°•fOrGiVe Me•° |100🥀

11 3 0
                                    

🥀Bab Seratus•°

Hari yang ditunggu-tunggu dan dihitung-hitung akhirnya tiba juga.Hari ini aku bakal berkahwin dengan Kim Taehyung.Jejaka kacak dan jutawan yang menjadi rebutan ramai perempuan.Walaupun begitu aku langsung tak rasa beruntung dapat memiliki Taehyung.Aku rasa perkahwinan ini adalah satu kesilapan besar yang pernah aku lakukan.

Aku tak mahu Kim Taehyung

Aku cuma mahukan Jeon Jungkook seorang sahaja.

Disebabkan kedegilan aku sendiri,aku merana.Keputusan yang aku buat untuk berkahwin dengan Taehyung telah memakan diri sendiri.Kalaulah aku tahu aku akan rasa terseksa macam ni,aku takkan teruskan perkahwinan ini.Tapi aku degil.Nak sangat jaga hati orang sehinggakan sanggup membiarkan diri sendiri menderita.Hah tanggung lah akibatnya.Pandai cari pasal pandai-pandailah tanggung kan.

Aku duduk termenung di hadapan cermin meja solek yang terletak dalam bilik hotel ini sambil sebelah tangan menongkat kepala.Fikiran aku asyik teringatkan Jungkook.Semakin aku ingat dekat dia semakin kuat aku rasa tak nak kahwin.Aku rasa menyesal sangat-sangat sebab teruskan perkahwinan ini.Demi mahu menjaga hati Taehyung,aku korbankan kebahagiaan sendiri.Aku ni terlalu baik ke?

"Yura,cubalah senyum sikit.Kau tak rasa gembira ke nak kahwin? tak faham betul aku dengan kau ni.Orang lain kalau nak kahwin muka bukan main lagi berseri-seri,bibir pula tak berhenti tersenyum.Tapi kau.. termenung,senyum pun tak nak,muka pula nampak sedih macam tak rela aje nak kahwin.Kau ni kenapa? ada masalah ke?" tegur Daelia yang sedang sibuk memasukkan barang make-up ke dalam beg.Dia baru sahaja selesai solekan aku.

Aku membuang pandangan ke dalam cermin,melihat bayangan Daelia yang berada di katil itu.Soalan dari Daelia itu aku biarkan sahaja berlalu seperti guguran daun yang ditiup angin.Malas nak jawab.

"Haih orang tanya diam pula.Dah pergi tukar baju cepat takkan kau nak pakai jubah mandi naik atas altar pula kan" arah Daelia bersama dengan sindiran.Namun aku buat tak endah sahaja.Aku masih diam merenung di meja solek itu.Bermain dengan emosi sendiri.

Lama aku diam tiba-tiba satu titisan air menitis jatuh dari tubir mata.Semakin lama semakin lebat sehinggakan tubuhku terhincut-hincut kuat.Aku dah tak kisah kalau tangisanku akan merosakkan solekan di wajah.Aku rasa nak menangis sangat-sangat.Nak luahkan segala rasa yang terbuku di hati.Jujur,aku terseksa sangat-sangat.Aku mahukan Jungkook sekarang juga.Jebal..

Daelia yang perasan aku menangis mula berasa risau,cepat-cepat dia berlari mendapatkan aku.

"Yura kau kenapa ni? kau nangis ke?" Soal Daelia dengan nada risaunya.Bahuku disentuh olehnya.

Aku tolehkan kepala ke tepi.Melihat sahaja wajah Daelia terus air mata aku bercucuran mengalir tanpa henti.Sehinggakan tangisanku berbunyi nada esakan.

"Daelia.." pinggang Daelia aku rangkul lalu aku peluk dengan erat sambil menangis sekuat hati.Aku tak tahu nak mengadu dekat siapa lagi.Jujur,aku tak boleh tahan lagi.

"Hey,kenapa ni.Cuba cakap dekat aku.Kenapa kau tiba-tiba menangis ni?" Soal Daelia lagi.Aku dongakkan kepala ke atas.Wajah risau Daelia aku pandang sayu.

"Daelia,aku tak boleh tipu diri aku lagi.Jujur aku tak boleh nak teruskan semua ini.Daelia tolong aku" rintihku dalam tangisan membuatkan lapisan yang berlipat mula timbul pada dahi Daelia.

"Kau cakap apa ni?" Soal Daelia tidak faham.

"Daelia,aku tak nak kahwin dengan Taehyung" Daelia terkejut.Berubah terus riak wajahnya.

"Yura,kenapa ni? bukan kau ke yang minta perkahwinan ini dipercepatkan? Kenapa tiba-tiba tak nak kahwin pula ni" soal Daelia dengan nada risau.Semakin berkerut wajahnya memandang aku yang menangis tanpa henti.

Our FaithWhere stories live. Discover now