🥀Bab Enam Puluh•°
Tanpa berlengah dan membuang masa,Jungkook terus menuju ke hospital dengan pantas.Risau hatinya ketika itu.Tak berhenti-henti dia memaki hamun dirinya sendiri di dalam hati.Kawan baik sendiri terlibat kemalangan pun tak tahu.Teruk betul.Mungkin sahaja dia terlalu sibuk melayan perasaannya di rumah sehingga tidak sedar yang Jimin terlibat dengan kemalangan.
Jungkook tiba di tingkat kelima.Dia berhenti sejenak untuk menarik nafas.Termengah-mengah dia kerana kepenatan.Lelah kerana terpaksa mendaki anak tangga dari tingkat bawah sehingga ke tingkat kelima.Disebabkan lif yang dia mahu naik tadi rosak terpaksalah dia mengumpul tenaga memanjat semua anak tangga itu.Padahal ada banyak lagi lif yang tidak rosak.Dia sahaja yang malas menunggu.Orang ramai waktu itu.Jadi dia ambil keputusan untuk mendaki tangga sahaja.
Jungkook menyambung semula langkah kakinya.Dia berjalan perlahan sambil mata meliar mencari nombor bilik Jimin pada setiap pintu.Lama dia berjalan,akhirnya nombor yang dicari-cari dijumpai juga.Namun dia tidak terus masuk.Sebaliknya dia berhenti tidak jauh dari bilik itu.Dahinya berkerut seribu pertanyaan.Sesekali itu dia membaca kembali nombor yang tertera di pintu bilik tersebut,216.Sama dengan nombor bilik Jimin.Jadi betul lah ini bilik wad Jimin tapi kenapa ada beberapa orang berkawal di depan pintu bilik itu.Puas Jungkook cuba mencari jawapan tapi tiada satu pun jawapan yang muncul buat pertanyaan yang muncul di benak fikirannya itu.
Tanpa membuang masa lagi Jungkook terus melangkah maju ke arah bilik wad Jimin.Namun pada saat dia cuba membuka pintu itu tiba-tiba sahaja dia dihalang oleh salah seorang yang berkawal di bilik itu.
"Encik ni siapa? Apa hubungan encik dengan pesakit?" Soal lelaki yang memakai cermin mata hitam itu.
"Saya Jeon Jungkook.Kawan kepada Park Jimin.Saya nak melawat dia.Boleh?" Soal Jungkook.Rendah sahaja nada suaranya ketika itu.Matanya bersinar-sinar seakan menaruh harapan agar dia diberi kebenaran untuk masuk.Namun lelaki itu hanya berdiam diri melihat Jungkook.Mungkin dia sedang berfikir.
Lama Jungkook menunggu akhirnya lelaki itu bersuara juga.
"Baiklah,tapi tak boleh lama.10 minit sahaja" Kata lelaki itu.Terus bibir Jungkook membentuk satu senyuman.Sempat dia mengucapkan kata terima kasih sebelum melangkah masuk ke dalam bilik wad itu.
Jungkook mendekati katil dimana tempat Jimin berbaring.Perlahan-lahan dia mengatur langkah sambil menitiskan air mata.Sesak dadanya apabila melihat Jimin dalam keadaan begitu.Keadaan Jimin teruk sekali.Kepalanya berbalut dan kain balutan itu masih lagi basah dengan darah.Wajah dan seluruh anggota tubuhnya tercalar,bengkak dan berdarah.Kesan darah pada luka di segenap tubuhnya juga masih belum kering lagi walaupun dia sudah lama terlantar di hospital.Di lehernya pula dipakaikan dengan pendakap leher.Mungkin sahaja tulang leher Jimin patah akibat kemalangan itu.Itu semua sudah cukup untuk menggambarkan yang Jimin dalam keadaan begitu sengsara sekali.Kesian Jimin.
Jungkook menyentuh kepala Jimin.Bergetar tangannya ketika itu.Tidak sanggup dia melihat Jimin begitu.Seolah-olah dia juga turut rasa kesakitan itu.
"Chim..maafkan aku sebab baru harini aku dapat jenguk kau.Aku tak tahu kau kemalangan" rintih Jungkook sambil mengalirkan air mata.
Sedar tak sedar,10 minit telah pun berlalu.Namun Jungkook masih tidak keluar-keluar lagi membuatkan lelaki tadi terpaksa masuk mencari Jungkook.
"Encik sila keluar sekarang.Masa melawat sudah tamat" arah lelaki itu.Jungkook mengangkat kepala memandang lelaki itu.Mahu tidak mahu,dia terpaksa akur juga.
"Chim,aku balik dulu.Nanti aku datang lagi" kata Jungkook.Kemudian dia keluar dari bilik itu diikuti lelaki tadi di belakangnya.Pintu bilik wad Jimin ditutup.Jungkook melangkah lemah ke arah kerusi lalu dia melabuhkan punggung di situ.Dia meraup wajahnya berkali-kali sambil menangis teresak-esak.
Namun tangisannya tiba-tiba berhenti apabila dia terpandang dua orang lelaki yang berkawal di hadapan bilik Jimin.Dia masih belum menemui jawapan buat soalan itu.Daripada dia tertanya-tanya pada dirinya sendiri,lebih baik dia bertanya terus kepada lelaki itu.Lantas Jungkook berdiri dari duduk lalu menghampiri dua orang lelaki itu.
