°•fOrGiVe Me•° |67🥀

10 3 0
                                    

🥀Bab Enam Puluh Tujuh•°

Aku melangkah masuk ke dalam bakeri sambil tersenyum kecil apabila melihat bayangan Daelia yang sedang sibuk menguruskan kaunter.Aku datang menghampiri Daelia dengan gaya kaki berjengket-jengket.Perlahan-lahan aku dekati sehingga aku betul-betul berdiri di belakangnya.Bibirku sudah tersenyum lebar,tidak sabar ingin melihat reaksi Daelia.Aku naikkan tangan ke arah bahu Daelia lalu aku menepuk bahunya dengan kuat sambil menjerit mengejutkan dia.

"Bahhh!!!"

"Arghhh!!" Menyeringai jeritan Daelia sehingga bergema satu bakeri ini.Terus kain pengelap meja yang dipegangnya tercampak ke lantai.Aku ketawa terbahak-bahak sambil menekan perut.

"Yura!!!" Mendatar suaranya memarahi aku sambil tangan mengusap dada.Berkerut-kerut dahinya ketika itu.Bengang dengan aku agaknya😂.

"Hahahaha..sorry sorry" ucapku sambil ketawa.Daelia berdecit kecil.

"Ish kau ni.Janganlah terkejutkan aku macam tu.Nasib baik pelanggan tak ada,kalau tak.Malu aku" Bebel Daelia sambil membongkok mengambil kain pengelap meja itu.Aku masih lagi ketawa.Terbayang-bayang reaksi Daelia tadi di depan mata.Lawak!! Hahaha!

"Okay okay..Aku janji tak buat lagi.Sorry" ucapku berkali-kali sambil memeluk tubuh Daelia dengan erat.Nak minta maaf kononnya tapi dalam hati sedang merancang mahu mengenakan Daelia lagi.He he he.

"Janji" kata Daelia seraya melepaskan pelukan.Aku anggukan kepala.

"Ya,janji" kataku sambil menaikkan telapak tangan sebagai tanda berjanji.Daelia mencebik bibir.Tangannya disilangkan pada dada sambil menatap aku dengan pandangan tidak puas hati.

"Aku punya marah belum habis lagi tapi kau tambahkan pula kemarahan aku.Semakin bertambah geram aku dengan kau.Kecik besar,kecik besar aje aku tengok kau ni.Haih sabar jelah" Bebel Daelia.Aku jatuhkan tangan ke bawah sambil mengerutkan dahi.

"Aku tambahkan kemarahan kau? Memang sebelum ni kau marahkan aku ke? Tapi sebab apa?" Soal aku sambil mengusap dagu.Gaya seperti sedang berfikir.Daelia mendengus geram.

"Kau ni memang nak kena kan.Kau tahu,dari tadi lagi aku tunggu kau datang kerja.Nak tahu sebab apa?,sebab aku nak bantai kau cukup-cukup.Tapi boleh pulak kau terkejutkan aku.Makin bertambahlah geram aku" ujar Daelia.Amboi serius bebenor sampai nak bantai orang.Marah betul dia dekat aku.Seram pulak tengok wajah Daelia yang masam mencuka begitu.

Aku sekadar tersengih menampakkan barisan gigi putihku.Sebenarnya aku dah ingat kenapa dia marah sangat dekat aku sampai nak bantai aku ni.Mesti sebab semalam kan.Eleh nak marah orang konon padahal suka aku buat macam tu.Disebabkan aku lah dia dengan Hoseok secara rasminya telah bergelar kekasih😙👏.

"Apa sengih-sengih.Nak kena tumbuk?" Soal Daelia sambil menghalakan penumbuk ke arah aku.Pantas aku gelengkan kepala.

"Berani kau tinggalkan aku dengan Hoseok semalam kan.Kau sebenarnya sengaja buat macam tu kan.Kau memang sengaja nak kenakan aku kan.Kau tahu,hampir nak pengsan aku semalam" Bebel Daelia sambil bercekak pinggang.Gayanya sudah seperti seorang ibu sedang memarahi anaknya.Dia ibu dan aku pula anak.Aduh memang teruk aku kena bebel dengan dia.

"Daelia,aku minta maaf.Aku mengaku,aku memang sengaja buat macam tu.Aku sengaja tinggalkan kau berdua dengan Hoseok supaya korang berdua dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi.Tapi tak sangka pula abang aku berani luahkan perasaan semalam.Dan yang paling aku tak sangka,secara rasminya korang berdua sudah sah bergelar kekasih.Cepatnya,tak sangka pula akan jadi macam ni.Apa-apa pun tahniah.Selamat datang ke keluarga kami" ucapku sambil tersenyum lalu mendepakan tangan.Wajah Daelia yang tadi masam mencuka mula tersenyum malu-malu.Lantas tubuhku dipeluknya erat.

"Kau sepatutnya berterima kasih dekat aku bukannya marahkan aku" kataku sambil ketawa kecil.Aku tahu,tadi dia marah bukannya serius sangat.Cuma main-main sahaja.

