🥀Bab Lima Belas•°
Sampai sahaja aku di depan dia terus tangan aku naik menampar pipinya.Terteleng dia dengan tamparan kuat dari aku.Kesabaran aku hilang.Kemarahan aku mula meledak sebaik sahaja melihat wajahnya.
"Yu..Yura..kenapa ni?" Soalnya.Aku senyum sinis.
"Ni baru sikit.Aku boleh buat lebih lagi dari itu,Yoongi.Aku tak kisah kalau aku terpaksa bunuh kau.Aku sanggup!" Marah aku.Bahunya aku tolak berulang kali dengan kuat.Dia tergamam buat seketika.
"Yura apa yang kau cakap ni? Aku tak faham.." Aku ketap gigi.Aku dah agak dia memang takkan mengaku.Selepas apa yang dia nak,dia dapat.Dia buang aku macam tu je.Macam aku ni tak ada maruah.Macam aku ni sampah.Bila dia nak,dia datang.Bila dia tak nak dia tinggalkan aku menderita sorang-sorang.Dia biarkan aku tanggung seorang diri dengan perbuatan kejinya.
"Kau ni memang syaitan!" Teriak aku.Dadanya aku pukul sekuat hati sambil mengalirkan air mata.
"Yura!!" Spontan tangan aku berhenti menampar dadanya tatkala jeritannya kedengaran.Terhincut bahu aku apabila dengar dia menjerit.
"Apa yang kau buat ni? Apa maksud kau? Kau minta aku tinggalkan kau,aku tinggalkan kau..dengan rela hati.Sekarang kau yang cari aku.Kau nak apa sebenarnya? Kenapa kau nak marah-marah aku? Apa salah aku?" Ujar Yoongi.Memang lelaki macam ni ke? Berpura-pura tidak tahu kerana tidak mahu bertanggungjawab?.
"Kau jangan nak tipu aku.Kau sebenarnya tak boleh nak lepaskan aku kan sebab tu kau buat macam tu? Sebab kau tak ada pilihan.Kau tak tahu nak buat macam mana hubungan aku dengan Jungkook jadi renggang.Sebab tu kau pilih cara kotor tu kan!" Teriak aku.Yoongi mengeluh.Dia menarik tangan aku ke salah satu pondok berdekatan di situ.
"Apa yang aku buat dekat kau?" Soalnya tanpa ada rasa bersalah langsung.Aku pandang wajahnya tidak percaya.Dia memang tak tahu atau berpura-pura tak tahu?
"Aku dah agak kau takkan mengaku.Kau memang lelaki tak guna.Dasar hipokrit!.Aku benci kau!! Aku benci kau Yoongi!!" Jerit aku dengan kuat.Tiba-tiba tubuh aku ditolak kuat ke tiang pondok.Kedua belah tangan aku ditekan kuat mengunci segala pergerakan aku.Aku cuba melepaskan diri tetapi dia semakin merapati tubuh aku.Jarak antara kami terlalu dekat.Aku dapat rasa hembusan nafasnya mengenai tepat pada wajah aku.
"Kenapa kau jadi macam ni? Apa yang aku buat sampai kau nak mengamuk?" Soal Yoongi.Aku hanya mampu mengalirkan air mata.Kepala aku tunduk ke bawah.
"Yura,pandang aku" Pintanya.Aku buat tak endah.Dia berdecit kasar lalu dagu aku ditolak kuat ke atas.
"Cakap,apa yang aku buat sampai kau jadi macam ni?" Pintanya dengan nada lembut.Perlahan-lahan tangannya melepaskan dagu aku.Aku teresak-esak sendiri sambil menatap wajahnya.
"Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau sanggup hancurkan hidup aku? Kau memang suka tengok aku menderita kan!" Ujar aku sambil menangis teresak-esak.
"Maksud kau?" Soal Yoongi.Aku pandang wajahnya dengan tajam.
"Yoongi,kau...Kau rogol aku..Kau rogol aku Yoongi!! Kenapa kau nak nafikan perbuatan kau?!!" Jerit aku.Yoongi tergamam.Perlahan-lahan tangannya melorot jatuh ke bawah.Serta merta tangan aku dilepaskan.
"Aku..aku..ro.. rogol kau?"
××××
Jungkook dan Hoseok duduk di cafe.Mereka sedang berbual kosong sementara menunggu waktu rehat tamat. Sebenarnya tadi mereka bertiga tapi sekarang berdua.Jimin,tiba-tiba dia dapat call dari klien.Urgent katanya.Terus dia pergi meninggalkan mereka berdua di situ.
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...