"Encik berdua ni siapa? Kenapa berdiri di depan bilik kawan saya?" Soal Jungkook,mahukan jawapan buat soalan yang berlegar-legar di mindanya sejak dia tiba tadi.Lelaki itu tidak menunggu lama.Dia terus menjawab soalan Jungkook.
"Kami berdua anggota polis yang telah ditugaskan untuk menjaga pesakit.Kami akan berada disini sehinggalah pesakit sedar dari koma" jawap salah seorang dari mereka.Jungkook terkejut.Polis?
"Polis? Kenapa pula encik berdua ditugaskan untuk menjaga kawan saya?.Ada orang nak cederakan dia ke?" Soal Jungkook lagi.Dia masih belum jelas lagi dengan jawapan itu.
"Bukan.Tiada siapa yang mahu mencederakan dia sebaliknya kami yang takut dia mencederakan orang lain.Jimin,dia seorang berbahaya dan harus dipantau 24 jam" jawap polis yang tidak memakai cermin mata pula.Ternyata jawapan lelaki itu telah mengundang api kemarahan Jungkook.
"Apa yang encik cakapkan ni? Kawan saya berbahaya? Dari mana encik dapat aduan ni?.Kawan saya tak pernah cederakan orang" Kata Jungkook dengan nada sedikit tinggi.Dia cuba untuk mempertahankan Jimin.Baginya itu semua mengarut.Tak mungkin Jimin begitu.Jimin baik dan dia tidak pernah melakukan apa-apa kejahatan.Itulah sikap Jimin yang Jungkook kenali selama ini.Tetapi malangnya disebalik kebaikan itu Jungkook gagal melihat kejahatan Jimin.Dia tak tahu orang yang dia anggap kawan itu adalah musuhnya sendiri.Insan yang bernama Park Jimin itulah yang telah memusnahkan rumah tangganya.
"Betul encik.Jimin cuba merogol seorang perempuan dan berniat untuk membunuh dua orang lelaki yang dipercayai kawan dan abang perempuan itu.Memang sebelum ini kami pernah terima laporan tentang Jimin.Jimin pernah merogol perempuan itu sehingga dia mengandung.Kami cuba untuk menjejak Jimin tapi kami gagal sehinggalah Jimin dikatakan telah memecah masuk ke dalam rumah mangsa dan cuba untuk melakukan perkara yang sama.Semua anggota polis kami mula bertindak dan cuba untuk menangkap Jimin tapi pada hari kejadian,kereta yang dipandu Jimin tiba-tiba terjunam jatuh ke dalam gaung dan terbakar.Nasib Jimin baik,dia terselamat dari letupan itu.Sementara rakan subahatnya disahkan mati dan rentung dalam kebakaran itu" Terang polis yang memakai cermin mata hitam itu panjang lebar.Jungkook tergamam.Entah dia mahu percaya ataupun tidak.
"Siapa yang telah buat laporan itu?" Soal Jungkook.Emosinya mula terganggu.Tidak tahu yang mana satu betul dan yang mana satu salah.Hatinya kuat menyatakan yang Jimin tidak pernah melakukan kerja-kerja kotor itu.
"Laporan dibuat oleh Min Yoongi.Mangsa perempuan itu pula adalah Jung Yura"
Jungkook tersentak saat nama yang begitu dia kenali disebut oleh anggota polis itu.Perempuan yang penuh dengan tipu daya dan muslihat.Semakin kuat hatinya berkata yang Jimin tidak bersalah dan Jimin hanyalah mangsa keadaan.Laporan yang dibuat juga palsu.Di mata Jungkook semua itu adalah satu kebohongan walaupun sebenarnya itulah kebenarannya.
"Tuan,jangan percayakan perempuan itu.Dia menipu.Dia lah penjahat sebenar dan dia sepatutnya ditangkap bukannya Jimin" tegas Jungkook dengan nada mula berubah garang.Merah padam wajahnya menahan api kemarahan.Berani perempuan itu menuduh Jimin yang bukan-bukan.Memang betul-betul menempah maut dengannya.
"Kami ada bukti.Kami takkan senang-senang bertindak kalau tiada bukti yang kukuh.Lagipun kami sendiri yang nampak Jimin cuba merogol mangsa sewaktu penangkapan itu dilakukan.Mangsa telah diikat pada katil.Dua lagi mangsa,lelaki.Kawan dan abang mangsa bernama Min Yoongi dan Jung Hoseok. Mereka telah dipukul dan cuba untuk dibunuh" Terang polis itu.
Jungkook menggeleng.Entahlah semakin bercelaru otaknya.Dia tak percaya dengan kata-kata polis itu.Tak mungkin Jimin sejahat itu.Mungkin semua polis sudah ditipu Yura dengan laporan palsunya.Fikir Jungkook.
"Encik boleh dengar rakaman ini.Rakaman ini telah dirakam oleh Min Yoongi dan suara di dalam rakaman itu adalah milik rakan subahat Jimin.Kim Yaera,perempuan yang saya cakap mati rentung dalam kebakaran itu" kata polis itu sambil menyerahkan pita rakaman kepada Jungkook.Jungkook terkejut.Semakin dia tidak mengerti apa yang telah berlaku.Namun huluran itu tetap disambutnya.
"Ki..kim...Yaera"
°•Bersambung🥀•°
_____________________________
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...