"Yelah,terima kasih bakal adik iparku.Aku pun tak sangka dia luahkan perasaan dekat aku semalam.Aku sangkakan bertepuk sebelah tangan tapi rupanya dia pun cintakan aku,Yura!!" ucap Daelia dengan nada penuh gembira.Aku juga turut menumpang gembira buatnya.Aku faham bagaimana perasaan bila cinta dibalas.Seolah-olah dunia ini milik kita seorang sahaja.

Aku lepaskan pelukan.Wajah gembira Daelia itu aku tatap sambil tersenyum girang.Dia nampak gembira sangat-sangat sehinggakan air mata bergenang pada tubir matanya.Air mata kegembiraan.

"Aku nak kau tahu yang aku sangat-sangat merestui hubungan korang berdua.Aku gembira dan aku bersyukur kerana abang aku dapat seorang perempuan yang baik seperti kau.Kawan baik aku sendiri.Aku yakin kau dapat bahagiakan dia.Cuma kau seorang kebahagiaan dia.Jadi,aku nak kau bahagiakan abang aku.Jaga dia dan cintai dia sepenuh hati.Aku nak dia bahagia seperti mana dia telah cuba bahagiakan aku.Boleh kan Daelia?" Soal aku.Pantas Daelia mengangguk.

"Ya,aku janji.Terima kasih Yura" ucap Daelia lalu sekali lagi dia memeluk aku.Kali ini lebih erat lagi.Aku tersenyum di dalam pelukan itu.

Aku buat semua ni sebab aku nak tengok abang aku gembira.Aku nak dia bahagia mulai hari ini.Aku tak nak dia sedih lagi kerana aku.Cukuplah selama ini dia berkorban buat kebahagiaan aku.Aku pun nak tengok dia tersenyum dan gembira.Oleh itu,aku yakin seseorang yang boleh buatkan abang aku gembira adalah Daelia.Hanya Daelia sahaja yang mampu membahagiakan abang aku.Sebab aku tahu,selama ini dia memang mencintai Daelia.Sejak kali pertama kami berkenalan dengan Daelia lagi dia sudah jatuh cinta pada Daelia.

Oppa... berbahagialah dengan pilihan hati oppa.Cukuplah oppa susahkan diri dan berkorban masa untuk Yura.Yura boleh hadapi sendiri.Oppa jangan risau.Tiba masanya untuk oppa fikirkan masa depan oppa pula.Yura pun nak tengok oppa gembira.Arraseo?!😊

××××

"Yura"

Aku yang sedang sibuk meletakkan kek coklat ke dalam peti terus berhenti.Aku tolehkan kepala ke arah punca suara itu.Kelihatan seorang perempuan berambut pendek paras bahu sedang berdiri di belakang aku,Clara namanya.Dia juga pekerja disini.

"Ouh Clara,ada apa?" Soal aku.Clara menapak mendekati aku lalu menghulurkan sebuah buku nota kecil dan sebatang pen.Aku yang memandang dua benda itu terus berkerut dahi.

"Kenapa bagi saya?" Soal aku,hairan.

"Ada lelaki tu,dia nak awak yang ambilkan order dia.Saya dah cakap dekat dia yang awak sibuk tapi dia berkeras nak awak juga.So,pergilah.Penat saya nak layan karenah dia.Padahal sebelum ni okay sahaja.Mungkin dia sukakan awak kot sebab tu mengada nak awak yang ambilkan order dia" ujar Clara.Hampir nak terkeluar dua biji mataku mendengar usikan Clara itu.Haih,lelaki mana pulak ni yang tiba-tiba nak aku yang ambilkan order dia.Memgada betul!.

"Dia suruh saya ambilkan order dia tak bermakna dia sukakan saya,okay?" Tegasku dengan nada sedikit keras.Clara tersengih.

"Saya saje nak mengusik awak.Nah ambil ni pergi dekat meja nombor 18" Aku mengeluh seketika sebelum mencapai huluran itu.

"Pergi tau jangan tak pergi"

"Ya" jawapku dengan nada yang malas.Clara mula membuka langkah.Sempat bibirnya tersenyum nakal sebelum pergi meninggalkan aku.Hish Clara ni memang nak kena.Sama sahaja dengan Si Daelia tu,suka nak mengusik aku.

"Aduh..kerja banyak ni.Pelanggan tu pula mengada-ngada.Padahal ramai lagi pekerja lain yang boleh ambilkan order dia.Tu Clara nak ambilkan order,tak nak.Nak aku pulak yang ambilkan"

Mulutku tidak berhenti membebel sementara kaki pula bergerak laju mencari nombor meja itu.Sekejap aku toleh ke kiri,sekejap aku toleh ke kanan.Sehinggalah nombor 18 itu muncul di ruang mataku.Pantas aku mendekati meja yang bernombor 18 itu.Namun,langkah kakiku yang tadinya laju tiba-tiba bertukar perlahan.Wajah lelaki yang duduk di meja 18 itu aku pandang terkejut.Patutlah nak suruh aku yang ambilkan order,rupanya lelaki tu.

°•Bersambung🥀•°
______________________________

Our FaithWhere stories live. Discover now