tangga kita dekat orang luar kan!"

"A..awak..sa..saya ..saya tak sengaja.Sa..saya minta maaf" ucapku.Jungkook tergelak.

"Tak sengaja? Tak sengaja apa? Tak sengaja bagitahu dia yang aku dera kau?.Eh kau tak ada alasan lain ke nak bagi dekat aku?!" Semakin tinggi nada suara Jungkook sehingga kedua belah bahuku terhincut kerana terkejut.

Tubuhku menggigil.Air mataku mula menitis membasahi pipi.

"Kau tak payah nak menangis lah.Kau fikir aku akan kesiankan kau?.Tak akan pernah.Aku bukan seperti dulu lagi.Hati aku lebih keras daripada dulu.Buang masa sahaja kau menangis sebab hati aku takkan mudah lembut seperti dulu"

"Ya..betul.Memang awak takkan kesiankan saya.Dan saya tak pernah pun minta untuk awak kesiankan saya.Sebab awak memang suka tengok saya terseksa macam ni.Kan?.So,jangan risau.Saya menangis bukan mahukan belas kasihan daripada awak tapi saya menangis sebab saya betul-betul dah tak tahan dengan awak" kata aku.Jujur dari hati,aku memang dah tak tahan dengan dia lagi.Aku dah penat dengan semua ni.Kalau boleh aku nak cepat-cepat berpisah.Dia pun dah tak sayangkan aku.So untuk apa lagi aku pertahankan rumah tangga ini?.Tak ada guna.

Jungkook terdiam tetapi tidak lama.

"Baguslah kalau kau rasa dah tak tahan.Memang aku nak kau rasa macam tu.Biar kau rasa semakin terseksa.Aku takkan pernah lepaskan kau selagi hati aku tak puas,Yura" Kata Jungkook sekeras-kerasnya.Aku tersenyum.

"Betul awak takkan lepaskan saya?.Kalau saya buat perangai lagi macam mana?.Awak still tak nak lepaskan saya?" Provok aku.Jungkook tergamam.Mencerlung dua biji matanya memandang aku.Semakin kuat genggaman tangannya di leherku.

Our FaithWhere stories live. Discover now