🥀Empat Puluh Sembilan•°
Hoseok berdecit kasar saat panggilan tidak berjaya disambungkan.Dia menarik telefon dari telinganya.Skrin telefon ditatap dan nombor milik Jungkook didail sekali lagi.Sama,Jungkook tak jawap panggilan dia.Sudah beribu kali dia cuba menelefon Jungkook namun langsung tiada jawapan.
"Mana kau ni?.Dah tiga hari kau tak masuk.Meeting pun tak datang.Tahulah kau tu CEO syarikat ni" bebel Hoseok.Dia mencuba dail sekali lagi.
"Nombor yang ada dail tidak da.."
Hoseok mendengus geram.Telefon ditarik kasar dari telinga lalu disimpan dalam poket.Dia mula melangkah keluar dari bilik pejabatnya.Sempat dia menarik kot bajunya dari sofa sebelum keluar dari bilik itu.
Jikalau Jungkook tidak mahu menjawab panggilannya terpaksalah dia mencari Jungkook di rumah.Pasti lelaki itu ada di sana.Entahlah,tiba-tiba pula si Jungkook tu menghilangkan diri.Pelik.Puas Hoseok berfikir apa yang dah terjadi pada Jungkook.Tanya dekat Jimin,Jimin pun tak tahu.
Hoseok melangkah keluar dari bangunan syarikat itu.Kereta yang diparking tidak jauh dari situ segera didekati.Namun baru sahaja dia hendak membukakan pintu kereta tiba-tiba datang seseorang memanggil namanya.
"Jung Hoseok"
Dengan pantas Hoseok berpaling.Wajah gerangan yang memanggil namanya dipandang terkejut.Matanya terbuka luas.Mata dan bibirnya bergetar menahan api kemarahan yang mula meledak.
Sudah bertahun-tahun lelaki itu menghilangkan diri,kini tiba-tiba sahaja dia munculkan diri.Berani sungguh!
"Min Yoongi"
××××
Aku berjalan ke hulu ke hilir di dalam rumah ini.Sekejap ke ruang tamu,sekejap ke dapur lepastu naik atas lepastu turun balik.Haih,bosannya.Semua tempat aku dah kemas.Aku tak tahu nak buat apa lagi dalam penthouse ni sorang-sorang.Yoongi pula daripada pagi tadi sampai sekarang tak balik-balik.Entah dia pergi ke mana.Katanya nak jumpa orang.
Aku labuhkan punggung di sofa,di ruang tamu.Majalah yang terletak kemas dan tersusun rapi di atas meja coffee itu aku capai lalu aku belek perlahan-lahan.Aku cuba buat-buat sibukkan diri supaya tak teringatkan Jungkook.Tapi tak menjadi,aku tetap teringatkan dia.Bayangan dia selalu muncul di kotak fikiran aku tak kira waktu.
Setiap detik
Setiap saat
Setiap minit
Setiap hari
Aku selalu teringat dekat dia.Aku cuba nak lupakan dia tapi tak boleh.Makin aku cuba makin aku ingat dekat dia.Jujur aku cakap,untuk lupakan orang yang aku terlalu sayang sangat sukar sekali.Sehinggakan hati aku rasa sakit setiap kali aku cuba nak lupakan dia.
Wajah dia..
Senyuman dia..
Gerak geri dia..
Gelak ketawa dia..
Semua itu asyik bermain di fikiran aku.Aku tak tahu macam mana lagi mahu melupakan dia.Susah..susah sangat-sangat.Aku tak mampu.
Tok! Tok! Tok!
Bunyi ketukan pintu menyedarkan aku daripada lamunan.Aku toleh ke pintu sambil tangan bergerak meletak buku majalah di atas meja.Air mata yang menitis aku kesat dengan telapak tangan sebelum melangkah ke arah pintu rumah.
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...