🥀Bab Empat Belas•°
Hari ni aku akan berjumpa dengan Yoongi. Aku masih di rumah, sedang menunggu Yaera. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 4:45 p.m. Lagi 15 minit sebelum jarum jam menginjak ke pukul 5. Namun, sehingga sekarang kelibat Yaera masih belum kelihatan lagi.
Aku berjalan ulang alik dari sofa ke tingkap. Tangan disilangkan pada dada sambil mengeluh banyak. Dada aku tidak berhenti berdebar-debar. Tangan aku sejuk dan menggigil. Entahlah aku rasa gementar sangat hendak bertemu dengan lelaki itu.
Ting!
Aku kembali ke sofa lalu melabuhkan punggung di situ. Handbang aku capai lalu telefon bimbit aku keluarkan. Satu mesej dari Yaera aku buka dan baca.
Yura..sorry aku tak boleh teman kau. Ada hal sikit. Kau pergi sorang je takpe kan?
Aku lepaskan keluhan lalu membalas mesejnya.
It's okey..aku boleh pergi sorang.
Dia balas balik.
Sorry sangat-sangat. Kalau jantan tu ada buat apa-apa dekat kau, call aku cepat-cepat tau. Tahu la apa yang aku nak buat.
Yelah..
Telefon aku simpan balik dalam handbag sambil mengeluh lagi. Yaera tak boleh temankan aku. So, maknanya aku jumpa berdua jelah dengan Yoongi? Lagilah aku rasa gemuruh.
Aku bangkit dari sofa lalu berjalan ke arah pintu. Namun sebaik sahaja aku membuka pintu terus aku menjerit kuat. Terkejut.
Jung Hoseok. A.k.a abang paling annoying dekat dunia ni tiba-tiba tercegat depan pintu. Nak tercabut sampai anak tekak aku menjerit. Ingat ke siapalah tadi.
"Oppa!!" Teriak aku sambil tangan menampar lengannya dengan kuat.
"Yah! Sakitlah" rintih Hoseok. Aku mencebik sambil menjeling tajam.
"Yang Oppa berdiri tiba-tiba depan pintu ni buat apa? Tak reti nak ketuk?" Soal aku marah.
"Oppa memang nak ketuk tapi tak sempat. Yura dah buka pintu dulu. Nasib je Oppa tak ketuk muka Yura tadi" Eleh alasan! Yelah tu. Dia ni bukannya boleh percaya sangat. Kuat menipu ni.
"Emm yelah.. So, apa tujuan Oppa datang sini?" Soal aku sambil memeluk tubuh. Dia tersengih-sengih. Tanpa dipelawa dia masuk ke dalam lalu duduk di ruang tamu. Tanpa minta izin dengan tuan rumah ni. Amboi eloknya perangai.
"Fuhh besar giler rumah ni. Untung Yura dapat kahwin dengan suami yang kaya raya macam Jungkook tu. Tak adelah Oppa risaukan Yura lagi. Tak sia-siakan Oppa kenalkan korang berdua. Akhirnya kahwin juga" ujar Hoseok. Dia duduk di sofa sambil mata meliar di segenap penjuru rumah agam ni. Aku gulingkan mata ke atas.
"Oppa..Yura kenal dengan Jungkook sebab Yura terlanggar dia tau bukannya Oppa yang kenalkan kitorang dulu. Oppa kenalkan kitorang berdua pun selepas dua minggu Yura kenal dia. Oppa tak ingat?" Kata aku. Hoseok tersengih.
Ya, aku kenal dengan Jungkook pun sebab aku terlanggar dia. Tak sengaja okey. Aku ulang balik, tak sengaja! Jodoh kami memang kuat, tak sangka abang aku berkawan rapat dengan Jeon Jungkook. Sejak dari situ kami mula berkenalan. Semakin hari semakin rapat. Siapa sangka, akhirnya aku berkahwin juga dengan dia. Lelaki yang aku terjatuh cinta masa pertemuan pertama kami. Saat aku terlanggar dia di taman dan di situ lah aku dah mula jatuh cinta pada dia. Kata orang, cinta pandang pertama.
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...