°•fOrGiVe Me•° |62🥀

12 3 0
                                    

🥀Bab Enam Puluh Dua•°

"Yura..tolong lah keluar.Yura,saya nak jumpa dengan awak.Saya nak minta maaf atas semua kesilapan saya.Saya tak percayakan awak dan saya tuduh awak yang bukan-bukan.Saya menyesal sangat-sangat.Tolong maafkan saya.Yura..bukalah pintu ni sayang.Saya sedar kesilapan saya dan saya mahu betulkan semuanya.Yura.."

Teriak Jungkook sambil mengetuk bertalu-talu pintu rumah Hoseok.Namun sehingga sekarang tiada langsung jawapan mahupun suara yang keluar dari dalam rumah itu.Senyap sahaja.Hampir sejam juga Jungkook berteriak dan menangis di depan pintu rumah itu sehinggakan orang yang berada disekeliling memandang serong sambil berbisik-bisik.

"Sayang..bukalah pintu ni.saya nak jumpa awak.Saya...." Jungkook berhenti seketika.

"Saya rindukan awak sangat-sangat.Jujur saya cakap,sepanjang saya cuba untuk bencikan awak.Tiada sikit pun perasan cinta atau rindu yang hilang dari hati saya.Malah semakin kuat perasan itu mekar di dalam hati ini.Yura tolong maafkan saya.Saya tahu kesalahan saya terlalu besar dan mungkin tidak dapat dimaafkan melalui kata.Mungkin juga saya tidak layak dimaafkan setelah apa yang saya lakukan pada awak.Tapi saya berharap sangat-sangat yang awak boleh maafkan saya.Saya dah tahu perkara sebenar,Yura.Memang betul kata awak,Jimin yang jahat.Maafkan saya sayang"

Sambung Jungkook sambil menangis teresak-esak.Puas dia mengetuk dan bercakap di depan pintu itu tapi tiada langsung tanda-tanda pintu itu mahu dibuka.Perlahan-lahan tangannya berhenti mengetuk.Dia melekapkan dahinya pada permukaan pintu.Air matanya semakin deras dan mencurah-curah mengalir membasahi seluruh wajahnya.Terhincut-hincut tubuhnya ketika itu.Merah dan berair hidungnya kerana terlalu kuat menangis.

"Yura.." tidak berhenti nama Yura meniti keluar dari bibirnya.Berkali-kali dia menyebut sambil menangis.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal satu suara.Jungkook terkejut.Dia berhenti menangis.Perlahan-lahan kepalanya menoleh ke arah pemilik suara itu.

Min Yoongi..Kini berdiri tidak jauh darinya.Tajam dua biji mata itu menikam wajah Jungkook.Dia berjalan mendekati Jungkook sambil menayangkan riak wajah yang dingin dan agak garang.Berani betul lelaki itu munculkan diri disini setelah apa yang dia lakukan terhadap Yura.Tak malu betul!

"Yoongi..Yoongi ..tolong aku Yoongi.Aku nak jumpa dengan Yura" desak Jungkook sambil cuba meraih pergelangan tangan Yoongi.Namun cepat-cepat Yoongi menepis tangan Jungkook.

"Kau dah lupa ke yang kau sendiri halau dia pergi?.Kenapa kau tiba-tiba nak cari dia pula?.Setelah apa yang kau lakukan terhadap dia,kau rasa..Aku akan benarkan kau berjumpa dengan dia? Tak.Aku takkan sesekali benarkan" tegas Yoongi.Dia langsung tidak memandang wajah Jungkook ketika menuturkan ayat itu.

"Aku dah tahu perkara sebenar.Aku nak minta maaf dekat dia.Aku menyesal.Aku nak dia kembali kepada aku semula.Aku nak tembus segala kesalahan dan kesilapan aku.Aku masih cintakan dia,Yoongi" rintih Jungkook.Terus ketawa Yoongi terhambur keluar.

"Apa kau cakap? Cinta? Kalau kau cintakan dia,kau takkan buat dia macam tu lah!!.Eh kau ingat senang-senang macam tu aje ke dia akan maafkan kau?!.Kau sedar tak yang kau dah hancurkan hati dia.Kau dah buat kehidupan dia sengsara.kau pukul dia,kau hina dia.Kau tak percayakan kata dia.Dan sekarang kau nak dia maafkan kau,terima kau semula?.Kau rasa kau layak ke dapat permohonan maaf tu? Aku rasa tak" marah Yoongi dengan nada suara yang keras dan kuat.kali ini dia memandang wajah Jungkook.Tetapi dengan pandangan yang cukup tajam dan garang.

"Aku sedar.Aku memang patut dipersalahkan.Aku kejam dan jahat.Aku langsung tak beri peluang untuk dia jelaskan semuanya.Malah aku marahkan dia.Aku pukul,aku dera dia.Dan yang paling aku tak boleh terima,aku bela perogol isteri aku sendiri.Aku sedar kesalahan aku.Aku memang bodoh.Bodoh kerana mempercayai orang lain berbanding daripada isteri aku sendiri"

Our FaithWhere stories live. Discover now