°•Our Faith•° |36🥀

10 3 0
                                    

🥀Bab Tiga Puluh Enam•°

Jungkook melangkah masuk ke dalam ruangan bilik pejabatnya dengan langkah yang lemah.Dia berjalan mendekati meja dengan riak wajah yang kosong tanpa perasaan.Kerusi beroda empat yang berada di meja itu di tariknya lalu dia melabuhkan punggung di situ.Duduk sahaja dia,terus satu keluhan berat dilepaskan.Dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi sambil mata menatap syiling atas.Lama.Serta merta sahaja fikirannya melayang jauh.

Jungkook termenung.Matanya terbayang keadaan Yura di rumah.Bagaimanakah keadaan Yura sekarang?.Adakah dia baik-baik sahaja atau sedang menahan sakit?.Dia rasa bersalah kerana telah memperlakukan Yura begitu.Memang dia marah dan dia masih belum dapat menerima kenyataan.Tapi bila melihat Yura dalam kesakitan begitu hatinya bagaikan dicarik-carik sembilu.

Jungkook tak peduli?.Tak..itu salah.Dia sebenarnya masih pedulikan Yura.Perasaan cinta masih kekal utuh di dalam hatinya.Dia masih sayangkan Yura tetapi disebabkan egonya yang membuatkan dia menyembunyikan rasa peduli itu jauh-jauh dari hati.

"Kalau kau tak buat aku macam ni,aku takkan layan kau macam tuu"

Tuk Tuk Tuk!

Lamunan Jungkook segera terhenti apabila terdengar pintu bilik pejabatnya diketuk seseorang.Lantas dia membetulkan kedudukan sambil berdehem kecil.Laptop dicapai lalu dibuka.

"Masuk" Laung Jungkook.Seketika kemudian bilik pejabatnya kedengaran di buka.Dia mengangkat kepala memandang ke arah gerangan itu.

Jung Hoseok.

"Lama kau tak masuk pejabat..Kau pergi mana?" Soal Hoseok sebaik sahaja kakinya menapak masuk ke dalam ruangan bilik itu.

Jungkook diam.Matanya fokus memandang pada skrin laptop.Jari jemarinya pula lincah menekan keyboard laptop itu tanpa henti.Dia diam bukan kerana tidak dengar apa yang ditanya Hoseok cuma dia sedang berfikir jawapan apa yang perlu diberi kepada Hoseok.

"Kook?" Panggil Hoseok,hairan bila pertanyaannya tidak dijawap Jungkook.Jungkook segera angkat kepala memandang wajah Hoseok.

"Aku..aku ada masalah..Sebab tu lama tak masuk pejabat" balas Jungkook bersama senyuman nipis di bibir.Hoseok mengerutkan dahi.

"Masalah? Masalah apa?" Soal Hoseok.

"Emmm..Yura..Dia demam.Aku ambil cuti pun sebab nak jaga dia" Bohong Jungkook.Hanya itu yang terlintas di fikirannya.Hoseok terperanjat.

"Hah demam? Bila? Dia okay tak sekarang? Kenapa kau tak cakap dekat aku" soal Hoseok panjang lebar.Jungkook tersengih sambil menggaru belakang kepala yang tidak berasa gatal.

"Ouh aku lupa..sorry"

"Emm takpe lah..Aku minta izin keluar kejap.Nk pergi tengok Yura" pinta Hoseok.Jungkook sekadar mengangguk.Sebaik sahaja Hoseok melangkah keluar dari bilik pejabatnya terus dia sandarkan tubuh pada kerusi sambil melepaskan keluhan lega.

"Sampai bila aku nak sembunyikan perkara ni dari Hoseok?.Kesian Hoseok pula kalau aku bagitahu perangai sebenar adik dia macam mana.Tapi kalau aku cakap pun tak ada gunanya juga.Mesti Hoseok takkan percaya.Aku rasa baik aku diam dulu"

××××

"A..a..ahcumm!!..aa..a..ahcumm!!" Entah kali ke berapa.Hampir putus nafas aku dibuatnya kerana bersin yang tidak berhenti.Hidung asyik berasa gatal.Berkali-kali aku gosok sehingga merah.Meleleh air hingus keluar dari rongga hidung.Habis dua kotak tisu aku guna hanya dengan mengelap hingus sahaja.Bersepah-sepah ruang tamu dengan gumpalan tisu yang dicampak aku.

Entahlah aku rasa teruk sangat.Rasa macam nak demam.Kepala pula rasa pening dan berdenyut-denyut.Seluruh tubuh aku rasa sakit.Aku sentuh kulit sendiri pun dah rasa pedih.Ni mesti sebab kena simbah air sejuk pagi tadi.

Our FaithWhere stories live. Discover now