🥀Bab Dua Puluh Enam•°
Yoongi berhenti melangkah.Wajahnya yang tadi ceria mula bertukar suram.Beg kertas yang dibawa bersama dipegang dengan erat dan kemas.Hatinya mula membara tatkala terlihat Yura sedang bergurau senda di ruang tamu bersama suaminya.
Niat Yoongi yang pada awal hendak berjumpa dan memberi hadiah kepada Yura terus terbatal.Tidak jadi dia hendak melangkah masuk ke kediaman rumah agam ini apabila melihat kemesraan mereka.Sakitnya hati dia.Pedih dia rasakan bila terpaksa melihat wanita yang dicintai bermesra dengan lelaki lain.
"Shitt.." Carut Yoongi.Semakin kuat dia menggenggam beg kertas itu.Hampir-hampir sahaja beg kertas itu terkoyak digenggamnya.
"Memang buat masa sekarang kau bahagia,Yura.Tapi sayang... kebahagiaan kau tidak akan kekal lama.Aku akan pastikan kau jatuh ke dalam genggaman aku secepat yang mungkin.Sebab kau hanya milik aku,Yura.Milik aku.Kau hanya layak bersama dengan aku bukannya dengan lelaki tak guna tu"
Yoongi tersenyum sinis.Yura yang sedang bergelak ketawa bersama Jungkook dipandang geram.
"Aku akan bagi peluang untuk kau luangkan masa dengan lelaki tu.Tapi tak lama.Sekejap lagi hubungan kau dengan lelaki tu akan musnah.Aku jamin.Aku yakin dia akan ceraikan kau sebaik sahaja dia dapat tahu anak yang kau kandung sekarang ni adalah anak aku"
Yoongi ketawa jahat.Beg kertas yang dibawa tadi dicampak ke tepi dengan kasar.Cermin mata hitam dipakai semula.Kemudian dia menapak ke arah keretanya dengan perasaan yang penuh membara.
××××
"Aku rasa kita tak payah bertindak" kata perempuan yang berambut panjang itu.Lelaki yang duduk minum coffee dihadapannya terus angkat kepala.
"Kenapa pula? Aku dah rancang semuanya.Takkan nak biarkan rancangan aku basi macam tu saja?" Kata lelaki itu tidak berpuas hati dengan rancangan perempuan itu.Perempuan itu ketawa sinis.Cawan coffee di atas meja itu dikacau perlahan lalu dihirup sebelum menjawab soalan dari lelaki itu.
"Dah ada orang yang akan jayakan misi kita" lelaki itu mengerutkan dahi.
"Maksud kau?"
"Ada juga orang selain kita sedang rancang nak musnahkan rumah tangga Yura dengan Jungkook.Dia pun cintakan Yura sama macam kau cintakan Yura.why not kita gunakan dia.Biar dia sahaja yang musnahkan rumah tangga diorang.Kita pula cuma perlu tunggu hasilnya.Lepas dah berjaya kau singkirkanlah orang tu.Kerja kita akan jadi mudah.Jungkook dengan Yura pun takkan curigakan kita" kata perempuan itu.Lelaki itu diam.Berfikir sejenak.Tidak lama kemudian satu senyuman penuh makna terukir di bibirnya.
"Aku setuju"
××××
Seharian aku luangkan masa bersama Jungkook.Macam-macam yang kami lakukan bersama sampaikan tak sedar hari sudah pun bertukar malam.Cepatnya masa berlalu.Ketika aku berseorangan terasa waktu bergerak dengan sungguh lambat.Tapi berbeza pula bila bersama dengan Jungkook.Celik pejam celik pejam hari dah malam.Sekejap sahaja aku rasa.Esok dia dah masuk kerja.Sorang-sorang la aku esok.
Aku baru sahaja selesai mandi.Duduk depan cermin sambil keringkan rambut.Jungkook pula ada dekat atas katil.Tengah mesej Jimin katanya,tanya perkembangan syarikat dia.Mandi pun tak lagi tu.
Selesai sahaja mengering dan menyikat rambut aku bangkit dari kerusi.Namun baru sahaja aku hendak melangkah tiba-tiba tubuh aku dipeluk erat dari belakang.Aku melihat dia dari dalam cermin.Dia sedang tersenyum sambil mencium bau rambut aku.
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...