🥀Bab Tujuh Belas•°
Hoseok berhenti melangkah,dia kembali mengundur ke belakang apabila ternampak bayangan Jungkook di bilik pejabat.Tadi dia cari Jungkook tapi Jungkook tak ada.Ada sesuatu yang perlu dia bincang dengan Jungkook.
"Nak cakap ke tak..nak cakap ke tak?" Monolog Hoseok sendiri di sebalik pintu bilik pejabat Jungkook.Serba salah dia rasa hendak menyampaikan perkhabaran berita tentang masalah yang dihadapi oleh syarikat itu.
"Kalau tak cakap nanti dia marah..Kalau cakap pula nanti diorang tak jadi honeymoon.Haih serba salah aku nak cakap.Kesian pula dekat diorang.Baru je nak happy pergi honeymoon tiba-tiba pula masalah ni timbul.Kalau aku yang selesaikan masalah ni mesti tak menang tangan.Jimin pula asyik menghilang.Jungkook je yang boleh selamatkan syarikat ni" Hoseok mengeluh berat.Pening kepala dia hendak memikirkan masalah ini.
"Takpelah,nanti la aku bincang dengan dia" Akhirnya Hoseok mengambil kata putus.Dia mula berpusing ke belakang.Namun baru sahaja kakinya hendak melangkah pergi tiba-tiba Jungkook memanggilnya.Terus termati pergerakan Hoseok hendak melangkah.Dia nampak ke Hoseok berdiri dekat pintu tadi?
Hoseok masuk ke dalam lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Jungkook.Dia sandarkan tubuhnya pada kerusi sambil merenung kuku sendiri.Sedang berfikir sama ada dia perlu memberitahu hal itu atau pun tidak.
"Seok" panggil Jungkook.Pelik dia tengok Hoseok bila senyap begitu.Selalunya masuk je bilik ni mesti mulut tu banyak bunyi.Hari ni senyap pula.
"Hmm" gumam Hoseok.Dia angkat kepala memandang Jungkook.Riak wajahnya kosong tanpa perasaan.
"Kau okey?" Soal Jungkook,prihatin.
"Aku okey..cuma" Hoseok berhenti.Jungkook menunggu sambungan ayat itu.
"Cuma apa?" Soal Jungkook.Hoseok tersenyum kelat.Dia dah ambil keputusan untuk memberitahu hal itu juga.Kalau tidak diberitahu pasti prestasi syarikat ini akan merosot.
"Cuma syarikat ni yang tak okey" kata Hoseok.Jungkook mengerutkan dahi.Dia membetulkan kedudukan.Kerusi ditarik rapat ke meja.tangan disilangkan atas meja lalu pandangan matanya diberi fokus kepada Hoseok.
"Kenapa dengan syarikat ni? Ada masalah?" Soal Jungkook,risau.Hoseok serba salah nak cerita tapi dia terpaksa juga cerita.Ini masa depan syarikat ini.Pasal berbulan madu tu boleh pergi selepas masalah ini selesai.
"Pengarah Jang Tae,dia ambil keputusan nak undurkan diri daripada bekerjasama dengan company kita.Dia siap ugut lagi nak cemarkan imej syarikat ni" Adu Hoseok.Terus terjatuh rahang Jungkook.Terkejut punya pasal.
"Hah?! Macam mana boleh jadi?" Soal Jungkook,tegas.
"Aku tak tahu macam mana boleh jadi.Aku dengar dia bergaduh dengan staf dekat sini.So,dia tak puas hati sebab tu dia tarik diri sampaikan nak ugut macam tu.Kau pun tahu kan risiko dia apa kalau kita tak bekerjasama dengan dia.Jang Tae tu orang berpengaruh,macam-macam dia boleh buat.Tak kiralah kau anak jutawan sekali pun.Kalau kita bawa kes ni dekat mahkamah pun mesti kau tak boleh menang" Ujar Hoseok.Jungkook mengeluh lalu tubuhnya disandarkan pada kerusi sambil tangan memicit pelipis.Serabut.
"So kita nak buat apa?" Soal Hoseok.
"Takpe,yang tu biar aku yang handle.Tahulah aku nak pujuk dia macam mana.Ni Jimin mana? Daripada pagi lagi aku tak nampak.Dia tak masuk kerja ke?" Soal Jungkook.Hoseok angkat bahu.Dia pun tak nampak Jimin.Entah kemana lelaki itu pergi,sibuk betul.
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...